8 Tips Kewangan Untuk Fresh Graduate

kerja-fresh-graduate

Sempat kongsi beberapa tips dengan client saya tengahari tadi. Fresh graduate. Umur baru 21 tahun dah baru start kerja. Very good sebab bulan pertama kerja dah ambil medical card. Lagi bagus sebab ambil plan dengan Ariff Shah. haha..

Dua tahun yang lepas, saya pun macam client saya ni. Fresh graduate. Dapat kerja pun dengan gaji masih di tahap miskin bandar. Nak beli rumah pun tak mampu lagi. Setiap tahun ramai golongan macam ni. Jadi apa tips kewangan yang sesuai untuk mereka?

1. Cari Kerja Yang Dekat Dengan Tempat Tinggal

Kalau kerja jauh, kos naik. Plain and simple. So masa nak terima apa-apa job offer, pastikan dah kira kos tol, minyak untuk pergi balik kerja, termasuk masa yang diperlukan untuk ulang-alik ke tempat kerja.

Best option, tinggal di rumah parents. Dah save kat sewa rumah dan makan. Kalau terpaksa menyewa, cari yang paling dekat. Mungkin kena korbankan sikit keselesaan kalau nak tinggal dekat dengan tempat kerja pada kos yang rendah, takpe. Sabar je.. Awal-awal kerja memang kena struggle sikit.

2. Jangan Beli Kereta

graduan-muflis-kereta

Nasihat ni khas kepada yang lelaki. Elakkan beli kereta pada dua tahun pertama anda bekerja kecuali kalau kerja anda melibatkan banyak travelling dan anda boleh buat untung daripada travelling claim.

Company tempat saya kerja dulu bagi claim per km agak tinggi, dekat seringgit untuk setiap km. Tu tak termasuk tol. Kerja outstation banyak. Dalam sebulan travelling claim boleh cover instalment kereta.

Kalau ikut tips pertama, tinggal dekat dengan tempat kerja, bolehlah naik motor je pergi kerja. Tak perlu kereta dah.

3. Beli Rumah Low Cost di Kawasan Panas

Sebab baru bekerja dan gaji kecil bukanlah alasan untuk tak membeli rumah. Boleh je beli rumah. Advantage kat sini adalah fresh graduate yang gaji kurang daripada RM2,500 boleh beli rumah low cost.

Tapi tak boleh main beli. Beli hanya di kawasan sewa yang hot seperti Seksyen 7 Shah Alam, Kota Damansara dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Boleh tanya pakar seperti Abang Ensem untuk kawasan-kawasan hot yang lain. Tujuan nak beli di kawasan hot ini adalah supaya bila disewakan nanti dapatlah side income sikit daripada lebihan duit sewa selepas ditolak instalment loan bank.

Ada orang cakap kalau beli rumah low cost untuk buat investment macam menganiaya orang lain yang tak mampu beli rumah. Pada saya tak. Selagi gaji kecil dan masih dalam kategori layak, nothing wrong pun. Itu hak anda.

Yang salah adalah orang yang memang ada income banyak, tapi buat nampak macam income sikit untuk dapatkan kuota pembelian rumah low cost. Itu baru betul tak beretika.

4. Educate Yourself

golongan-muda-bankrap

Tiap-tiap tahun ada je berita pasal peratusan fresh graduate yang bankrap semakin meningkat tapi kerajaan takde pulak nak masukkan subjek perancangan kewangan kat universiti. Saya memang tak faham kenapa.

Biasanya yang masuk dalam golongan bankrap ni adalah yang tak berilmu dan melakukan kesilapan kewangan, bukan yang bergaji kecil. Gaji besar tapi kalau bulan-bulan kebocoran sana sini dan takde saving pun no point. So educate yourself.

Paling murah, cari maklumat online je. Kat blog ni saya share apa yang saya tahu dan terlintas di fikiran saya. Mungkin ada yang saya tak cover boleh request atau baca di blog lain.

5. Ambil Medical Card Sendiri

medical card

Untuk fresh graduate, bajet antara RM150 – RM200 dah cukup. Disebabkan plan medical yang saya offer ni dah ada savings account, tak perlu fikir dah pasal investment unit trust sebab pelaburan unit trust bersifat long term dan ambil medical card memang untuk long term.

Bila ada plan medical card sendiri ni, secara tak langsung kita dah tak bergantung pada parents kalau berlaku apa-apa kecemasan. Cukuplah 20 tahun lebih kita susahkan mereka, dah sampai masanya untuk berdikari.

Kepada yang dapat benefit medical daripada company atau kerja kerajaan, ambil plan Takaful paling murah sebagai back up. Jangan bergantung 100% pada orang lain.

6. Get a Job as soon as Possible

Let’s say kerja anda dah menepati tips no.1 atas tadi, tapi mungkin gaji kurang sikit. Ambil je.

Sebabnya:

  • Susah nak dapat kerja. Kecuali kalau anda ada beberapa offer lain, then that’s a different story already.
  • Lagi lambat start, lagi lambat accumulate experience. Biasanya lepas setahun lebih kerja, dah cukup experience untuk jump ke position lain yang offer better salary tapi kalau first job ni pun dapat lambat, maka lambatlah dapat jump.
  • Lambat dapat kerja, caruman KWSP pun start lambat. Rugi bro.

7. Ambil Kad Kredit Hanya Selepas Setahun Bekerja

bahaya-kad-kredit

Ya, saya ada tulis pasal tips kad kredit dalam blog ni. Kalau kena gaya penggunaan, memang boleh dapat penjimatan. Tapi untuk fresh graduate, ambil kad kredit hanya selepas setahun bekerja.

Sebabnya:

  • Kalau takde kereta, pembayaran kad kredit akan dijadikan rujukan bila nak apply loan rumah nanti. Rekod pembayaran kad kredit ni penting supaya bank dapat lihat financial attitude kita samada paymaster atau kaki kumpul hutang.
  • Kalau ambil kad kredit masa awal bekerja, everytime tak cukup duit kita akan swipe. Lama-lama mendidik diri untuk sentiasa memerlukan kad kredit.
  • Kalau setahun hidup tanpa kad kredit, kita akan belajar hidup dalam kemampuan diri. Takde cash, tak belanja. Bila dah biasa kawal pembelanjaan kuranglah kecenderungan untuk terlebih belanja bila ada kad kredit nanti.

8. Buka Akaun Private Retirement Scheme

Nak dapat pulangan investment 50%? Senang je. Buka akaun Private Retirement Scheme (PRS). Akaun ni function dia sama macam KWSP iaitu sebagai tabungan persaraan. Bezanya, yang manage duit ni bukan KWSP tetapi private entiti seperti CIMB, RHB, AmInvest dan sebagainya.

Untuk fresh graduate, kalau buka akaun ni dan letak RM1,000 dalam tu, kerajaan Malaysia akan top up RM500 ke dalam akaun PRS anda. Inilah yang saya maksudkan sebagai 50% profit. hehe..

Duit free jangan dilepaskan. Bila dah cukup RM1,000 tu, bolehlah stop sebab duit dalam akaun PRS ni susah nak dikeluarkan. Buat simpanan dalam Tabung Haji atau ASB untuk tabungan kahwin atau beli rumah.

Itulah dia sedikit sebanyak tips untuk budak baru bekerja. At least dapatlah idea sikit pasal financial planning ni. Kalau berguna, sharekan artikel ni kepada rakan/keluarga.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

32 Comments

  • Latihan Industri Malaysia

    18 May, 2014 at 7:12 pm

    Terima kasih atas perkongsian ini, anak muda sekarang memang kurang diberi pendedahan tentang pengurusan kewangan yang betul. Banyak yang terleka kerana baru dapat merasa duit sendiri hingga terlupa kesan buruk pada masa akan datang.

  • Khairul Zamri

    14 May, 2014 at 9:36 pm

    Terima kasih bro perkongsian ini. Ada benda yang saya sudah tersilap dan ada benda yang perlu saya hold-kan selepas baca penulisan ini. Sangat-sangat membuka minda dan membantu permasalahan yang bermain di minda.

    Saya baru setengah tahun bekerja bank sudah tawarkan penggunaan kad kredit kepada saya walaupun saya tidak apply sekalipun. Dan saya yakin atas nasihat bro berikan saya tolak penggunaan kad kredit tersebut serta merta.

    InsyaAllah akan buka akaun Private Retirement Scheme (PRS) seperti bro cadangankan cuma perlu maklumat lebih detail supaya terkena seperti sesetengah bank jalankan potong duit bulan-bulan tanpa hitam putih bila dah terminate tapi masih lagi potong duit.

  • wom.my

    14 May, 2014 at 1:42 pm

    Terima kasih di atas infomasi berguna ini.. bagus untuk motivasi kewangan kepada lepasan universiti merancang kewangan.. kadang-kadang mereka tidak ada pilihan untuk pengangkutan melainkan mereka tidak terus berfikir panjang dan terus beli kereta.. tapi apa pun insyallah dengan perancangan kewangan yang betul mereka boleh berjimat cermat..

  • akak tulip

    12 May, 2014 at 5:15 pm

    Entry yg baik. Bgs pd fresh grad. Tapi jujurnya saya pun tak faham knp org x nak kerja lps grad . Main reason? Tak jumpa kerja sesuai dgn qualification @ jawapan plg saya tak boleh terima nak tunggu kerja kerajaan..
    Dan akhirnya mereka kerugian mcm2 perkara seperti yang ariff ckp.

  • hairul

    12 May, 2014 at 3:08 pm

    PRS? dulu kat sekolah PRS ni Pemimbing Rakan Sebaya. (ada yang cakap perosak rakan sebaya.. ha.. ha.. ha)

    Boleh tahu detail program PRS ni 50% untung tu macam mana? tiap-tiap tahun punya dividen atau seumur hidup?

    • Ariff

      13 May, 2014 at 12:35 pm

      Untung yang dimaksudkan itu iala gov kasi RM500 untuk first RM1,000 yang kita simpan dalam akaun PRS. One-off je. Sekali seumur hidup dapat untuk mereka yang berumur kurang daripada 30 tahun. Tawaran dibuka sampai tahun 2016 je.

      Free money. Ambil je.

  • Jakz

    12 May, 2014 at 11:56 am

    Saya umur 20 tahun baru nak habis diploma UiTM. Lepas tu sambung degree baru kerja. Ada tips tak untuk pelajar macam situasi saya yang ingin menguruskan kewangan untuk masa hadapan :)

    • Ariff

      12 May, 2014 at 2:58 pm

      Sementara nak tunggu kemasukan tu, keje mana-mana yang bagi kwsp. Dapat sebulan dua pun jadi sebab nanti adalah dividen kwsp terkumpul masa degree.

  • asha

    12 May, 2014 at 10:07 am

    Unit trust checked.
    Medical card + simpanan checked.
    Tabung haji checked.
    Low cost apt checked.
    Cuma rumah jek jauh dr office so kne naik public transport. Nak bwk kereta, parah duit nt.
    Alhamdulillah.
    Thanks bagi tips.
    Dulu pernah email en ariff pasal pelaburan. Terima kasih bbyk

    • Ariff

      12 May, 2014 at 10:59 am

      Good2. Maintain je macam ni. Sampai masa nanti boleh jump to another position for higher pay + better prospect.

      Public transport pun ok dah. Tu paling jimat.

      Hopefully dulu saya reply your email. Kalau tak reply tu, so sorry. Terlepas pandang.

      • asha

        12 May, 2014 at 11:05 am

        Yup en ariff dah reply dan sy follow apa yg encik bgtau.
        Yg besnye low cost apt tu bln2 byr dlm rm300 plus but sewakan dgn harga tinggi ikut market di situ. Hot place. Tenkiu sesgt. Still blajar lagi dlm investment ni.

  • akubiomed

    12 May, 2014 at 9:51 am

    Perancangan yang teliti di usia muda supaya tidak terjerat dengan kos kehidupan dan kos lain. Dari mula kerja sampailah sekarang pergi kerja dengan naik motorsikal. Redah hujan dan panas.

  • ryz

    12 May, 2014 at 8:53 am

    1st job tu jgn la cerewet, klu Xde pilihan lain better grab je apa ada depan mata asalkan sesuai & halal… sbb pengalaman tu sgt berharga..
    nnti masa di tmpat keje… leh riki2 ofis lain, cari contact/peluang baru & bina profile yg bgus untuk next career..

    i got my 1st job even before result final keluar.., konfiden g interview right after exam abis.. inform bos tu yg i scorer in class… thank god result bgus n trus keje.. and my luck, company tu terbaik sbb offer tinggi & bidang pun relevan, siap lecturer trkezut dpt tau my salary… byk2 la doa ye :)

    • Ariff

      12 May, 2014 at 10:51 am

      Tahniah! Memang rezeki. Some people lambat dapat macam ni dan silap kalau diorang terlalu memilih.

      The trick is to start fast and as u said, jangan cerewet. Kalau ada yang sesuai tapi pay not that good, just go with it.

  • Azri Johan

    12 May, 2014 at 1:55 am

    pengangkutan awam ni Malaysia ni agak kurang memuaskan ataupun boleh dikategorikan sebagai menyedihkan, sebab tu ramai dalam kalangan kita perlukan kenderaan sendiri untuk bergerak.

    tapi tu lah kan, kalau beri alasan sampai bila pun takkan habis. stop complaining, dan buat perancangan rapi then take actions.. baru nampak hasilnya nanti :D

    Nice tips bro. Thanks a lot :)

  • asyifa'

    11 May, 2014 at 6:09 pm

    Assalamualaikum.. Keje jauh dari rumah..kos sara hidup tinggi.. Kena bli keta sbb keperluan.. W/pun dri sndri kje dlm bidang finance..i know that i’m not the perfect one who can advise people to manage their financial well..thanks 4 this entry bro ariff.. Btw.. Bg duit kt mak ayah& family pn dpt jdkn duit gaji kita berkat n sntiasa cukup walau x byk.. N bykkn bersedekah..

    • Ariff

      11 May, 2014 at 7:34 pm

      Asyifa’,

      Part bagi duit tu saya anggap semua orang buat. Benda ni sepatutnya tak perlu diingatkan sebab tanpa parents, we kita takkan berada di tempat kita sekarang.

      Well part kereta tu, no choice beli jelah.

      Some people ada option to save and buy other things first but at the end, beli flashy cars for personal satisfaction.

      Last-last bekerja untuk bayar kereta.