WordPress Theme Framework di blog.ariff

Reading Time: 3 minutes

Terbaca satu entri kat sini pasal 19 jenis WordPress theme framework yang wujud sekarang ni dan aku bangga sebab semua theme framework yang aku guna sebelum ni tersenarai kat situ. Apa beza WordPress theme framework dengan theme biasa? Berdasarkan pengetahuan aku yang tak terlalu mendalam pasal WordPress ni, theme framework ni adalah macam jenis rumah la. Rumah ni fungsi dia sebagai tempat tinggal, dan ada banyak jenis rumah wujud dalam pasaran namun fungsi dia tetap sama walaupun reka bentuk dia berbeza. Kita pilih rumah ikut keselesaan, rupa bentuk, harga dan fungsi (jumlah bilik, keluasan dan sebagainya). Sama juga macam theme framework untuk WordPress, kita pilih theme framework berdasarkan rupa bentuk, harga dan juga fungsi dia. Theme framework yang bagus memberikan lebih banyak ruang untuk kita buat pengubahsuaian dengan lebih mudah.

Apa yang kurang menarik pasal theme framework ni, hampir semua adalah berbayar. WordPress theme framework dibuat oleh independent theme developer dan memang bisnes penjualan theme ni menguntungkan. Cipta satu framework yang memang bagus, sampai bila-bila orang akan beli. Target mereka adalah syarikat-syarikat antarabangsa medium sized ke syarikat-syarikat besar. Kalau blogger keci-kecilan macam aku, memang mengharap pada giveaway dah la dan alhamdulillah setakat ni tak pernah lagi guna theme premium yang cetak rompak, jadi kuranglah sikit keraguan kalau aku buat duit melalui blog ni kan..

Gunalah theme framework macam mana pun tapi kalau pengetahuan pasal CSS hancus, memang tak ke mana. Dalam hal ni aku cadangkan korang fahamkan dulu penggunaan Firebug plugin untuk Mozilla Firefox dan tutorial dia boleh baca kat Anarm.net. Setakat ni aku belajar banyak melalui Firebug tu.

Carrington Theme Framework

Awal-awal dulu aku guna Carrington Theme Framework kat blog ni. Aku suka sokongan Ajax yang ada pada theme tu, nampak cool jer bila tinggalkan komen terus keluar tanpa perlu page refresh dan gallery dia yang cun. Cuma satu benda, support untuk theme framework tu agak kurang sedikit. Tak ramai orang guna tapi banyak developer buat child theme untuk theme framework tu.

Elemental Theme Framework

Elemental daripada Pro Theme Design. Dekat setahun gak aku guna theme framework ni. Mula daripada theme ni aku belajar guna hook dalam wordpress. Hook ni memudahkan korang untuk meletakkan custom code kat mana-mana dalam theme. Jadi kalau korang update theme tu, tak payah lagilah nak masukkan code kat tempat yang sama sebab code akan dimasukkan melalui hook yang telah ditetapkan.

Platform Pro Theme Framework

Theme framework yang aku tengah guna sekarang ni. Memang powerful. Basically kalau aku nak design satu page untuk single post ni, aku perlu drag and drop je kat template buildet tu. Banyak lagi features yang aku tak guna macam slider, gallery, boxes dan sebagainya, mungkin sebagai personal blog tak perlu kot. Platform Pro adalah WordPress theme framework terbaru dalam pasaran (dilancarkan bulan lepas) dan aku ada dua akaun, jadi kalau sesiapa nak beli mungkin aku boleh tolak kasi harga murah sikit. hehe..

Satu benda kalau guna theme baru macam ni, developer dia memang bertungkus lumus update dan buang bug. Jadi jangka hayat theme ni memang agak lama la. Bagus untuk dibeli.

Headway Theme Framework

Headway ni aku dapat daripada Een hari tu, tapi baru ni aku menang satu akaun lagi. Aku rasa Headway adalah theme framework yang terbaik dan paling mudah untuk digunakan sekarang ni. Serius. Simple giler. Aku gunakan Headway kat blog English aku (blog merepek) dan mungkin live blog aku yang akan dilancarkan tak lama lagi.

***

Kepada yang dah berpengalaman dengan WordPress, buat duit dengan blog korang dan rasa blog korang perlu facelift yang serius, aku cadangkan gunakan premium theme yang aku senaraikan atas ni. Lagi sekali aku cakap, sila beli yang original. Tak elok la kan kalau korang buat duit dengan blog, tapi guna benda curi. ishh.. Lain la kalau premium theme yang korang guna tu tak letak ads langsung.

2010/2011 Premium Sponsor


Posted

in

by

Comments

37 responses to “WordPress Theme Framework di blog.ariff”

  1. reezluv Avatar
    reezluv

    ada duit dah aritu nak amek thesis framework..erm..bila la dapat siapkan satu design custom untuk blog aku ni.

  2. anisjournal Avatar
    anisjournal

    saya minat beli platform pro tu. akaun bro plan apa? single or +membership?

    1. ariff Avatar
      ariff

      Check email. Thanks!

  3. Hadi Rofiee Avatar

    Buat masa sekarang, aku nak guna yang percuma dahulu. i’Allah, aku akan mendapatkan yang berbayar & original nanti. :-)

  4. Arkimz Avatar

    mcm mane pulak dengan genesis (by studiopress).
    ramai problogger pakai theme ni..
    ape pendapat korang?

    1. ariff Avatar
      ariff

      Genesis eh? Tak pernah try lagi.

  5. Affan Avatar

    aku beli ori, tapi developer die tiba2 menghilang, jadi aku dapat refund balik.

    pasal buat duit tu aku setuju, takkan nak buat duit dgn blog, tapi guna nullled premium theme. bukan takde duit. hehe

  6. ceym Avatar
    ceym

    ariff.. mai tengok theme ni.. framework ke tidak..haha

  7. Mohd Isa Avatar

    framework the best, byk lagi jenis theme framework yg menarik. yg paling best, mesra seo. :)

  8. wazy Avatar
    wazy

    Macam best je theme yang tersenarai kat atas tu
    Kalau ada rezeki nak beli satu

  9. Aretikz Avatar

    Sampai sekarang part themes aku paling lemah.. Tidak!!! ahakz..

  10. […] Ariff Shah – WordPress Theme Framework di blog.ariff 2. Een’s Blog – Apa Itu WordPress Theme Framework 3. DIY Themes – Improve […]

  11. rashid Avatar

    Well, lain blogger lain cita rasa…aku rasa theme blog aku pun ok gak, boleh cari kat http://themes.bavotasan.com/

    1. ariff Avatar
      ariff

      I see. Nice gak resource ko. Thanks for sharing.

  12. Ian Avatar

    bro, berapa nak tolak Platform Pro Theme Framework tu?

    1. ariff Avatar
      ariff

      boleh kasi 30% discount daripada harga asal =)

  13. arrizz Avatar
    arrizz

    wow tak pernah try langsong sume yang bro mention kat atas..maybe lepas nie boleh try usha..

  14. samanosuke_04 Avatar

    hehe, aku penah blajar pasal 360 framework dulu.. hoho, yang pagelines tue pun aku penah usha2 gak.. tapi, macam ko kate, aku xpandai sgt css.. so aku cari jerr sndiri theme2 yang dah siap.. hehe

  15. Nizam Avatar
    Nizam

    ya..premium themes memang best la… :)

  16. Ian Avatar
    Ian

    Nak tanya sikit, premium template dengan framework ni sama ke?

  17. zik Avatar
    zik

    wah banyak features dia ek… terbaik lah…

  18. aman Avatar

    aku suka pakai framework infomalaya. =)

    1. reezluv Avatar
      reezluv

      orang pro memang gitu aman..buat sendiri jek..:P

  19. izwan Avatar

    owh, skrg ko guna Platform Pro.. hah ! boleh r aku guna nanti, dapat gak merasa widget tweet kat bawah ni.. hahaha.. semangat siot tweet !..

    hmm,kalau theme2 kat atas tu ada yg percuma,camane?..means that leh dapat kat tempat lain tapi free edtn.. ada effect kat blog ke?

  20. aizuddin Avatar

    tak pernah lagi try theme framework

  21. syahrilhafiz Avatar

    betul tuh, habis kuat jadi macam aku
    guna je 2010 tu, coding2 sana..tak tak reti.;)

  22. Piratz Avatar

    framework headway aku dah ada.. sedang godek2.. haha..

    1. Fazreen Avatar

      Konfem lanun.. Hahahaha

  23. Usagi Avatar
    Usagi

    Biasanya kalau blog kemas, orangnye pun jenis kemas.

    Am I right?

  24. MrJayy Avatar

    bro, kalu aku nak beli akaun yang satu lagi tu, berape nak tolak. he

  25. amar haziq Avatar

    bunyinya macam sangat2 complicated…haha

    masih banyak lagi kena belajar ni

    anyway..thanks arif

  26. JundullahOsman Avatar

    aku minat dgn headway theme tu, memang framework dia power habis.

  27. RedBoys Avatar

    betul tu bro. baik guna yg ori.
    theme framework semua cun2 kan. huhu.
    tp, harganya agak mahal le. kempunan

    1. Fazreen Avatar

      Framework ni mcm rangka rumah. How they arrange the code and etc. Basically bila guna framework suma nampk sama je sbb rangka je xda skin. Contoh yg senang thesis framework. Kebanyakkan yg guna thesis framework blog nmpk sama je tp cuba tgk blog aku bleh agak tak aku buat theme tu based pada framework apa?

      Satu kebaikan guna framework korang boleh belajar cara2 nk bt theme. Korang boleh belajar mcm mana nak dorang code dengan kemas

  28. Lord Zara Avatar

    Lama baca benda ni mau juga aku tukar ke WP~

    Ha ha ha.

    Apapun, blog kamu memang kemas!

    1. Fazreen Avatar

      Blog aku kemas tak? Hehehe.. Saja nak menyampuk kat sini