Cari Kerja Dalam Bidang Aviation di Malaysia

Reading Time: 2 minutes

Malam tadi saya menghadiri perjumpaan bersama rakan-rakan lain yang bakal menamatkan pelajaran di sini tiga bulan lagi untuk mendengar perkongsian pengalaman oleh seorang pensyarah UniKL MIAT yang sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Phd. Banyak juga yang baru dipelajari daripadanya, juga dikongsikan tips-tips untuk menghadapi temuduga kerja.

Industri Maintenance, Repair & Overhaul (MRO) di Malaysia

Industri penerbangan di Malaysia dan Asia Tenggara khususnya sedang berkembang pesat sekarang terutamanya dalam jangkamasa 5 hingga 10 tahun lagi. Oleh sebab itu, industri MRO merupakan salah satu industri yang sangat lumayan sekarang.

Kunci kejayaan dalam industri ini adalah bekerja keras untuk mendapatkan seberapa banyak atau secepat mungkin license & type rating supaya yang melayakkan kita untuk menyelenggara pesawat (kalau malas dan tak mampu nak bersaing memang tak ke mana lah kan..)

Bila dah ada license & type rating serta pengalaman dalam bidang ini, the sky is your limit. Nak minta kerja di mana sahaja di dunia pun boleh kerana dunia aviation lebih general dan menggunakan bahasa Inggeris.

Tapi saya dah terpesong jauh daripada haluan tersebut. Kena cari haluan lain..

Kerja di Airbus?

Bekerja di Airbus adalah impian setiap avgeek. Tak kisahlah kalau kerja jadi technician pun, dapat title kerja dengan Airbus dah boleh show off kow kow punya pada individu lain yang meminati bidang aviation.

Buat masa ini, pendaftaran masih dibuka untuk Graduate direct entry di Airbus UK. Jadi bolehlah drop resume, mana tau kalau mereka tertarik dengan qualification kita. Mereka yang tepilih akan dikehendaki untuk menduduki beberapa ujian online yang menilai kebolehan numerikal, logikal dan verbal pemohon.

Ujian ini akan mengambil masa selama seminggu, jadi boleh agak sendirilah tahap keseriusan ujian ini. Melalui keputusan ujian, mereka akan memilih pemohon yang benar-benar layak untuk sesi interview di assesment centre (Filton atau Broughton) mereka. Ada group working session, business scenario presentation, competency interview, technical interview dan problem solving ability tests. Kira macam program Apprentice kat tv.

Bila dah lepas semua tu barulah diberi tawaran untuk bekerja. Untuk sesi 2012, start bekerja adalah selewat-lewatnya 24 September 2012.

Pilihan kedua adalah dengan menyertai program intership di Airbus selama setahun. Biasanya, kalau semua ok memang ada peluang untuk bekerja secara tetap di sana. Cuma internship tu semua dijalankan di Jerman, France dan sebagainya. English + bahasa negara tersebut.

Kerja dengan AirAsia & MAS?

Peluang kerja di sini adalah bergantung kepada kekosongan dan nasib. Tak banyak yang boleh saya katakan, cuma drop je resume melalui laman web mereka. Who knows kan?

Sebenarnya dah terbang pun, cuma video tu baru dipublickan.

***

Skop kerja sebenarnya adalah luas. Kesilapan yang dibuat oleh kebanyakan graduate adalah terlalu memilih skop kerja yang ada kaitan dengan apa yang mereka belajar. Bila di peringkat awal dah ada kekangan macam tu, maka bilangan peluang yang ada di luar tu semakin kecil.

Think out of the box. Pengetahuan dan pengalaman boleh digunakan dalam pelbagai situasi dan industri kalau anda tahu bagaimana. Kelayakan hanyalah 30% daripada kriteria yang diiklankan.


Posted

in

by

Comments

25 responses to “Cari Kerja Dalam Bidang Aviation di Malaysia”

  1. Kazen Avatar

    meminjam kata-kata pensyarah saya di UniKL Micet

    “Untuk mencapai kejayaan, sudah pasti memerlukan pengorbanan, korbankan masa, korbankan tenaga, korbankan wang ringgit dan mungkin juga korbankan kemeriahan aidil adha bersama keluarga semata-mata untuk memastikan kejayaan dapat digapai dengan cemerlang….Semoga semua pengorbanan yang kita lakukan diterima sebagai ibadah dan mampu menyumbang kejayaan hakiki..”

    Semuanya perlukan pengorbanan :)

  2. ohcikgu Avatar

    dulu tak minat nak jadi cikgu. tapi bila dah jadi cikgu, rasa best plakk..jadi, carilah kerja yang benar-benar buat kita rasa bestt sepanjang masa..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Takut betul kalau jadi cikgu. Tak reti broo..

  3. Ekspresi Ruang Avatar

    keja ngan vendor utk company2 aviation yg bsr lg ok kot

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Vendor biasanya perlu orang marketing kot.. Kureng sikit bab marketing ni

  4. fikri91 Avatar

    Bidang aviation, meamng sedang pesat sekarang ini..lebih2 lagi dalam biadng maintenance..setakat ini Univesti yg tawarkan bidang ini amatlah sedikit dan secara automatik persaingan turut akan menjadi kurang…kalau xdapat kerja, jadi blogger full-time r..masyuk gak 2…

    p/s baru persan ada twitter username di ruangan komen

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Blogger full time? ish. Susah sikit tu..

  5. Lagubestbest Avatar

    Kenapa tak aim kerja dengan Virgin?

  6. Jobless Girl Avatar

    Bidang Aviation & Aerospace menang niche and kerja dekat MAS and AirAsia memang impian semua graduate Aviation & Aerospace.

  7. FauziNor Avatar

    Bagi aku pekara yang paling penting dalam bilik interview kot. Kat dalam bilik tu la penentu.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Setuju. Kalau dah dipanggil untuk interview 1-on-1, memang bergantung pada interview tu je.

  8. Piratz Avatar

    Aku rasa kalau mas, ko boleh try bahagian Tech Service… nanti aku try refer kat MMOE apa requirement die… Hehe..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kalau ko ada kenal sape2 boleh rekemen aku pun nice gak

  9. akubiomed Avatar

    Jiran saya bekas pekerja Airod antara yang mengambil VSS. Sekarang ini beliau bekerja dengan vendor Airod

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      wow. Company apa eh?

  10. Dezaman Cottage Avatar

    Bidang Aviation & Aerospace nie satu bidang yang bagus untuk dijadikan kerjaya…..aku salah sorang dari graduate dalam bidang Aerospace…..ramai kawan2 aku yang bekerja di luar negara sekarang nie….gaji pun dasat jejak 5 angka sebulan…..kat Malaysia masih baru lagi bidang nie…..insyallah dalam masa 5 tahun nie bidang Aviation & Aerospace di Malaysia akan berkembang…..hanya aku jer dah lari dari bidang Aerospace nie…..hanya sekadar terbang suka2 jer sekarang nie kalau ada masa dengan kawan2 yang satu line dalam aviation….

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Biasalah tu bro. Tak semua benda yang kita rancang jadi. Semua orang ada haluan masing-masing. Make use of it and live life to the fullest.

  11. Lord Zara Avatar

    Orang selalu kata, kalau ambil benda aviation ni, peluang kerja adalah melambak di luar negara. Cousin aku ada ambil benda berkaitan dengan ini di MIAT – perempuan. Pakcik aku bising kata nanti keluar takde kerja, tapi aku setuju dengan kau, benda begini, kena ligat dan pandai cari peluang kan?

    :)

    P/S : semoga dapat apa yang kamu mahukan ariff :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kalau perempuan susah sikit bidang MRO ni. Banyak kerja lelaki walaupun ada kerja yang tak perlu fizikal sangat. Tapi bila ada lesen, memang senang nak keje luar. Antara nak dengan tak je..

  12. jeff Avatar

    Kalau dah minat dengan kerja kita buat, pasti boleh berjaya!

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Insya allah..

  13. wawa Avatar

    wah…. welcome home..!

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Thanks!

  14. KNizam Avatar

    betul rezeki ada di mana, banyak sebenarnya kerja kat dunia ni. kalau x dapat kerja di tanahair, tidak ada salahnya mencuba di luar negara. cuma kena think positif. masa interview, tunjukkan yg we are able to learn, un-learn and re-learn dgn pantas. hehe :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Thanks for the tip. Hopefully all goes well.