Blogger Kahwin, Persiapan Yang Perlu Ada

Agak seronok sebenarnya tengok kawan-kawan blogger yang lain berkahwin. Walaupun aku yang jauh ni tak dapat datang, tapi dapat rasakan suasana riuh-rendah dan kemeriahan majlis perkahwinan mereka melalui internet, terutamanya Twitter. Aku tak pernah berkahwin atau menghadiri majlis perkahwinan blogger tapi aku rasa persiapan-persiapan ni perlu ada untuk majlis perkahwinan blogger di Malaysia.

WiFi

Wajib ada. Pihak pengantin yang menjemput orang datang wajib menyediakan WiFi untuk para tetamu, lebih-lebih lagi kalau tetamu tu majoriti adalah blogger. Ini dapat memudahkan tetamu mengupdate apa-apa yang patut seperti live blog, Facebook status, Twitter, instagram, twitpic dan sebagainya. Mereka pasti gembira dengan adanya kemudahan WiFi (siapa yang tak kan?).

Google Maps

Pastinya tetamu kita datang dari seluruh pelusuk negara. Yelah, blog kan satu dunia boleh baca, jadi memanglah rakan blogger pun datang dari seluruh Malaysia. Masalah paling biasa adalah untuk sampai ke rumah pengantin, lebih-lebih lagi kalau yang tinggal di kawasan kampung. Sekarang ni guna phone pun dah boleh buka Google Maps dan GPS jadi maklumat koordinat lokasi rumah pengantin perlu disediakan.

Banner Besar + Twitter Hashtag

Banner besar tu standard la, cuma di era Twitter sedang popular ni eloklah dinyatakan sekali hashtag kat banner tu supaya mudah para #tahitwitter nak tweet apa-apa. Macam masa tekong kahwin dulu, hashtag dia adalah #tekongkawen kalau tak silap. Senang untuk aku yang kat Russia ni nak baca update kat twitter pasal perkahwinan dia. Masalah wujudnya banyak hashtag yang berbeza untuk event tu pun tak akan timbul.

Hadiah

Gambar dari entri 5 Fungsi MacBook Pro yang Belum Diketahui

Ni persiapan untuk tetamu yang datang. hehe.. Yelah, takkan pengantin nak bagi hadiah pulak. Hadiah yang best untuk blogger mestilah gadget-gadget terbaru di pasaran sekarang ni. External hard disk, MacBook, iPad atau apa-apa smartfon boleh diterima pakai sebagai hadiah.

Live Streaming

Nak buat live streaming a la perkahwinan Sheikh Muszaphar yang buat live kat TV pun rasanya tak melampau dah sekarang. Banyak je live streaming services kat internet (contoh: ustream.tv) yang percuma sekarang dan macam aku cakap tadi, ini untuk mereka berjauhan yang tidak dapat hadir, tapi masih mahu menghadirkan diri di majlis tersebut.

Website Perkahwinan

Website kahwin Knizam

Blog dah ada, takkan website kahwin pun tak boleh buat kan? Betul tak? Macam tak padan kalau blogger, lebih-lebih lagi yang popular tu tak ada website kahwin sendiri. Memang tak boleh diterima akal, melainkan kalau dia memang buat majlis kecil-kecilan dan low profile habis. Aku cadangkan perkhidmatan membuat website perkahwinan oleh saudara Ikhwan Nazri a.k.a. @tekong di weddingkami.com.

***

Kepada bro Knizam yang melangsungkan majlis di Jasin hari ini (19.02.2011), Selamat Pengatin Baru diucapkan. Semoga berkekalan sehingga ke anak cucu. Insya Allah.

Next siapa?

Premium Sponsor

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

45 Comments