Adik Masuk Hospital

hospital raja permaisuri bainun

Last weekend adik saya terlibat dalam kemalangan motosikal. Berlaku dalam kampus UiTM Tapah. Bukan rempit, cuma naik motor malam-malam tak pakai helmet. Kemudian entah macam mana boleh terlanggar divider jalan. Beberapa jam dalam ICU tak sedarkan diri.

Teringat masa saya sendiri kemalangan dulu. Seram.

Kalau siapa yang pernah pergi UiTM Tapah, anda akan sedar sistem jalanraya dalam kampus kat situ semuanya sempit-sempit. Jalan satu lorong, divider kecil dan simpang semua tajam-tajam. Kes nak cut cost agaknya..

Jadi adik saya tadi mengalami trauma di kepala, ada internal bleeding kat kepala, bahu kiri patah. Sampai sekarang masih lagi di ICU tapi dia semakin stabil. Dia tak ingat apa yang berlaku dan kenapa dia kat hospital, tapi rasanya cuma itulah yang dia tak ingat. Lain-lain so far keadaannya semakin baik.

Cuba sebab bahu kiri tu patah, nak bergerak kena ada orang bantu. Siapa lagi kalau tak mak yang kena jaga anaknya bila dah jadi macam ni.

Masuk Hospital Raja Permaisuri Bainuni, Ipoh.

Hari ni masuk hari ketiga mak bermalam di hospital. Adalah bilik kecil ruang menunggu kat depan wad ICU tu. Nak cari homestay yang dekat memang takdelah sebeb hospital tengah bandar macam tu, kereta pulak adik dah bawa balik, jadi nak tak nak terpaksa berkampung kat ruang menunggu tu.

Nak transfer ke hospital berdekatan dengan rumah belum tentu boleh lagi. Kena tunggu keadaan adik betul-betul stabil dulu. Transfer fee perlu diambil kira. Mau makan ribu-ribu.

Nak cerita pasal kemalangan ni memang seram la sebab saya pergi kerja naik motor tiap-tiap hari. Teringat masa diri sendiri terlibat dalam kemalangan dulu especially masa badan terseret atas jalanraya, saya boleh dengar bunyi helmet saya terseret pada permukaan jalan. Ngeri.

Sakit dan mati itu pasti. Persoalannya sekarang, bagaimana kita nak kurangkan beban ahli keluarga kita bila benda macam ni terjadi?

Macam terkilan sebab sebagai penasihat takaful, saya tak dapat nak cover seluruh keluarga dengan plan takaful. Belum mampu lagi.

Kalau ada plan takaful, at least claim elaun harian ICU dan wad dah boleh cover kalau nak suruh mak tinggal kat hotel depan hospital. Selesa lah jugak kalau nak bandingkan dengan berkampung di bilik menunggu tu. Ni sekarang kalau bagi duit pun belum tentu mak nak tinggal kat hotel tu.

Dari segi kos perubatan, UiTM dah tanggung tapi katanya sehingga RM7,000 sahaja walaupun dalam GL saya nampak ditulis max. RM15,000, kena clarify balik dengan pihak UiTM. Disebabkan kemalangan ni berlaku dalam kampus, masa dah start semester, jadi tanggungan tu dah tertakluk kepada pihak UiTM. Cuba kalau benda ni berlaku masa cuti semester dan kat rumah sendiri? Tak ke problem tu?

So kalau bil terlebih-lebih nanti siaplah masing-masing (adik-beradik) kena keluar sikit.

Sakit dan mati tu perkara yang pasti. Apa yang kita sebagai orang sihat ni boleh buat adalah cari jalan supaya bila sampai masa kita, takde nak menyusahkan sangat orang di sekeliling kita. Itu gunanya plan takaful ni diambil.

Kalau plan elok lagi, Takaful boleh tanggung kos untuk bayar seorang dedicated medical attendant a.k.a. jururawat bertauliah yang boleh jaga adik ni. Bukanlah nak suruh kita sebagai family lepas tangan, cuma at least kalau mak sorang-sorang kat hospital tu adalah orang tolong. Adik-beradik lain dah confirm sibuk bekerja.

Bila dah sakit macam ni dan tiada plan Takaful, maka bersedia je lah dengan apa yang diperlukan.

Yang dah ada takaful, ajaklah ahli keluarga atau rakan rapat untuk join. Sebab apa? Kalau mereka ni nanti sakit dan perlukan bantuan kewangan, tak banyak sikit kita pun kena bantu nanti. Kalau sikit takpe, kalau banyak?

16 Comments

  • aqmalfaiz

    21 July, 2014 at 9:14 am

    salam ariff,

    takziah utk adik bro ye,

    saye terbace entry yg bro sendiri eksiden tu. the part bro kate sepatutnye turun gear dan power slide.

    buat camtu lagi bahaya sebenarnye. duke 200 tk ade cukup power nak sustain slide. jadi bile buat camtu, worst case duke slide sekejap, tp regain traction balik, dan campakkan moto dan ridernye sekali. dalam kata lain, ‘highside’. lagi teruk patah2 tulang temulang nanti.

    even kalau pki supermoto 400cc ke atas yg boleh sustain slide pun, sliding needs practice. tk biase akan terkujat, tegakkan balik moto, rear tyre regain grip, pun jadi macam kat atas tu.

    the best solution ialah lean more. piringkan lagi moto untuk betulkan line yang dah labuh tu. tp even this solution pun, it needs practice. kalau selalu pegi track ok lah :)

  • Hati Putera

    17 July, 2014 at 10:45 pm

    Ngeri jugak bila baca artikel nie sebab saya belum ada plan kecemasan sekiranya berlaku apa-apa kat diri sendiri ataupun keluarga. Apa pun semoga adik bro cepat sembuh.

  • Ezlaila

    16 July, 2014 at 9:38 am

    Simpati dengan tragedi yang menimpa adik Ariffshah. Semoga lekas sembuh dan boleh kembali meneruskan kehidupan bersama keluarga tersayang.

  • ohcikgu

    15 July, 2014 at 10:42 pm

    pernah eksiden masa kat ums dulu..

    pinjam motor kawan..entah apa kes..boleh plak terlanggar divider jalan..

    dan automatik jadi superman..

    dan bila dah terbang..

    2 benda popup.

    1. habislah motor kawan aku..
    2. terfikir nak cover muka..dan dengan cepatnya..dua-dua tangan cover muka macam ahli tinju.

    jatuh aje..memang sakit tak hingat. leh recover bangun balik..dalam 1-2 minit aje..

    nasib baik la. Takde cedera sangat. Siku berdarah..lutut berdarah..seluar koyak..badan bengkak..

    motor kawan..terbang dekat seribu lebih..sakit jiwa bila keluar duit masa tu..

    Haha..

    aku dah ambil takaful. Family aku semua ambil takaful. Bini aku dah ada company dia punya medical card. So..ok la takat ni. Kalau jadi apa-apa, leh la bantu apa-apa yang patut.

    • Ariff

      17 July, 2014 at 7:06 pm

      Naik moto ni muka/kepala kena jaga lebih sikit. Kalau motor yg laju sikit, biar takde jaket mahal asalkan pakai helmet terbaik dengan rating keselamatan tinggi. Masa accident dulu dah cukup menyedarkan saya tentang perkara ni.

      Baguslah dah ambil takaful. Nak sedarkan orang Melayu untuk ambil plan macam ni memang susah. Kalau bangsa lain, mereka follow rule paling basic 10% gaji untuk insurans

  • Izzuddin Fauzi

    15 July, 2014 at 12:34 pm

    Selagi duduk hospital gomen, kos perubatan tak mahal mana. Den masih ingat den eksiden moto dulu, feel dia terbang dan melayang dan benda dalam fikiran ialah – abis la moto aku -_-

    Apa-apapun, get well soon untuk adik bro…

    • Ariff

      15 July, 2014 at 10:19 pm

      haha.. Betul2. Masa accident dulu pun terfikir macam tu. Masa tu kurang 3 bulan dengan motor Duke tu. adoi…

      Terima kasih. Baru ni dah transfer ke wad biasa. Improving. Alhamdulillah.