Lebih kurang 4 jam dihabiskan pagi tadi untuk melakukan kerja optimization di blog Denaihati.com. Hari tu blognya menghadapi masalah sebab menggunakan terlalu banyak server resource. Setakat yang aku faham, shared hosting ni dia limit server resource kita kepada beberapa RAM memory. Kita boleh minta kasi max amount, bergantung kepada company hosting. Memory inilah yang menentukan samada server kita akan jam ke tak kalau banyak visitors online pada suatu masa. Kalau tak cukup resource, macam-macam masalah boleh timbul, termasuklah error page 500.
Ada beberapa cara nak kurangkan penggunaan server resource, tapi cara yang paling berkesan adalah dengan mengurangkan penggunaan plugin dalam WordPress. Sebenarnya Tweet buttton tu semua tak perlu plugin, boleh masukkan manual tapi kalau nak kerja mudah dan tak reti nak buat sendiri, terpaksalah jugak guna. Lagi satu cara adalah dengan databse optimization. Sebagai pengguna biasa, aku sarankan korang semua guna plugin WP-DBManager untuk database optimization. Optimize dan repair database seminggu sekali (semua function tu automatik, jadi tekan butang optimize dan repair sahaja). [sekadar pemahaman aku yang cetek, mungkin ada yang lebih pakar boleh kasi penjelasan yang lebih mendalam dan tepat]
Blog yang mempunyai komen yang banyak akan mempunyai database yang besar. Denaihati.com mempunyai lebih kurang 64,000 approved comment. Semuanya sebab pertandingan komen terbanyak yang dianjurkan di blognya tiap-tiap bulan. Yes, setiap bulan Denaihati akan memilih commentator terbanyak untuk mendapat hadiah wang tunai. Tak percaya, baca entri Malaysia Top Link & Commentator 2011 bulan Januari dan Febuari. Saiz database untuk comment dan comment meta je dah 80mb (4 kali ganda size database keseluruhan blog.ariff). Jadi kena selalu optimize.
Agak gelabah jugak tadi bila aku kacau singlephp blog Denaihati. Keluar error kejap. Aku memang tak suka edit file php kat localserver. Suka buat online terus walaupun dah ramai orang nasihat supaya buat kerja tu semua offline. Entah la.. degil gak kadang-kadang. Nasib baik dapat fix balik. Apa-apa pun aku rasa sekarang ni lebih laju masuk Denaihati.com. Dulu memang terasa ada slow sikit. Apa pendapat korang? Ada improvement tak?

Comments
23 responses to “WordPress Optimization: Pembersihan Blog Denaihati”
aku selalu guna php admin kat cpanel untuk optimize nih
lebih laju dari biasa…
prob macam kak jie gak ye..
owhh banyak juga perlu optiomize tu
teringin gak nak buat kat blog sendiri nanti
WP je ke Ariff?
Blogspot tak boleh tolong?
:p
dua-dua ni masing2 ada link..cayalah..
ok apa. aku rasa lagi laju dari dulu.
wah, ariff pasni wat kat blog aku plak. kasi superb laju…:P
salam kenal.. rajin2, ziarahlah blog hamba (AKU SEBUTIR PASIR) kalau nak baca pengalaman hamba travelling ke 45 buah negara.. :)
aku optimize database 2 minggu sekali.. tak pakai plugin pon.. login masuk cpanel, optimize kt phpMyAdmin..
oh. Macam banyak kerja. Aku guna plesk. Tak reti mana. Noob.
Terima kasih bebanyaklah kepada Ariffshah yang dah bantu denaihati yg ada problem sejak kebelakangan ni setelah trafik melonjak lebih sikit. Jujur memang aku kuranggg sikit bab teknikal ni tapi alhamdulillah berkat bantuan kekawan blogger seperti ariff, kak jie, azmanishak, mrkay dan beberapa yg lain sangat membantu kelancaran denaihati.com. Syukran sekali lagi
No problem. Nanti ada masa kita buat kerja update theme pulak.
betul tu. pasal penggunaan plugin untuk mencantikkan blog baik tak payah. masuk manual jer.
aku pon suka edit online sebab macam malas nak buat kerja dua kali..hoho tapi kena tahu la apa yang kita buat tu. yang penting, backup dulu! :D
Perangai buruk aku yang memang susah nak ubah adalah malas nak buat back up kalau nak buat kerja-kerja ni semua. ish..
huhu…mmg otai lu ariff…
oh. takdelah biasa je..
salam..
ermmm..kerja amal
ni..lepas ni boleh
lah clean yang saya
punya pula..
:D
Haha.. tengoklah kalau ada kelapangan.
Aku rasa blog aku tu mcm nak hancur dah. lama sgt tak update, spam penuh, rasa mcm nak menyerah je, nak mulakan bnda baru, apa kata ariff? hihi
oh. Biasalah tu. Blogging ni takleh paksa. Dia datang sendiri.. Benda macam ni berlaku. Banyak je blog2 aku yang terbengkalai.
Aku pun.. blur gitu… tak paham.. =_=
er, saya masih guna blogspot..
memang tak faham apelah.
hehe