Daripada Bagi Duit Beli Phone, Lagi Baik Bagi Duit Beli Rumah

Reading Time: 2 minutes

Melalui Pakej Komunikasi Belia, rebat 200 ringgit akan diberi secara one-off bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G melalui pengedar-pengedar rasmi. Ia terbuka kepada belia yang berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Sebanyak 300 juta ringgit telah disediakan dan akan memanfaatkan 1.5 juta belia.

RM300 juta diperuntukkan sebagai rebet pembelian smartphone adalah sesuatu yang kurang sesuai pada pendapat saya. Rebet ni sebenarnya takdelah banyak mana, nampak je banyak tapi kalau beli iPhone 5 pun tak sampai 10% discount.

Smartphone BUKAN keperluan tetapi sebaliknya adalah kemewahan. Takde orang mati pun sebab takde smartphone dan rasanya takde orang pernah merungut pun pasal smartphone mahal.

Kenapa tak buat RM300 juta tu diberikan kepada golongan muda (21-30 tahun) sebagai insentif pembelian rumah pertama? Contohnya, pembeli akan menerima RM1000 melalui rebet dan dipotong terus daripada loan rumah. Bukankah itu lebih bagus? Nak lebih efektif, hadkan untuk hartanah kos rendah/sederhana sahaja supaya kena pada golongan sasaran.

Bagi duit kat budak-budak supaya beli handphone baru ni menggalakkan pembaziran je.

Sebenarnya, dari segi ekonomi, kerajaan melabur RM300 juta supaya rakyat membelanjakan wang mereka. Bila rakyat berbelanja, ekonomi dapat berkembang. Macam yang saya cakap tadi, kita ambil contoh RM200 hanyalah 10% daripada harga smartphone. 90% lagi adalah daripada duit poket rakyat. Maka dengan itu, sebanyak RM2.7 billion akan dibelanjakan sekiranya kesemua RM300 juta tadi digunakan oleh rakyat untuk membeli smartphone.

Jualan smartphone akan menguntungkan Digi, Maxis & Celcom dan pada masa yang sama menguntungkan kerajaan melalui pegangan saham mereka dalam ketiga-tiga syarikat ini.

At least itu logik yang saya nampak la. Kalau rakyat tak belanja duit mereka, ekonomi tak boleh berkembang, kecuali kalau ada negara lain yang beli barangan dari negara kita. Jadi dengan pemberian rebet ini, kerajaan akan dapat semula nilai 10 kali ganda daripada pelaburan mereka.

Selain daripada itu, harapan saya hancur sebab takde pengurangan tax atau apa-apa insentif untuk pembelian kereta. Tak dapat la beli kereta macam ni… Atau mungkin pengurangan tax ni mereka nak masukkan dalam manifesto pilihanraya? Mungkin.. masih lagi berharap.

Apa-apa pun, saya suka part diskaun pembayaran PTPTN tu. So apa macam? Still tak nak bayar?

Tengah berkira-kira nak ambil phone apa. Galaxy Note 2, iPhone 5 atau Samsung Galaxy S3? Kalau boleh dapat rebet untuk beli iPad kan best.


Posted

in

by

Comments

58 responses to “Daripada Bagi Duit Beli Phone, Lagi Baik Bagi Duit Beli Rumah”

  1. glock17 Avatar
    glock17

    ade siapa2 yang boleh bagi link untuk pengedar2 smart phone BR1M and jenis2 smart phone yang boleh dibeli?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Belum keluar lagi list ni. Tunggu bulan depan

  2. luke Avatar

    Kalau untuk beli rumah memang bagus tapi untuk bayar setiap bulan kepada bank takut golongan sasar tak mampu handle. Mungkin ada cadangan lain juga seperti boucer beli beras, lagipun cuma RM200 je, jumlah keseluruhan 300 juta. Rakyat tak perlu keluar duit poket.

  3. luke Avatar

    Beri kemudahan internet percuma setahun lebih baik daripada beri rebat beli smartphone.

  4. Mr Cute Avatar
    Mr Cute

    Just wanna share pandangan…bg mr cute, rebate RM200 kpd youngsters mungkin utk menarik minat muda tertarik dgn kerajaan skrang & mabby ramai yg ckp mmbazir, baik bg rebate rumah murah…

    Tp ingat, kerajaan da byk sediakan kmudahan rebate & elaun2 sblum ni yg kita x sedar pun..cthnya, study kt IKM, IKBN,ILP dan byk lagi institusi yg bagi allowances kpd remaja2 & belia2.. tp semua x kecoh pn psl rebate & elaun2 ni..psl twaran buka bisnes kpd youngsters…byk je tawaran, rebate, diskaun yg krajaan bg support utk belia2…

    Tp bila krajaan bg rebate RM200 semua marah, byk lg yg boleh di buat dgn RM300 juta…tp ingat, ramai belia x sedar tentang kemudahan, elaun, rebate yg kerajaan bg sblum ni..so nk bg semua sedar yg krjaan byk bg insentif kpd belia, so trpaksalah tawan hati muda-mudi dgn rebate RM200.

    bagus juga cadangan bg rebate RM1000 kpd belia yg nk beli rumah.. tp belia di Malaysia ramai giler & x cukup pn nk guna RM300 juta utk bg rebate RM1000 kpd mereka yg layak..It takes billion of money…

    kerajaan da bagi RM200, tp nak RM1000 pula..too much bro n jgn la kita bumiputra asek nk brgantung pd krajaan..stand by our own self..if opposition mmrintah skalipun..kita x takot sbb kita x brgantung pd sesiapa…

    just points of view…regards

    Mr Cute..wihuuu

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      To me yang 1k tu bukanlah meminta pun tapi lebih kepada galakan kepada orang muda supaya membeli apa yang penting dahulu (property) sebelum benda lain. Dalam masa 8 tahun ni property market kat negara kita masih lagi uptrending (banyak development untuk menuju ke arah status negara maju 2020) jadi rugi kalau tak position dalam market terlebih awal.

      Kat Singapore ramai yang kaya sebab property boom mereka. So daripada galakkan orang beli phone, eloklah beli property

  5. Jai Avatar

    btol2..lebih bek bg rebat utk pembelian rmah pertama drpd telefon pintar..kalo pk utk jngka masa pnjang la hehe..harga rmah skang sangat2 mahal..:(

  6. pinkbubblegumprincess Avatar

    pikir-pikir jangan tak pikir hehe..

  7. Wanayu Avatar
    Wanayu

    Info yang menarik..

  8. citiz Avatar
    citiz

    korang niii x bersyukur langsung..dah orang bagi amik je lah…kerajaan tolong kite ape salah nyer kite tolong kerajaan semula bukan ke kerajaan ni tunjang negara kita.. think positif laa bro…

  9. keretahita Avatar

    Apa pun bersyukur dengan pemberian dalam bajet yg diberikan. Nak puashatikan semua umat dalam negara ini bukannya senang…dah diberikan katanya tak patut atau membazir pulak…fikir-fikirkanlah wahai rakyat jelata semua.

  10. Hafizul Avatar

    Hehe..memang tak berbaloi kan..kalau dapat insentif rumah ok jugak mcm ariff katakan itu..emm sy ok jer..orang bagi, kita ambil..hahaha

  11. azriMy Avatar

    bro ariff tak layak untuk rm200 smartphone ni ke? kenapa ye?

    part phone, cuba lah S3… best kot :)

  12. panas Avatar

    sangat setuju! beli rumah lebih penting. henfon boleh tukar ikut suka….

  13. Travel Website Avatar

    bagi rumah lebih baik, rumah harga makin hari makin naik,kalau phone makin lama makin xde harga..

  14. Kazen Avatar

    sgt stuju dgn pemberian rebet itu kepada pembelian rumah. tp juga bgus kalu berikan juga kepada pembeli kenderaan. Kenderaan juga satu keperluan pd pndapat ak :)

  15. Ramzi Avatar

    Rumah lebih penting dari pada smartphone sebab rumah adalah kebutuhan primer / utama
    jadi sayan pun juga setuju dengan mas bro. Semoga ada kebijakan yang benar2 tepat untuk seluruh rakyat Malaysia..

  16. akubiomed Avatar

    Saya kurang jelas dengan pemberian rebet RM200 untuk pembelian Smartphone untuk golongan belia. Mungkin ini satu cara untuk merancak ekonomi didalam negara dengan mensasar golongan muda yang mempunyai kuasa membeli tinggi.

  17. corey Avatar
    corey

    Habis tu kalo kerajaan bg rebet $1,000 utk org beli rumah, x ke itu menggalakkan org berhutang dgn meminjam bank smpai 25-30 tahun sblm hutang tu langsai? Hah yg tu x ke lg kaya kerajaan melalui pegangan saham dalam bank2? Padahal rebet $1,000 tu cuma 1% je kalo rumah tu berharga $100K.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Sekadar cadangan supaya dapat meringankan beban pembeli rumah kos rendah/sederhana kali pertama.

      Ada cadangan lagi bagus ke?

  18. Bean Moreno Avatar

    Sebenarnya permberian rebate ni menguntungkan ekonomi tapi kalau kita fikir dari satu sudut pencil yang mana keluarga kurang berkemampuan kita akan nampak beban kat situ ;)

  19. adillaharun Avatar

    Totally agreed dgn post ni. Bukan apa, ini mungkin nak padankan dgn slogan I’m4U diorang. Untuk tarik undi belia. Saya rasa macam dekat nak pilihanraya jer. Pada saya juga bajet …nothing special. Macam biasa dan semua yang diberi memang layak dan patut diterima rakyat. Tak perlu mengaku betapa realistik dan hebatnya kepimpinan mereka. Tidak payah juga mengungkit dan menagih syukur dari rakyat. Syukur kita hanya pada Allah. Terimakasih kita tetap ada, namun tak semestinya dengan satu pangkahan. Mana-mana pemerintah bila di atas(in control) pasti akan cuba membayangkan yang terbaik, namun belum tentu rakyat merasa….Jika tiris sini dan sana? Dapat hanya debu dan habuk jerlah…(Cuma keluhan orang yang melihat).–Orang rumah saya kata, tak satu pun kena pada dia(isi bajet).

    Bom, bam, bom bam…lepas ni harga barang camner? Nilai duit?

  20. Cik lina Avatar

    Rumah adalah keperluan, sementara tu smartphone pula kehendak.. Rm300juta adalah suatu jumlah yang banyak utk memuaskan kehendak manusia utk mendapatkan gadget.. tapi, 300juta tidak cukup untuk membina rumah kos rendah untuk semua belia.. dan jika amaun trsebut di peruntukan utk perumahan target kerajaan untuk memberi saguhati kpd belia xkn tercapai.. sekian.

  21. Adziim Avatar

    Rebet untuk laptop pun best jugak.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Rebet untuk laptop? Rasanya dah pernah kasi dulu

  22. Encik Din Avatar

    Betul tu. Rasanya rm200 tak rasa sangat beli smartphone. Smartphone sekarang pun paling murah dalam rm500. Tapi tak smart mana pun. sebab murah.

    Cuma saya rasa, bajet kali ni macam nak galakkan rakyat berbelanja dengan kasi mcm2 insentif. Betul cakap U. Bila rakyat berbelanja, secara tidak langsung ekonomi negara bergerak dan pendapatan kerajaan pun bertambah melalui cukai.

    Kira apa yang gov kasi, dapat balik kat dorang balik. Semua merasa.

  23. Juan Avatar

    saya sendiri pon dah buat artikel ini semalam akan perihal ketidak setujuan saya terhadap rebat rm200 ni

  24. abangensem Avatar

    Tapi bagus jugak kalau ramai remaja memiliki smartphone, at least makin ramai la yang boleh menatap wajah ensem aku kat blog dan seterusnya mampu melariskan jualan ebook aku dan ebook rakan affiliate aku.. heh heh heh.

    1. halif Avatar

      Ahaks..setuju. Sinis. Tapi apa yang bro arif ckp pun ada benarnya. Tapi kan lebih bagus kalau ekonomi negara berkembang?? nanti semakin ramai orang boleh beli e-book blogger tempatan.

  25. lynziluvly Avatar
    lynziluvly

    duit beli smartphone tu pulak dtg dr org gaji 3k ke atas. hampagas. makan duit orang lain (tax), pastu bagi rakyat lain.. kami yg xlayak dpt rebate ni pon ikat perot time beli smartphone tau.. huhuhh

  26. Ahmad Hati Avatar

    -Diskaun untuk PTPTN dan BB1M untuk pelajar boleh terima lagi. Tapi untuk rebat beli phone macam tak bagus lah. Baik bagi cash or buat satu trust fund untuk pelajar. Boleh dapat compund interest bila simpan Rm200 (rebat) tu

  27. JMR Avatar

    ada btol gk hujan psl rebat smartphone ni..tp paling penting, perlu bijak membeli dan bijak memakai…

  28. toko bunga Avatar

    benar bgt saya sangat setuju dengan pendapat nya, lebih baik rumah.

  29. lewisdotmy Avatar

    jgn2 rebat hanya untuk produk tertentu seperti 1Malaysia Tab dahulu

  30. kng6666 Avatar
    kng6666

    semua untuk keroni…

    mcm yang berlaku pada pemberian tayar….yang dapat semua kedai keroni..

  31. cmratu Avatar

    ada pengedar khas tu.. mungkinkah dari org2 tertentu .. hehe.. tak kisah la, kalau dah bagi tak guna pun rugi juga.. betul ke semua 1.5juta belia akan guna rebet ni… kalau tak semua yg guna? mana baki dari RM300juta tu pergi.. :))

  32. Akak Tulip Avatar
    Akak Tulip

    Mak saya ckp-biar la najib nak tlg anak muda.kan ke nak tlg org susah dpt benda yg mereka nak. Hehe.pndgan org veteren.x leh lawan.dosa. Saya-kan umur boleh mengundi dr 21 kan?dan golongan belia ni ‘degil’ sikit nk pangkah undi.hehe. Ptptn? Saya suka….

  33. Ekspresi Ruang Avatar

    setuju. mmg insentif ni utk nk bg ekonomi berkembang.
    tp lebih setuju dgn pendapat Ariff kalau bg rebat utk rumah pertama adalah lebih bgs. kerajaan kena galakkan org melabur utk perkara yg payah nk susut nilai mcm hartanah, dan bukan smartphone yg keluar produk br 2 3 kali setahun.

  34. Denaihati Avatar

    smartphone bukan lagi sekadar hp tetapi kepada yg pandai menggunakan boleh menjadi platform sumber income baru … silapnya kita selalu jadi hamba kepada gadget dan tak ramai yg jadikan gadget kepada hamba kita utk mengeluarkan income sampingan…

    1. tutti Avatar
      tutti

      seriously agree. for university student pun senang nak acces online portal notes yg lecturer upload. apa yg diberi ada kebaikkannya if digunakan dgn betul. so utk mengkategorikan pendekatan ini berimpak -ve or +ve, semua berpunca kpd diri kita sndri. I selalu bc online notes guna hp, so x payah susah2 bwk laptop kehulu kehilir n buang masa time tggu train.

      1. Ariff Avatar
        Ariff

        Ada yang betul-betul memanfaatkan penggunaan smartphone, ada yang tak. In this case, I think the posifitve side of it kurang daripada negative side.

        Jangan sampai ada yang membazir dan berhutang pulak hanya disebabkan nak dapatkan subsidi RM200 tu. Kalau tak mampu/tak perlu, elok jangan diambil.

        1. Ahmad Hati Avatar

          Takut pemberian Rebat Rm200 tak ubah apa2 dekat harga smartphone tu

  35. nik Avatar
    nik

    kalau bagi ipad masam singapore bagi kat student2 dia saya agree..x der nak bawak bag berat2 ke sekolah dah

  36. poruman Avatar

    salah satu pembaziran dalam bajet kali ini. bukan sedikit belia yang berada dlm lingkungan umur tersebut

  37. Azah Avatar

    Tak mati nya tak beli smartphone pun. Makan pun tak kenyang. Baik 200 + 250 tu fully kat baucer buku, at least dapat la aku buat mini library kat rumah.

    1. asyraf Avatar
      asyraf

      haha, betoi la memang boleh buat mini library.

  38. Zyla Avatar

    hmm.. smartphones ni akan menambahkn lagi byk masalah dlm social. kalau semua dh dpt nak access internet 24 jam, smualah bnda mengarut akan tersbr kat fb, twitter.. btollh apa awak ckp.. lbh baik kerajaan bg duit tu untuk kita yg br nak kerja dan hbs belajar ini beli rumah atau kereta ke. dpt laa jugak kurgkan beban. for sure tax akan melambung tinggi. negara kita ni hanya akan kurgkn tax bla kita dh maju. elok laa kalau kurgkan pbyrn ptptn, tak laa membebankn sangat. thnks to mara la sbb tak jd mcm ptptn. hmm.. tp kn, walau mcm mana pun kita nk mengeluh, atau membantah, kerajaan ttp mcm ni jugak.,

    1. Denaihati Avatar

      bila kita pandang dari sudut negatif maka jadilah negatif tetapi orang yg kreatif akan melihat dari sudut positif … itulah bezanya orang yg berjaya dengan yg tidak.

      1. Naziman Avatar

        Betul kata DH tu. Hidup kena fikir positif. Kalau diikutkan sebenarnya dulu saya beli smartphone sebab senang nak akses emel dan mudah nak cari maklumat. Tapi bila mula-mula pakai tu jadi lalai dan alpa juga kejap. Tapi lepas dah lama guna, pasang niat balik. Sekarang ni smartphone more for money less for sosial.

  39. boni kacak Avatar

    bro..aku setuju. aku rasa tak perlu peruntukan untuk diskaun smartphone ni. itu adalah KEHENDAK, bukannya KEPERLUAN. bagi aku, lebih baik peruntukan itu disalurkan ke barang-barang KEPERLUAN harian yang lebih penting. Ini lah yang merosakkan minda kebanyakan orang2 muda yang sekarang ni dilihat lebih mementingkan benda2 macam ni daripada perkara2 yang lebih penting utk masa hadapan. aku sangat-sangat tak bersetuju

  40. hisham Avatar

    pelik! dimanakah kepentingan smartphone tersebut. Mungkin ada dikalangan blogger yang nak updatekan blog guna smartphone mencadangkan kepada PM.
    ………………erm… smarphone apa paling mahal ar…?ahaks!

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Paling mahal? iPhone 5 la.. heheh

  41. Naziman Avatar

    Sebenarnya saya sendiri terkejut ada rebat untuk smartphone tu. Gila ka apa kerajaan mahu bagi diskaun begitu. Tapi bila di fikir balik, memang mainan saham. Tapi tetap bagi saya tak sesuai la nak bagi rebat untuk smartphone tu. Yang bab ptptn tu memang menarik. Tapi saya tak ambil pt. haha

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Peluang terbaik bagi mereka yang nak langsaika hutang ptptn secepat mungkin. Harap mereka gunakan peluang ini dengan baik

      1. Naziman Avatar

        Betul tu bro. Ini peluang terbaik la. Tapi biasanya orang yang tak mahu bayar ni, 1001 alasan boleh di bagi. Lepas ni kita boleh tengok alasan baru tak bayar ptptn ni.

  42. aslam Avatar

    betul la kau tulis tu,merepek jela bagi rebet utk beli smartphone. Tak bg rebate pun rakyat malaysia beli siap berhutng lg,apa ada hal. Kesian budak muda, Mentaliti disogokkan dengan segala kemahuan. Keperluan masih kurang,akibatnya…. sendiri fikir

  43. sam zahri Avatar
    sam zahri

    You pun under ptptn ke for your study in Russia?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Nope. But I don’t like that some people think that they don’t have to pay their ptptn debt