Dalam keadaan ekonomi yang slow tahun ni, pelaburan hartanah dah jadi semakin mencabar. Kadar sewa yang jatuh selain daripada kesukaran untuk mencari penyewa adalah cabaran kepada mereka yang ingin melabur dalam hartanah subsale sekarang.
Kepada yang merancang untuk melabur dalam hartanah subsale tahun ni perlu pastikan hartanah pilihan anda tidak mengalami masalah ini. Memilih hartanah yang betul bukan semasa ekonomi slow sahaja tetapi adalah asas kepada pelaburan hartanah tak kiralah ekonomi slow atau tidak.
Katakan anda dah kerja setahun lebih, ada pendapatan stabil, ada lebihan pendapatan dan ingin melabur tahun ini tapi tak mahu melabur dalam hartanah. Apa pilihan lain yang ada? Saya berikan dua pilihan lain yang saya sendiri akan buat kalau saya ada dalam situasi ini dan susunan berdasarkan pilihan mana yang boleh beri pulangan yang paling lumayan dahulu.
Sebelum tu saya perlu tekankan di sini kalau anda membeli rumah dengan tujuan untuk dijadikan kediaman sendiri, yang tu bukan pelaburan dah. Biasanya hartanah yang nak dibeli tak akan sama sekiranya ada elemen untuk dijadikan kediaman sendiri walaupun sedikit. Jangan tersilap ya. Lain hasilnya nanti.
Melabur Dalam Pasaran Saham
Dalam pasaran saham, tak kiralah ekonomi slow atau tidak, akan tetap ada kaunter saham yang saya kategorikan sebagai winners. Bila melabur dalam saham, anda melabur dalam perniagaan dan perniagaan mana yang tak nak untung, betul? Dalam ekonomi yang perlahan, kadang-kadang bukan semua industri terjejas. Ada sahaja yang do well. Cabarannya adalah mencari syarikat yang doing well ni.
Yang dah lama follow blog saya akan tau yang saya memang ada melabur dalam saham sikit-sikit. Dari tahun ke tahun, confidence level tu makin naik dan ia adalah satu learning process yang menguntungkan. Sampai satu tahap nanti saya yakin saya boleh jadikan pendapatan daripada pelaburan saham sebagai pendapatan utama.
Boleh baca entri ini, ini dan ini.
Pelaburan Melalui ASB Loan
Seriously memang bunyi macam kelakar. Ada ke cakap ambil loan untuk melabur. Tapi ASB loan ni lain dan secara teori, memang boleh dapat pulangan yang sihat kalau melalui ASB loan ni kalau pulangannya betul.
Rasanya teknik ASB loan ni dah ramai yang tahu dan macam-macam ada. Ada yang dah share secara percuma dalam internet/facebook (pergi Google sendiri) dan kalau malas nak google, boleh beli ebook ni direct. Semua teknik kat situ, lengkap dan kalau tak faham, tanya direct kepada penulisnya.
Buat masa ni saya tak buat ASB loan, kecuali kalau saya ada lebihan lepas main saham, next thing I will do is ASB loan. Bukan tak nak buat, tapi be realistic, focus dan ikut kemampuan sendiri. Pelaburan ni seronok tapi mengarutlah semua benda jenis pelaburan nak buat. Kalau poket tebal tu lain cerita.
Dari segi teori yang dah dikongsikan, teknik ASB loan boleh digantikan dengan pelaburan hartanah, terutamanya dalam keadaan ekonomi sekarang dan sekiranya anda bukan jenis yang minat dengan pelaburan hartanah. ASB loan lebih selamat dengan pulangan yang berbaloi, sesuai dengan risikonya.
Syaratnya follow je teknik yang adalah.
—
Entri ni sekadar perkongsian idea. Saya tak tunjukkan cara, teknik dan sebagainya. Biarlah yang lebih pakar tunjukkan. Saya masih lagi menerima soalan-soalan berkaitan topik ini, jadi elok saya buat entri pasal ni je terus. Terharu sebab masih ada lagi yang ingin meminta pendapat saya walaupun ramai lagi individu yang hebat di luar sana.
Jangan tanya saya tentang pelaburan lain seperti emas contohnya. Saya tak buat dan takde pengetahuan tentang instrumen lain. Dua yang ada ni dah cukup, semua orang boleh buat kalau mereka pilih nak buat.
Terima kasih kerana membaca. Semoga pelaburan anda tahun 2017 ni masih mendapat pulangan dalam keadaan ekonomi yang lembab ni.
12 Comments
selfi
26 April, 2017 at 2:57 pmterimakasih atas info, sungguh bermanffat bangett
asli indonesia
wansyahida
26 March, 2017 at 10:24 amterima kasih atas info yang menarik… dalam proses blajar untuk melabur…
F
24 March, 2017 at 9:06 pmAssalamualaikum
Sy ada beli rumah subsale under market value
Market 450k beli 350k
Ape pendapat tuan?
Sekarang dalam proses sign snp..
Ariff
28 March, 2017 at 9:39 pmGood buy. Rumah untuk tinggal sendiri?
Mohsin
23 March, 2017 at 9:03 amAssalamualaikum tuan,
Saya nak minta pendapat tuan. Saya ada capital, dan saya ada projection plan 1 year period, jadi sy nk minta pendapat tuan antara unit trust dan asbf mana ye yg lebih menguntungkan dan risk yg paling minimum utk projection plan saya. Ataupun sy tk perlu buat apa2?
Thank you in advance.
Ariff
28 March, 2017 at 9:41 pmUnit trust dalam setahun silap2 boleh rugi. Unit trust untuk medium to long term. Kalau kurang 3 tahun, lupakan
akubiomed
22 March, 2017 at 10:14 amSimpanan emas juga boleh dipertimbangkan sebagai penyimpan nilai dan bersifat pelaburan jangka masa panjang.
jamal pak tongko
20 March, 2017 at 12:31 pmrasa cam nak buat asb loan tapi takot tak lepas lak nanti nak apply loan untok beli rumah sebab dsr/komitmen terlebih; kereta+ptptn
siti hazreen
19 March, 2017 at 11:38 pmsaya ada akaun CDS, tapi belum mula membeli saham, belum cukup ilmu
Ariff
20 March, 2017 at 7:10 amLetak modal 100-200, buat research sikit dan beli satu saham yang orang ramai cakap bagi dividen tinggi. Boleh google. Dari situ lagi cepat belajar daripada just belajar. Kalau rugi, anggaplah tu yuran ilmu.
Eeca Shyaa
19 March, 2017 at 8:38 pmooo kira okay la jugak buat asb loan ni kan
Ariff
19 March, 2017 at 9:30 pmOkay sangat daripada tak buat apa2 langsung. Tapi kena faham la macam mana nak buat dan apa yang nak dicapai kalau buat. Kalau tak nanti tak jadi. Nak invest kena tahu matlamat dan end game dia