Kehidupan macam mana yang saya inginkan? Kaya? Not necessarily. Ada orang kaya, pakai baju mahal-mahal, rumah/apartmen besar tapi masih perlu bekerja untuk duit. Pada saya itu bukanlah kekayaan sebenar sebab kalau tiba-tiba diberhentikan kerja, memang kena bergantung pada duit simpanan untuk hidup.
Saya ingin mempunyai kebebasan kewangan (financially free). Definisinya mudah sahaja, kita tak perlu bekerja untuk duit, sebaliknya duit yang bekerja untuk kita. Tiap-tiap bulan duit bergolek masuk ke dalam akaun bank tanpa perlu usaha yang bank.
Bila seseorang ingin menjadi financially free, maka mereka perlu mencari cara untuk mendapatkan pendapatan pasif. Antara pelaburan biasa yang menjadi sumber pendapatan pasif adalah rumah, tanah, kedai, perniagaan dan sebagainya.
Strategi bebas kewangan

Sampai satu tahap, pendapatan ASB pun boleh dijadikan pendapatan pasif. Contohnya, dalam akaun ada amaun maksimum RM200k, jadi dividen adalah dekat RM20k setahun. Maka RM20k tu dibahagikan dengan 12 bulan, dapatlah dalam RM1700 sebulan.
Rasanya simple je kalau nak mendapat kebebasan kewangan. Hidup sederhana di awal kareer kita. Kebanyakan orang, dapat gaji beli gadjet baru, dapat bonus, pergi bikin kereta kasi boleh pergi lagi laju, shopping barang branded tak ingat dunia dan sebagainya.
Punca utama kita tak ada duit untuk dijadikan modal pelaburan adalah sebab sikap kita yang suka membelanjakan wang. Kena sentiasa ingat peraturan ni, the rich gets richer. Sebab apa? Sebab mereka ada modal untuk melabur. Jadi kumpul duit biar ada banyak macam orang kaya tapi bila ada banyak, jangan pulak belanja macam orang kaya.
Hidup dalam kemampuan gaji bulanan kita. Kad kredit adalah kemudahan kredit untuk pelaburan dan bukan untuk berbelanja. Pada pendapat saya, target yang terbaik adalah mencapai jumlah pendapatan pasif yang sama dengan jumlah pendapatan aktif kita.
Dengan itu, kalau takde kerja sekalipun, kita masih boleh hidup sebab perbelanjaan bulanan selama ni dibataskan dengan amaun gaji bulanan sahaja dan tidak termasuk pendapatan pasif yang telah dikumpulkan. Mana pergi pendapatan pasif yang dikumpulkan selama ni? Reinvestment dan dimodalkan untuk meningkatkan pendapatan pasif.
Bila dah setaraf, mungkin kalau nak upgrade sikit kehidupan tu tak salah. Mungkin nak merasa kereta besar sikit, atau rumah yang lebih besar.
Apa pun, ini hanyalah perancangan dan teori sahaja. Of course bukan semua yang kita rancangkan boleh menjadi, but it’s always better to have a plan than to go into something blindly. Sepanjang perjalanan ke arah financial freedom, pasti ada setback dan kalau bertuah atau pandai cari peluang, akan ada fast track ke arahnya.
Kalau hidup tak payah kerja makan gaji tapi duit still masuk tiap-tiap bulan memang best, betul tak? Tapi sebelum apa-apa, kenalah cari kerja dulu..
P/s Jemput semua untuk menyertai contest RM88 anjuran bro ni. Aku yakin dia salah seorang rakan yang telah mencapai status bebas kewangan.

Comments
34 responses to “Kehidupan Yang Bebas Kewangan”
well done ariff!
bagi inspirasi ni :)
Seelok2nya baru nak stat keje ni…jgn terus beli kereta sbb kereta bkn investment yg bagus..tapi tengok jgk tpt keje kat mana kan..kalau public transport bagus, takyah lah beli kereta..kereta ni bleh jadi keperluan bila tpt tu xde public transport…beli rumah, emas, perak, melabur dlm unit trust dan juga life insurance yg ada investment adalah digalakkan..muda2 ni kena start dah…
semua orang nak macam tu jugak bro.bebas hutang dan kalau lagi best bebas ‘bos’.wakaka :D
melabur adalah jalan terbaik.. tapi bukan melebur..
idea untuk manipulasi income itu sangat penting… banyak org dpt duit terus beli itu ini.. such a waste..
terbaikk…
betul la tu, kebanyakkan orang yang makan suap lebih rela membelanjakan tak ingat dunia..tp semua tu terpulang pada individu masing-masing nak lebih ataupun tak..
make more money :)
Ramai yang tak tau sebenarnya dan dah terbiasa dengan mindset makan gaji tiap bulan dan kalau nak kaya, kena kerja lebih kuat untuk dapat gaji lebih banyak padahal kalau berfikir diluar kotak sebenarnya boleh je cari peluang lain untuk buat duit.
gambar hiasan sangat ohsem. kehkehkeh!
bila tengok balik album tu, teringat balik kisah2 dulu. hahah
Betul tu. kena sedikit kreatif utk buat side income. Org kaya makin kaya kalau pandai guna kelebihan yg ada. Jgn lupa aplikasi OPM.
Lost sedikiti di sini. OPM?
other people money…
yang kaya makin kaya sebab dorang melabur, dan yg paling kaya adalah yg melabur hentam buta tak ingat halal haram. huhu..
tak apa nak kaya, tapi biar berkat.
suke blog cerita mcm ni…. teruskan
nice..bila dah ada kebebasan kewangan ni memang tak perlu risau kalau kena buang kerja ke apa sebab dah ada backup plan awal2..
Kalau dah ada kebebasan kewangan, nak buat apa pun boleh asalkan tak keluar daripada kemampuan
aku memang nak bebaskan diri dari cengkaman lebih2 lagi hutang PTPTN…
belum habis belajr dah hutang menimbun
Samalah. Tak tau berapa banyak nak kena bayar untuk loan mara ni nanti
Bagi aku, orang yang tidak jadi hamba duit itu orang yang kaya. Maksudnya, dia tak kisah untuk mengeluarkan duitnya untuk digunakan di jalan yang betul. Ramai yang menganggap simpan duit banyak-banyak boleh jadi kaya tapi bagi aku tidak selagi dia berasa takut yang dia akan miskin kalau berbelanja.
Ni mesti dah terbiasa tengok gaya hidup Khai. hehe..
Money makes more money
Pemikiran macam ni yg kita cari kalau nak berjaya.. aku macam terfikir sesuatu lepas baca entri ni.. rasanya start hari ni aku dah kena buat perancangan kewangan menuju ke kebebasan kewangan.. Tak kerja pon duit tiap2 bulan masyuk..
Benda macam ni memang kena ada planning. Kalau takde planning, kita takkan nampak peluang walaupun dah ada depan mata. The mind is a very powerful tool.
Pemikiran Robert Kiyosaki ni.
to tell you the truth, dah 4 kali aku khatam dengar audiobook Rich Dad Poor Dad. Nekad nak ubah mindset.
Kan best kalau camtu?
Tak kerja pun takpe.
>.<"
Sekarang ni trend di sekolah aku, orang dah tak jual lagi kain ke apa benda alah tu semua. Cikgu-cikgu sekolah aku jual emas dan tanah. Duduk di set meja/sofa – berbual jual tanah/emas.
=.="
perghhh. Hebat dah cikgu2 sekarang. Main tanah je..
ASB tu tak sure halal haram dia.. sebab investment dia tak tahu kemana.. tapi fatwa kebangsaan kata harus.. sekarang ada juga option islamic mutual fund, compare to asb, mutual fund return dia lebih tinggi.. harap bukan sekadar nama je Islamic,memang betul-betul islamiclah.
Of course la ada orang yang jaga benda ni. Nama pun agama Islam sebagai agama rasmi negara.
Mutual fund… tak taula. Nak gak try.
tidak jugak,tgk pada website suruhanjaya sekuriti kalau nak beli apa apa dana mutual fund. asb pun ada … under DATA&STATISTICS
http://www.sc.com.my/
senang je.. buka sini tgk.. lagi mudah. tgk dana mana korang nk beli,tgk islamic atau tidak.
http://www.sc.com.my/
under DATA & STATISTICS
Memang financial planning penting! Sikit2 lama2 jadi everest.
Whatever, semoga mendapat kerja yang diidam2kan bro!
Terima kasih bro!