Ruang Kerja Seorang Blogger Tegar

Cakap pasal kerja, layankan lagu daripada Meet Uncle Hussain – La La Kerjalah

[audio:http://www.fileden.com/files/2010/1/26/2738707/Meet%20Uncle%20Hussain%20-%20La%20La%20La%20Kerjalah.mp3]

Pertama sekali apa yang aku maksudkan dengan blogger tegar ini ialah blogger yang duduk depan komputer 24 jam. Blogger tegar ni tak semestinya dia buat duit ribu-riban setahun daripada hasil berblogging, yang buat duit banyak tu aku panggil blogger otai atau lebih ringkas lagi, otai. Aku ni tegang tegar je, belum otai lagi. Dah takde aktiviti lain cuti ni, duduk depan komputer je la. Dunia yang aku terokai adalah dunia internet ni. Nak keluar, malas! ..kecuali kalau pergi gym sebelah ni.

Disebabkan aku baru je kemas bilik hari ni, maka aku kongsilah sikit rupa ruang kerja aku. Seorang blogger tegar memerlukan ruang kerja yang luas, kemas, hensem dan selesa untuk membolehkan dia menulis perkara-perkara mengarut di dalam blognya. Yelah, kalau barang bersepah otak mesti serabut..

Pandangan atas

Semua standard je kot. Kertas putih tu jadual waktu solat. Waktu sembahyang kat sini berubah-ubah dan kalau berubah memang jauh beza. Bergantung pada musim. Kalau musim sejuk, subuh start pukul 7:50 pagi, zohor 12:30, asar 2:00 petang maghrib pukul 4:00 petang and isyak pukul 5:15 petang. Jadi kalau takde jadual memang leceh la.

Pisau lipat untuk mempertahankan diri dan kalau ada orang kacau aku berblogging boleh kasi zass sama dia. haha.. Inilah pisau yang aku cakap dalam pos sebelum ni, pasal cerita aku bertembung dengan mamat Russia muka ganas.

Kat bawah monitor ada duit Russian 10 rubles. Lebih kurang RM1.10 camtu la. Bodoh punya currency. Lepas tu ada earphone untuk iPhone aku. iPhone tengah charge. dah lama phone aku tak berbunyi.. Kunci 2 set tu dua-dua kunci bilik. Keychain London ngan Paris orang kasi. Aku belum sempat lagi nak jalan-jalan.. still waiting for the right companion.

Ni bahagian tepi belah kanan meja

Air mesti sentiasa ada. Aku baca kalau nak kuruskan badan ni elok minum air banyak-banyak sebab bila minum banyak perut penuh. Jadi nanti masa nak makan takdelah makan banyak-banyak. Lepas tu ada buku I Will Teach You To Be Rich oleh Ramit Sethi. Buku beli direct from US. Bagus gak buku ni. Macam-macam dia ajar pasal personal finance. Masih belum habis membaca buku itu. Bawah buku tu ada majalah Men’s Health. Haha.. Pinjam member punya je.

Yang balang besar tu aku dah tunjuk kat pos sebelum ni pasal nak jadi gagah tu.. title memang tak boleh blah. Benda tu adalah muscle gainer, aku amik gainer sebab aku nak besarkan sikit badan ni. Kadar metabolisma badan aku terlalu tinggi, jadi makan banyak pun susah nak naik. Kena amik supplement. Minum sebelum tidur dan time breakfast. Atas gainer tu pulak multivitamin untuk lelaki. Don’t play play eh.. haha. Yang peliknya, kat kotak tu tulis suruh makan 3 biji sehari. Mak aih.. banyak tu! Satu pil pun dah cukup besar dah. Jadi aku tak ikut cakap kat kotak tu, aku bantai makan sebiji sehari je. Saving sket :D

Jadi itulah yang ada atas meja aku. Itulah yang aku hadap sepanjang empat tahun ni dan akan aku hadapi lagi dua tahun. Cisdel betul..


53 thoughts on “Ruang Kerja Seorang Blogger Tegar

  1. ko mnum btol plastik ek.xelokla…aku ade bce byk psal btol keburukan btol plastik ni.ko cbela google.aku tgk work on blog aku sal info2 cmtu.lau ko gne btol gak at least jgn lme sgt or jgn lgsung ltk air panas/suam dlm btol plastik.sgt xelok.k la.aku da bke ni.mkn nandos lg.adoi…nsb2

  2. Heh.. metabolisme terlalu tinggi… makan banyak mana pun takkan naik. tunggu kawen baru naik.. Haha…

    • Of course nak ambil gambar baru kemas :P
      Tapi.. lebih kurang camtu jer pun all the time. huhu~

  3. Aku tak leh tahan punyer bile ade juge pisau lipat tuh atas meje…hikss..

    p/s – Tegar takpe, jangan tegang. Susah nak berblogging :D
    .-= Cerita terbaru hafizmd.. Chot vs Saod =-.

    • Uh.. betul2. Tegang karang.. haish. Susah cakap.

      Kalau nak menulis ni minda kena clear, tak boleh berkecamuk dengan perkara-perkara
      lain yang takde kaitan.

    • Yup. Ikea :)

      Barang-barang Ikea mana-mana pun sama, senang betul business model dia. Tak payah pening2 nak buat special item untuk negara-negara tertentu. Buat something yang satu dunia boleh terima pakai.

    • Haha. of course dah kemas baru amik gambar. Malu muka nanti kalau tunjuk sepah-sepah kat orang

  4. kemas gak meja ko.hahaha.aku guna laptop, memang atas meja jer…xleh masuk kategori blogger tegar lagi la..juz leh masuk kategori pengguna laptop tegar…

    • hahaha. Tu memang dalam perancangan. Mencabar sikit nak tangkap gambar diorang ni. Aku ni bukannya smooth talker pun ngan pompuan.

      Takpe2. Aku akan still try.

  5. ko mesti duk minom ape yang botol gedabak kt meja ko tu.. kawan aku suke minom mende tu n gi gym..gile r..mase first year jupe die ok lagi..now dah cam hulk je aku tgk..ko jgn lak ikot die,.ske ngusik nk bg penumbuk..besar gile..menggerunkan.ishk~
    actually tadi aku ingt ko nak cite sal workingspace ko wat blog. pkai WLW ke ape ke.hik3x. ape pon. tahniah berjaye kemas bilik.hahha boys payah doe kemas bilik =)
    .-= Cerita terbaru elyana yazmin.. bila xx + xy (V)… =-.

    • Hm. Aku tak nak la sampai jadi hulk macam tu sebab bila macam tu kalau tak pergi gym lagi senang gemuk.

  6. hehehe.. kemas yea.. drpd meja mai ney… tk de ciri2 seorang pmpuan.. ngee^^
    .-= Cerita terbaru maisyara.. Boys Over Flower VS Hana Yori Dango. mana lagi best? (^^,) =-.

  7. pergh~
    aku sedang memikirkan nak beli meja since aku graduated, aku dah takde meja study~
    hahaha~
    oh, itu botol protein tu ke?
    ariff, dulu time aku ‘diet’ aku minum air sebab kadang2 perut kita salah tafsir antara lapar dan dahaga – lama2 aku berat air plak~ hahaaha~

    aigoo~
    .-= Cerita terbaru Lord Zara.. Bila Biologi Dan Fizik Tidak Menyebelahi Aku, Kimia Buat Diri Kental Berdiri Dan Sejarah Menghidupkan Naluri Hati : Jangan Benci Sejarah. =-.

    • Haha. Version tak kemas syiling bersepah, kertas sana sini (exam notes) ada habuk biskut la dan macam-macam lagi yang tak menyenangkan.

    • iPhone 3g lama je. Aku beli kat New Zealand. Masa tu ringgit mahal, dapat murah tak sampai rm2000

  8. Pingback: IMCurtain.com