Apprentice Asia Episod 11

Tony_

Agak dah memang Jonathan akan menang.

Episod kali ini adalah hari fundraising event untuk AirAsia foundation. Event ni penting kerana pada masa inilah kita dapat lihat bagaimana kedua-dua calon Apprentice ni mengendalikan event dan tetamu VIP yang hadir pada malam itu.

Sebenarnya tak susah sangat nak tengok siapa yang akan menjadi Apprentice Asia pertama dalam episod ini. Bermula dengan Jonathan yang tidak mempunyai apa-apa masalah untuk menjadi hos di atas pentas dan melihat bagaimana dia berjaya menjalankan sesi lelongan pada malam itu, episod ni memang straight forward.

Macam yang saya cakap dalam entri lepas, Andrea tak sesuai untuk tugas ini. Dia gagal menarik perhatian tetamu semasa memberi ucapan alu-aluan dan terkial-kial ketika menjalankan sesi lelongan. Walaupun amaun yang dikutip oleh Andrea lebih besar, tapi faktor nombor sahaja tidak lagi boleh digunakan pada tahap ini.

The Apprentice mestilah seorang yang all-rounder, boleh handle event macam ni (dan tetamu VIP yang hadir) dan boleh handle rakan sekerja dalam organisasi perniagaan. Bukan senang nak handle event dan jadi hos yang disukai oleh semua tetamu atau sekurang-kurangnya mendapat perhatian semua tetamu yang hadir.

Jadi pada saya, malam event tu lagi Andrea dah kalah. Apa yang berlaku dalam board room hanyalah formaliti dan sekadar menghabiskan masa siaran mereka.

Kalau sayalah, event ni akan jadi lebih best kalau yang jadi finalis adalah Jonathan dan Alex. Kedua-dua individu ni mempunyai charm yang tersendiri dan kalau mereka dua bertanding, nak sangat tengok siapa yang lebih hebat dalam sesi lelongan malam tu.

Too bad Tony berat sebelah pada Andrea sebelum ni sebab dia muda (25 tahun) dan ada potensi besar pada masa hadapan. Dia lupa yang dia nak cari seseorang untuk diletakkan pada tahap senior dalam organisasinya dan seseorang yang berumur 25 tahun (perempuan especially) belum ada kematangan yang cukup untuk memikul tanggungjawab tersebut.

Also, too bad malam tu Andrea telah menunjukkan ketidakupayaannya ketika menjadi hos untuk upacara lelongan tersebut. Tak taulah macam mana Tony terpaksa tebal muka malam tu.

Apa-apa pun, it’s good to have reality show macam ni. At least reality show ni lagi berguna daripada reality show mengarut yang menghasilkan banyak artis/selebrite segera yang suam-suam kuku. Paling best adalah melihat orang Melayu sekali bertanding.

Will there be a season 2? Tak sure. Tengok macam mana Tony nak cari sponsor. Terima kasih kepada ‘kaki’ Apprentice Asia seperti Hazman Fadzil dan yang lain kerana merajinkan saya untuk menulis komen untuk setiap episod (terlepas episod 10 sebab outstation) dalam season 1 ni.

12 Comments

  • Ekspresi Ruang

    4 August, 2013 at 10:11 am

    Kalau diamati, Tony adalah seorang pemikir lateral (lateral thinking). Tak penting sbnrnya personaliti dan background org tu, yg penting orang tu dapat executed the job (the effect or results). That’s why Tony tak boleh tak backing Andrea, as she picked event atau items yg ada potensi dapat bidding tinggi, and she did get (as high as RM400k). Both should work together sbnrnya. Dalam dunia business ni, mana boleh bergerak srg2. Sehebat mana entepreneur tu, dia perlukan team. Tony pon ada team dia.

  • N'war

    4 August, 2013 at 2:05 am

    Akhirnya jumpa juga orang yang komen AA ni dalam b.Melayu. Saya pun sokong Jonathan bukan sebab muka dia cam pelakon Pinoy walaupun dia orang Pinoy. Cara dia mengingatkan saya pada juara The Apprentice pertama Bill Rancic.

    Oh, memang Andrea ni fave TF ke? Nampak sgt tak tengok dari mula. Main lompat2 je. Tapi sebab dia orang SG dan memang nampak dia agak ‘cocky’ terutama bila diminta memberi pendapat mengenai orang lain. Nak dia je menang. Tapi bukan ke sebagai peguam harus ada human-emosi-relation (byk sangat tengok CSI/drama polis saya ni)

    • Ariff

      4 August, 2013 at 6:43 am

      Kalau tengok sesi interview sebelum ni, Tony nampak sangat backing Andrea. Satu, sebab faktor umur. Dua, sebab dia boleh namakan setiap orang yang bekerja dengannya masa assignment fashion show dulu. So Tony impressed masa tu.

  • Zuan

    3 August, 2013 at 6:57 am

    terkejut gak den bila tengok andea kaku dalam intro dan autiction… nampak tak prepare langsung, nasib ada ningku backup. ada juga dengar ura ura season 2 masih lagi toni jadi boss. harap better la, ada kawan den ni kaki apprentice versi trump, dia tak suka versi asia ni sebab pada dia terlalu cuba nak ikut versi trump.
    papepun, pada den, versi tony ni not bad la, cool apa tony time pecat orang..hehe

  • CleverMunkey

    2 August, 2013 at 10:03 am

    Actually I have no idea what’s happening through out Apprentice Asia despite all the promotion going on cause I don’t have Astro at home! LOL Anyway, congratz to Jonathan Allen Yabut for winning in this reality show! :)