Ariff Shah, Saham Apa Nak Beli Ya?

Reading Time: 2 minutes

saham-2015

Kalau saya tulis pasal saham dalam blog ni, kadang-kadang dapatlah soalan macam ni dalam email. Nak jawab pun susah. Saya bukanlah pakar dalam saham pun. Setakat trade main-main dan simpan kaunter elok-elok boleh la. Trade pun rugi kadang-kadang.

Tapi nak main saham ni senang je. Pertama, kena bertindak. Kalau cerita pasal saham, pergi kelas dan seminar tapi akaun CDS pun tak buka lagi, tak payah cerita lah. Sampai tahun depan pun tak reti jugak. Last-last duit didermakan kepada agen unit trust.

So, step one, pergi buka akaun dengan mana-mana broker atau bank. Nak buka dengan bank boleh. CIMB ada, Maybank ada. Buka akaun dengan minimum RM1,000 je. Tak payah banyak-banyak.

Kedua. Cari kaunter yang bagus. Kat mana nak cari? Saya cadangkan boleh tengok akhbar bisnes mingguan The Edge. Contoh macam isu minggu ni dia bagi senarai top 10 kaunter untuk investment.

Saya dah track kaunter yang mereka syorkan dalam akhbar ni selama beberapa bulan. So far, ok. Boleh la nak dapat dalam 10% camtu.

Bila follow good advice dan beli kaunter yang memang ada value, risiko rugi rendah. Sooner or later, akan untung. Tapi bila follow tok guru yang memang kerja dia hari-hari trade tapi kita bukan kaki trade saham, maka risiko rugi tinggi.

Set target untung. 10% acceptable. 20% good. 30% very good. Untuk yang baru mula, kalau follow kaunter yang memang dah highlight macam ni, 10 – 20% untung dalam keadaan ekonomi semasa boleh dapat. Juga pastikan anda tau mana nak exit kalau tiba-tiba ekonomi jatuh (serangan matawang, harga minyak dunia jatuh lagi).

Ketiga. Bila dah sampai target, jual dan ambil keuntungan. Kemudian repeat. Time by time, ada je kaunter yang tiba-tiba akan naik dan boleh dibeli. Point penting kat sini, main saham ni perlu masa untuk belajar. Kena experience sendiri.

So kepada yang nak mula, saya recommend follow senarai ni.

P.s. This is not a paid post ya. Although, I wish it is. Kalau saya rasa bagus untuk pembaca blog ni, saya share. P.p.s. Saya akan track senarai top 10 ni (oklah mungkin buang kaunter yang bukan syariah) berdasarkan harga opening Isnin ni dan tengok berapa lama masa diambil untuk dapatkan keuntungan 15%. Kita tengok siapa yang kena.


Posted

in

by

Comments

21 responses to “Ariff Shah, Saham Apa Nak Beli Ya?”

  1. Nurhanis Zulifah Avatar
    Nurhanis Zulifah

    Hye Ariff, good sharing. Yes The Edge memang salah satu portal terbaik untuk dapatkan info saham dan juga news dari local, regional sampai la ke global. semua news ni memainkan peranan yg amat penting dalam pergerakan saham. BTW, saya equities officer di CIMB investment, kalau nak buka cds account dan memerlukan khidmat nasihat mengenai saham boleh je contact saya 019-5997282. haaa promote pulak hehehe :P
    BTW, saya suggest bumiputra banyakkan amik tahu tentang saham di bursa malaysia ni and involve sebabnye boleh kira guna jari je client bumiputra yg betul2 involve dalam dunia saham ni. jangan asyik jadi pengguna je.. jom ubah jadi salah seorang owner company pulak dengan cara pembelian saham.

  2. muhammad fairuz Avatar
    muhammad fairuz

    assalamualaikum.
    saya nak tanya, semua pembelian saham ni berapa minimum die? memang rm1000? dan kalau boleh, boleh suggestkan pada sy satu saham yang ariff dah beli sekarang.

    tq.

    1. Ariff Avatar

      Ikut broker house, ada yang impose minimum untuk trade. Macam saya guna CIMB ni letak RM500 pun ok dah.

      Tapi sikit2 ni toksah cerita nak trade la. Buy and hold je.

      Saya ada beli Keuro haritu. Boleh selongkar blog ni pasal entri Keuro

  3. Mak Jemah Jual Vitamin Avatar

    tak pandai bab saham ni, tapi masa bekerja dulu ada dapat saham yang syarikat bagi percuma..

  4. kereta sewa shah alam Avatar

    menarik ni…saya pun ada pasang nat tapi x de idea nak invest kat mana

  5. Suriya Avatar

    lumayan jugak buat saham ni, tapi kena jadi risk taker…kalau takut main unit trust je..tak pun ASB

    1. Kewangan Graduan Avatar

      High risk High return.

      Tapi high risk tu kena juga study kebolehan saham tu. Jangan main invest (beli) terus.

  6. Syakhu Avatar

    Kita belajar dulu dari A sampai Z ….

    Nice Sharing

  7. emalinmohd Avatar

    Rasa dulu yang main saham ni orang-orang “ada” je rupanya dengan ilmu dan kemahiran yang diasah semua boleh main saham.

    good sharing!!

    1. Ariff Avatar

      Percayalah kalau saya cakap ada makcik suri rumah kenalan saya belajar from zero, tahun lepas dapat pendapatan 6 angka main saham. Sesiapa pun boleh buat untung dari saham kalau belajar betul2

      1. Kewangan Graduan Avatar

        Nak atau tak nak belajar. Pergi kelas faham semua boleh buat jual beli dkt rumah je.

  8. KiD Avatar

    belum belajar lagi secara intensif untuk saham.. uhuhuhu

  9. hidayat Avatar
    hidayat

    Salam tuan.
    tahniah di atas perkongsian mengenai saham ni. Harap tuan boleh berhubung dgn saya melalui email utk tawaran partnership yg menarik utk saya cadangkan pada tuan.

    Terima kasih

  10. samzahri Avatar
    samzahri

    Thanks for sharing :)

  11. Raihanah Ahmad Avatar

    nice sharing. cumanya saham asyik jatuh je sejak hujung tahun lepas, katanya akan kembali ok 3rd quarter tahun ini.

    1. hidayat Avatar
      hidayat

      Sekarang sedang sale..collect dgn tenang.nantikan lonjakan lepas raya cina

  12. fazrol Avatar

    nice shraring bro…
    Aku pun nak ushar gak laa…

  13. aqmal faiz Avatar

    Aku pun tengah berkira-kira nak subscribe the edge ni. Rasanya berbaloi isinye dengan subscription fees dia

    1. Ariff Avatar

      Problem dengan The Edge ni kalau subscribe takde diskaun sangat. Tak macam Focus Malaysia.

      Dan bukan semua issue dia best. So every week aku browse dulu, baru beli kalau rasa nak baca.

      1. aqmalfaiz Avatar

        ohoo….

        kalau dah diskaun tkde sangat, baik beli on weekly basis je la gitu

  14. Noor Azlin Avatar

    Memang tak tahu berkenaan saham
    Kena banyakkan pembacaan.
    Kalau tgk tv cerita Melayu, saham ni mcm taboo.

    Itulah membaca jambatan ilmu ;)