Kenapa Penjualan Mercun Diharamkan?

Kat Melaka dulu aku main meriam tanah, lebih selamat daripada meriam buluh

Aku tak taulah macam mana kerajaan kita ni buat analisis sampaikan nak haramkan penjualan dan pembakaran mercun sebab ironi yang berlaku sekarang ni ialah, kes-kes kecederaan akibat bermain mercun buatan sendiri ni semakin menjadi-jadi. Untuk pengetahuan semua, pembakaran mercun termaktub dalam Akta Bahan Letupan pindaan 1991 dan diklasifikasikan sebagai bahan letupan kecil. Terus-terang aku cakap, pengharaman ni melambangkan imej kerajaan Malaysia yang tak seronok langsung; diterajui oleh orang-orang tua ganyut yang bosan dan tak ceria.

Dalam hal mercun ni, aku lebih suka kat Russia. Kat sana, mercun dijual besar-besaran menjelang sambutan tahun baru tiap-tiap tahun dan tak payah cakaplah berapa punya banyak jenis mercun yang dijual time tu. Dan takde pulak aku dengar kes rumah terbakar atau budak-budak putus jari main mercun sebab bila diorang buat macam ni, budak-budak main mercun dibawah kawalan ibu bapa. Jadi risiko kecuaian tu semua memang berkurangan.

Dalam kes kita, bila dah diharamkan, budak-budak mulalah beli mercun sorok-sorok, main tanpa pengawasan ibu bapa dan mula nak jadi kreatif tengan membuat pelbagai modifikasi pada mercun tu. Lepas tu nanti bermacam-macam kes timbul la berikutan kreativiti melampau budak-budak ni. Lagipun, manusia ni kan suka melakukan benda terlarang. Itu lumrah. Lagi terlarang benda yang dia nak buat tu, lagi menjadi-jadi diorang nak buat. Sebagai contoh, seks luar nikah.

digi award2 Banner
http://denaihati.com/contest-cabaran-seo-lelaki-kacak-komen-ariff-shah

Kalau nak kawal benda ni, jangan larang langsung. Benarkan penjualan mercun, biar orang ramai beli mercun banyak-banyak, bakar duit banyak-banyak dan bila diorang dah takde duit nanti pandai-pandailah diorang stop sendiri. Rasanya kalau penjualan mercun ni dibenarkan, mesti menu kat bazar Ramadhan nanti bertambah ye =)

Ingat lagi tak cerita pasal pelajar kita kena tahan kat Russia sebab seludup bahan letupan?

2010/2011 Premium Sponsor


59 thoughts on “Kenapa Penjualan Mercun Diharamkan?

  1. Cerita psl mercun ni, kalau ada info stor ke…lori ke, kira yg byk2 la kan, korang info cpt2 kat aku coz aku ada member kastam leh tangkap. Korang pun bley dpt imbuhan RM beb! Tp kalau stkt jual atas meja @ dlm 4-5 kotak jer…x pe, terima kasih je la.

  2. Btl sgt la tu, kalau nak kwl mercun ni jgn hlg diaorag jual/beli & main mercun ni. Macam zina, dadah dll tu pun rasanya sesuai cara tu…jgn larang, biarkan je remaja2 kita, dah kena AIDS nanti pandailah diaorg berhenti! Apa la punya pemikiran!