Ingat tak entri pasal Check Alexa Ranking hari tu? Sekarang nak cerita pulak macam mana dan dari mana trafik tu datang. ish.. rugilah aku reveal awal-awal, betul tak?
Senang cerita, majoriti trafik masa hari tu datangnya dari Facebook. Aku tak nak cerita detail dari group/page mana, kalau nak suap je semua macam mana korang nak maju kan? Tapi poin dia macam ni, tulis tentang sesuatu isu yang hangat sekarang ni, dan agak serius dibincang oleh orang lain. Buat entri yang memang ajak orang berfikir, releven dan matang; bak kata orang putih, write a proper blogpost. Pastikan ianya berinformasi.
Kemudian cari group atau page yang besar-besar kat Facebook. Akan ada page yang khas untuk sesuatu isu yang hangat tu. Ok yang ni paling penting, cuba contact owner page tu. Kalau setakat tinggal link biasa-biasa macam tu, memang orang tak layan sangat. Bila dah contact owner, minta tolong supaya dia sharekan entri korang kat page tu.
interaction with our sponsors helps you get more stuff like this
Kalau owner tu bagus, takde agenda peribadi dan entri korang pun memang dia rasa bagus dan layak dikongsikan dengan fans kat page tu, maka Insya Allah dia akan share entri tu. It is all about quality. Jangan ingat entri gossip artis, sibuk-sibuk jaga tepi kain orang je boleh dapat trafik banyak. Be smart, fikir panjang sikit, write quality stuff, do some research, find your audience dan korang akan dapat trafik banyak.
Kena ingat, blogging is about writing. Bila korang tulis sesuatu yang bermutu, orang akan ada rasa hormat pada korang. Penulisan tu akan ada kredibiliti. Owner page besar-besar tak rasa malu nak kongsikan entri tu dengan semua orang sebab dia tahu yang korang tulis entri tu memang bermatlamat untuk berkongsi ilmu dan berbincang. Betul tak?
Sekarang lagi, aku tengok ramai blogger berbakat menulis novel. Bagus, tapi korang tak tau nak promosikan penulisan korang. Mungkin aku tak baca novel korang sebab aku malas dan tak berminat, tapi aku yakin berpuluh ribu orang kat luar tu berminat. Same thing, pergi ke page Kelab Peminat Novel kat Facebook. Cuba contact owner dia. Tunjukkan hasil kerja korang. Minta tolong supaya dia sharekan penulisan korang. Kalau banyak, seminggu satu entri pun ok. Of course, kalau dia rasa korang memang serius menulis novel dalam blog, takde alasan lain untuk dia tak kongsikan dengan fans kat page dia.
Guna Facebook ni, mungkin ada bau-bau Israel sikitlah, tapi daripada kita boikot macam orang tak tau nak buat apa-apa, gunakan ia untuk kebaikan kita dan mungkin untuk kebaikan orang lain (pembaca blog kita).
Selamat berjaya =)
Comments
31 responses to “9988 Pageviews Sehari – Dari Mana Datang?”
datang dari blog denaihati nak belajar tips blogging disini
sila.. sila.. semuanya ada dalam kategori internet>tips berblogging
wahh, ini info sangat menari lah ariff. ::) terima kasih
wah . Info menarik . T’kasih kongsi-kongsi tips :D
Alamak…kantoi la bro…tapi nice sharing…hehe
Dah dua hari tak menjenguk blog ko sebab siang sibuk dan malam tercegat depan TV berjam-jam. Hoho. Kadang-kadang aku bosan, aku buka FB ko memang aku nampak ko post link dekat group-group dan fan page yg lain. Memang nice la.
bagus info.. boleh dicube ni.. ^__^
terima kasih entri yg berguna ni, take note then pasni boleh la buat
wah nice info ariff! blh la nana try nanti =)
kalau org kaki tikam nombor sure deme gune nombor ni
haha
huyoh! terbaik ni. Thanks 4 the good info!
Cuti-cuti tempat menarik!
Wooww…hampir 10k visitor, mmg terbaik.
Nice. Tengah try.. Hehe.. Dakjaat memang paste link blogger lain kat page dia.. Setiap kali orang paste, dia akan paste balik.. Hmm.. Nak cari page lagi..
TQ for d infos bro. Tips yg diberi banyak meningkatkan trafik blog saya.
Wah abang ensem pun baca blog ni diam-diam. terima kasih.. =)
aku tau group mana. haritu aku ada masuk.
well done bro! kalau tulis pasal isu semasa memang banyak trafik dapat.
wah,mengancam…Congratz bro….ble la tunjuk2 ajarkan ya?
fb byk main peranan..
diakui berkesan :)
aku tgh testing nie.. perasan dak?
hehehe…
blog anda memang mantap..kipidap…
hmmm,..kena ada strategi la kan.
setuju!!
weee~
tahniah beb!
dan ya, kami geng menulis novel ni~
gunakan FB sebagai medium berkongsi gak~
Hari ini hari khamis..
hari esok hari jumaat..
hari ini kenangan manis..
hari esok membawa berkat.
BLOG anda memang hebat
blog saya seminggu pun
tak dapat banyak tu..he he
Arif..tahniah!
perkongsian yang sangat menarik.
oh patut lah tinggi je trafik..yang penting kena promote dengan betul.. thanks for the info…
memang bermanafaat tips ni
betul jugak eh? hmmm… akan dipraktikkan insyaAllah
betul gak tu…kenapa tak terfikir langsung…apa2 point kat situ bagus…
selalu try untuk buat entri yang baik…insya ALLAH dalam perjalanan menuju ke arah itu…
thanx bro~ tips yang mantap!~ ak nak try ni