Rasanya ramai yang menunggu kemunculan iPhone 5 di Malaysia (termasuk saya). Pada masa ini, iPhone 5 boleh didapati di Malaysia melalui beberapa saluran tetapi harga jualan di saluran-saluran ini adalah sangat mahal, bermula daripada RM3,000.
Memang merancang nak dapatkan gadget ini tapi tak nak lah terdesak sangat sampai terpaksa membayar harga yang premium untuk memilikinya. Lagipun, iOS 6 masih lagi terlalu baru dan aplikasi Maps di Malaysia belum lagi disokong sepenuhnya, maka ada baiknya kita tunggu dan lihat perbandingan harga bila iPhone 5 ni keluar nanti.
Selain daripada menunggu pengumuman daripada telco, boleh je guna iPhone 5 Price Comparison Service untuk mengetahui harga yang ditawarkan oleh online store yang terdapat di Malaysia. At least nanti senang dah nak buat keputusan mana nak beli iPhone 5 berdasarkan perbandingan harga yang diberikan. Who knows kan ada di kalangan online store ni menawarkan harga terbaik dan termurah untuk iPhone 5 tu.
Perkhidmatan percuma ini disediakan oleh PricePanda, sebuah laman web yang menawarkan servis perbandingan harga barangan elektronik yang popular dalam pasaran. Pricepanda baru sahaja dilancarkan di Malaysia dan Singapura pada 18 September yang lalu selepas kejayaan mereka dalam versi beta selama dua bulan.
Basically Pricepanda adalah sebuah online catalogue percuma yang membuat perbandingan harga antara online store terkenal yang lain di Malaysia. Personally, saya bersetuju untuk bekerjasama dengan Pricepanda kerana saya sendiri sering membandingbeza harga barangan dan gadget di laman-laman web online ini. Oleh itu, perkhidmatan yang mereka tawarkan memudahkan saya untuk membuat perbandingan harga.
It’s free and no strings attached. Tak perlu beli apa-apa kalau tak nak tapi kalau jumpa apa-apa yang lagi murah, I’ll surely grab it!
For more info, sila lawati:
- Pricepanda.com.my
- iPhone 5 Price Comparison Service – FREE
- Facebook Pricepanda
- Twitter Pricepanda
Comments
18 responses to “Mana Paling Murah Nak Dapat iPhone 5?”
Alamak mahal sgt harga iphone 5 ni..mungkin tak ada peluang tok memilikinya..hehe..emm laman pricepanda tak pernah lagi masuk dan ini kali pertama masuk..hehe..terima aksih atas infomasi itu..
price panda? boleh cuba juga nih nanti
Baru tau pula price panda ni. Ngam la juga, semua kawan-kawan saya nak beli iphone ni. hehe
senang lah nak buat perbandingan harga iPhone lepas ni. Siapa yang tak nak harga murah kan.. thanks dengan infonya.
Perbandingan ini dah termasuk discountnya juga atau harga normalnya ni mas bro ?!
wahh bermula dari 3K. memang premium sungguh harga iPhone 5 nie. pakai iphone 4s jer la nampaknya aku.
tq fr the info
kan bagus kalau apple tawarkan apple mini yang murah sikit barulah orang mampu beli produk apple..
gadget-nya mantap abizzz…. harus punya tu.
Mmm…Itulah dia. Tadi baru jer membaca blog Kak Jie. Pasal kereta. La ni pasal fon pula. Saya nampak konsep yang sama. Saya pernah diceritakan oleh seseorang(harap bukan dongeng). Dibanding dengan negara jiran, Singapore fon murah. Hatta yang baru. Tak pastilah kenapa. Matawang berbeza atau ada sebab lain. Cuma yang saya nampak, kat sini kalau nak murah bila beli dah kena tetapkan dengan Maxis, Celcom, Digi ke….baru dapat murah(konon). Kenapa begitu. Kita dah beli fon, suka kita nak pilih line. Lihat siapa belakang syarikat sana!!! Malaysia boleh.
aku ada jumpa satu iPhone 5 harga RM 3488 gilo betul -.-
dekat website apple singapore.. yg 16GB $948 + Tax $62. Ok kot..hehehe
wah makasih atas infonya :D
nasib baik tak minat apple (x minat sebab x mampu kot)… iphone 4 pun tak lepas lagi…
Apa pun iPhone 4S akan turun harga. Kalau nak diikutkan bukanlah outdated sangat masih lagi gajet terbaik.
setakat ni tak rasa nak tukar samsung galaxy s3 ni lagi, sbb smartphone ni memang best
adeh,, kalau pun ada yang jual murah, rasanya masih belum berkemampuan lagi nak memakainya…
biasa yang mahal2 harganya ni unlock version. kalau dari maxis, celcom atau lain2 harganya akan murah sedikit dari unlock version.. cuma lock version ni terikat dgn syarikat telefon la..