Permohonan Lulus Untuk PKNS Seksyen 7 Shah Alam

Reading Time: < 1 minute
Untitled
Salinan valuation report pun dah sampai. Takde masalah.

Tadi call property agent untuk mengetahui update terbaru tentang pembelian rumah pertama saya di Seksyen 7 Shah Alam.

Dapat dua berita baik. Pertama, permohonan untuk rumah kos rendah tersebut sudah pun diluluskan oleh PKNS. Jadi yang seterusnya adalah untuk menunggu bank keluarkan duit pinjaman untuk diserahkan kepada penjual.

Kedua, penyewa dah masuk dengan kadar sewa RM800 sebulan, basic unit. Target asal nak letak sekurang-kurangnya RM850 dengan basic facility, tapi setelah dipertimbangkan, actually dapat RM800 untuk unit kosong macam tu lebih menguntungkan.

Alasannya, kalau nak furnish busuk-busuk pun lagi RM2000 nak kena keluar semata-mata nak dapatkan extra RM50 sebulan tu. Kurang-kurang 40 bulan (3 tahun 4 bulan) baru dapat balik modal furnish rumah tadi. Elok sewakan unit kosong je.

Tolong la cepat sikit tukar nama dan dapat duit. Tak senang duduk tunggu lama-lama.

PS: Kepada yang kecewa tak dapat jadi tenant saya, boleh jadi tenant mamat ni. Lokasi dan harga pun sama.

PPS: Boleh belajar dengan pakar pelaburan hartanah macam mana nak berjaya macam kes saya ni.


Posted

in

by

Comments

30 responses to “Permohonan Lulus Untuk PKNS Seksyen 7 Shah Alam”

  1. Aya Avatar

    Bagus ni… muda-muda dah beli aset.. :)

  2. Dr Fuh Avatar

    Wah tahniah. Kawasan panas tu bro. Student UiTM ramai sewa kat situ, memang laku lah :)

  3. badz Avatar
    badz

    kalau keje sektor awam tp belom sah jawatan dan belom dapat jawatan tetap lagi boleh ke beli rumah ek?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Tak pasti pulak. Kena tanya bank direct. Biasanya kalau kerja dah lebih 6 bulan, takde masalah nak apply loan & beli rumah

      1. badz Avatar
        badz

        camane kalau nk beli umah 2nd hand then owner msti mtk deposit kan…if duit x cukup bole ke suruh dia hold dulu smntara nk dpat full loan tuh

  4. Ekspresi Ruang Avatar

    rumah kos rendah sewa kosong pon RM800?
    bestnya.
    untung kalau dpt hartanah area Lembah Klang….

  5. Bro Framestone Avatar

    Planning nak beli rumah dalam masa terdekat

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      nak beli kat mana Bro?

  6. Izwan Avatar

    RM800 sewa eh..
    rumah camane tu.. mahal gak,tapi bandar kan..

  7. fadzly Avatar

    cayalah muda-muda dah ada property sendiri….good job…

  8. drinspirasi Avatar

    setapak menjadi ‘abang ensem’

  9. ohcikgu Avatar

    wahh..tahniah. muda-muda dah ada rumah sendiri.

  10. Juan Avatar

    sapa yg dah beli rumh pertama pasti rasa lega, hehehe

  11. Pisyek Avatar

    tahniah sebab dah dapat beli rumah sendiri! aku pun tengah dalam proses membeli rumah pertama jugak ni. ekeke :D

  12. boni kacak Avatar

    Alhamdulillah.. semoga selepas ini, pintu rezeki akan lebih terbuka luas untuk bro..amin…

  13. Myvitrd Avatar

    wah untungnya siap penyewa dah tunggu ye.. rezeki betul tu

  14. azman Avatar

    1 pelaburan yg bijak tu :)

  15. daddydee Avatar

    Tahniah tuan. Saya belum lagi merasa rumah pertama.

  16. Orang Kampung Avatar

    Tahniah Tuan..bertambah lagi pelaburan..penyewa dah ada yg tunggu..

  17. afif Avatar

    800 kalau kat tempat macam shah alam dah kira okay la..
    mahal etul kos sara hidup ssekarang..

  18. akubiomed Avatar

    Tanniah. Semua didalam perancangan walaupun tempoh kelulusan rasanya agak panjang.

  19. Mus Avatar

    untunglah dah ada penyewa..

  20. diarisakura Avatar

    Shah alam mmg hot spot pn .. dlu sy mnyewa rmai2 pn .. blh thn gak la sewa nye .. evn kmi student .. mcm xde bze sgt pn .. alhamdulillah dpt half-furnish la ..

  21. Lizz Avatar

    tak reti lagi bab hartanah ke pelaburan besar2 macam ni. 1 day insyaAllah

  22. Elieza Avatar

    Saya pun tengah menunggu lawyer dapat feedback dari PKNS. Apa tips nak buat untuk cepatkan ye? Dah 2 minggu ni.

    1. za Avatar
      za

      Hurm lawyer dok tunggu PKNS mmg lmbt..cr mudah mintak 1 copy surat dr lawyer ke PNKS dan terus call depa mintak cepat..

  23. azrijohan Avatar

    wah untungnyaaa…

    mahal juga sewa tu ye.. RM800 tu

  24. halif Avatar

    Welcome to the club bro. Dulu waktu saya menyewa di seksyen 7 harga sewa RM400. Dalam 6 tahun naik lagi RM 400. Shah Alam memang hot jika nak sewa rumah.

  25. abangensemsangatsangat Avatar

    Patutnya gua yang ketuk lu malam tadi.. hihihi.

  26. eyriqazz Avatar

    Fuhh,tentu berduyun2 awek2 cun mahu jadi penyewa rumah ariffni…Lepasni AE dah takble cari makan la camni….Hik3…