Pak Menteri, Tolong Jangan Ulang Apa Yang Saya Dah Cakap

Kalau cakap benda yang aku dah cakap tahun lepas, rasanya aku boleh la kot jadi Menteri Telekomunikasi. Aku dah cakap dari dulu lagi (baca: Beza Internet Russia & Malaysia) turunkan kos untuk internet broadband. Kenapa susah sangat nak ikut eh? Aku masih tak faham. Kos internet broadband kat negara lain berkali ganda lagi murah, tapi kenapa Malaysia tak mampu memberikan kemudahan macam tu? Boleh tak sesiapa atau Pak Menteri sendiri tolong jelaskan tentang perkara ni.

Nak cakap pasal nak tingkatkan broadband penetration tapi kualiti servis masih memalukan, malah menyakitkan hati. (baca komplen dan rintihan pengguna). Come on TM, come on Dato’ Seri Najib. I believe you can do better than this. It’s not mind boggling, you concentrate on this first, make sure semua dah tip top baru boleh cakap banyak. Ucapan yang berbunyi atau bertemakan “kami akan buat itu ini” tu orang dah jemu dengar. Rakyat tak bodoh. Buat sesuatu dan buktikan yang kalian semua memang sedang melakukan sesuatu.

Hanya pendapat jujur aku. Kita masih terlalu perlahan melangkah dalam bidang internet broadband ni. Memanglah sekarang dah ada UniFi, tapi kalau Streamyx yang lama tu pun masih bermasalah dan gagal diselenggara/diuruskan dengan baik apa guna memperkenalkan teknologi baru yang lebih mahal. Ataupun dah memang nak tukar satu negara guna UniFi?

***

blog.ariff’s premium sponsor July 2010:


39 thoughts on “Pak Menteri, Tolong Jangan Ulang Apa Yang Saya Dah Cakap