WordPress CommentLuv 2.9 & DoFollow Backlinks

Plugin CommentLuv untuk WordPress kini telah diperbaharui. Apa yang best untuk update terbaru ini adalah aku sendiri telah terlibat di sebalik tabir pembikinan plugin ini, tapi takdelah besar mana pun sumbangan aku, cuma setakat buat terjemahan sahaja. Plugin CommentLuv kini boleh didapati dalam Bahasa Malaysia =)

 

Daftar sekarang.

Dah lama sebenarnya bercadang untuk menceburi bidang pengalihan bahasa WordPress plugin ke dalam bahasa Malaysia. Kalau boleh, aku nak join jadi salah seorang developer WordPress untuk kerja-kerja alih bahasa ni. Kalau bahasa lain boleh, kenapa tak bahasa Malaysia, betul tak? Apa-apa pun langkah kecil macam ni adalah permulaan yang bagus untuk aku.

 

Apa yang aku dapat daripada ini? Dofollow backlinks. Kita selalu terdengar orang sanggup bayar berpuluh USD semata-mata nak letak link pada site tertentu, aku boleh dapat beribu-ribu dofollow backlinks hanya dengan berkerjasama dengan plugin developer ni semua. Lagi best, dofollow backlink juga aku terima dari WordPress.org (bahagian plugins). Backlink sebeginilah yang menaikkan lagi authority domain ini dan domain yang high authority mendapatlebih banyak pemberat untuk SEO.

 

Pastikan betul.

Sekarang kita bercakap tentang backlink dofollow daripada blog.ariff ni pulak. Macam mana nak dapat? Senang. Daftar sebagaiย subscriber untuk blog ni. Dengan itu, bila anda meninggalkan komen, entri terbaru yang dipaparkan akan mendapat backlink dofollow. Don’t worry, aku tak spam. Aku pun benci spam macam korang. Kepada blogger pengkomen tegar, jom pakat daftar ramai-ramai.

 

=)

Kepada blogger Malaysia lain yang menggunakan WordPress, harap dapat pasang plugin CommentLuv ni. Barulah blogger lain lebih bersemangat nak tinggalkan komen. Kepada yang masih menyepam comment box bawah ni dengan senarai entri terbaru anda, silalah bersabar sikit sementara plugin tu load entri terbaru anda. Tak sampai 5 saat pun nak tunggu.

 

P.s Untuk menggunakan plugin CommentLuv dalam Bahasa Malaysia, kena gunakan WordPress dalam bahasa Malaysia. Yes, WordPress versi BM wujud.


Posted

in

by

Comments

39 responses to “WordPress CommentLuv 2.9 & DoFollow Backlinks”

  1. melody Avatar
    melody

    I do love commentluv, it’s friendly user..

  2. aidiel Avatar

    bisa g’ kalo blogger.com pake ini

  3. Direct Download Movie Free Avatar

    wah lao weh! best oo ko. Dah femes dah. hehehe
    Good luck ;)

  4. suhaili sarif Avatar

    saya memang suka commentluv
    tanda terima kasih kepada pengkomen :)

  5. sitihamnahashim Avatar

    saya masih baru dalam blogger ni, jadi memang perlukan ilmu-ilmu baru..terima kasih sebab bagi maklumat.

  6. chekgu naman Avatar

    comment luv memang terbaiklah..ariffshah pun..hehe

    1. ariff Avatar

      hehe. side project je. Diorang pun memang alu-alukan benda macam ni.

  7. namia Avatar
    namia

    WP masih dalam pemikinan ntah bila nak sipa tak tau sebab tak tahu nk buat .. nanti dah siap boleh letak ^___^

  8. yusri Avatar
    yusri

    usaha penterjemahan begini perlu di teruskan…ini juga menunjukkan orang Malaysia juga penting dalam dunia blog ni…

  9. Puteri Balqis Avatar

    Mantap….sudah ada dalam Bahasa Melayu..good job..:)

  10. Andy Avatar

    Terbaek la gune commentluv ne ,makin masyuk jer

  11. reezluv Avatar
    reezluv

    ada dalam BM sudah..CMS WordPress ada dalam BM gak kan?lupa sudah..hehehe

  12. Syazwan Avatar

    dah upgrade baru eh? kena test la camni

  13. Mr.Kerro Avatar
    Mr.Kerro

    yg Comlu skrg kene update mabual ke atau pun kne donload yang versi BM?

    1. phoenixstudio Avatar

      kena guna wordpress versi bahasa melayu..
      http://malaysia.wordpress.net/

  14. Kujie Avatar

    suka commentluv dari zaman mula2 muncul…dah bersiri2 upgradenya.

  15. faiz Avatar

    huyyoo..translator commentluv. Harap2 andy bagi commentluv premium 3.0 free :D

  16. leaflette Avatar

    Terperasan td, tgk kt page wordpress plugin time update commentluv. Good job :)

  17. Adilla Harun Avatar

    Terlibat dengan kerja penterjemahan. Bagus tu!…

  18. syahrilhafiz Avatar

    aku suka badge baru dia tu je..HEHE

    1. phoenixstudio Avatar

      aku ske kaler hitam!!

  19. ekspresiruang Avatar

    aiseh, saya pakai blogger. huhu. dulu pakai commentluv tp berat sgt nk loading sampai kdg2 org complain xleh nk komen. skg pakai disqus je.

  20. eiman Avatar

    macam best aje.. kena update kepada yang terbaru ker?

  21. andyhowtt Avatar
    andyhowtt

    ok dah boleh masuk dah

    1. phoenixstudio Avatar

      yeeyyy..
      link..menjelma lah!!fuhh

  22. Shahrulsite Avatar

    tahniah sebab jadi salah seorang translator…terbaek blogger Malaysia

  23. belalang Avatar

    perh, ariff salah seorang blogger malaysia yang belalang rasa sgt berjaya!

    tahniah bro!

  24. phoenixstudio Avatar

    patutla commentluv ada update..
    huhuhu..
    baru je aq tgk yang kat bendera2 tu..
    tak ada malaysia lagi..
    skang dh ada…huhu

    nk tny skit..mcm mane nk buat “Confirm you are NOT a spammer” ??

    1. MuJE Avatar

      plugin GASP.

      1. phoenixstudio Avatar

        tima kasih!!

        **testing commentluv skali..huhu

  25. andyhowtt Avatar

    test commentluv hehehe

  26. naimulfirdaus Avatar

    saya masih dengan blogspot.
    commentluv pun sebab pakai intensedebate ja..

  27. d_tieah Avatar

    Owh,, begitu rupanya.. Hehehe.. Baru tahu.. Thanx 4 da info..

  28. Pendekar Berkuda Avatar

    memang terbaik lah bro…tahniah sebab dapat jadi salah seorang daripada developer…

    makin tinggi pandangan orang untuk kau…

    tahniah sekali lagi…

  29. Sabahan Bloggers Club Avatar

    Ramai lagi yang masih tak faham apa itu inbound dan outbound link, apatah lagi dofollow dan nofollow. :)
    Tak update lagi commentluv terbaru. Tahniah terpilih menjadi jurubahasa commentluv. ;)

  30. Mohd Isa Avatar

    terbaiklah, tapi ada yang sep takmo pasang comluv. maklumlah, nak jaga pagerank la katakan. :P

    1. ariff Avatar
      ariff

      takde kaitan pun. Biarkan.

  31. JMR Avatar

    best2..BM pon setanding pe ngn bahasa lain kan..good job bro..;-)