Pos ini ditujukan kepada semua geng-geng bloggers yang selalu lalu-lalang kat sini. Kebanyakan yang aku jumpa semuanya guna Blogspot. Salah? Tak, takde salahnya cuma kalau sesiapa tu yang rasa nak improve buat blog lagi cantik dan bagus, aku cadangkan guna WordPress.
Aku dulu pun guna Blogspot gak. Tapi dah sekian lama guna tak melekat pulak dengan jiwa ni. Blogspot ni pada pendapat aku sangat restricted fungsi and kemudahan untuk diedit. Kalau tak silap Blogspot masih lagi menggunakan html kan? Atau xml? Apa-apa pun benda-benda tu semua masih rumit pada aku. Tu sebab aku tukar ke WordPress. PHP ni senang la sikit kot nak faham kalau tengok tiap-tiap hari. Tapi kalau guna WordPress ni, kadang-kadang guna theme yang dah tersedia ada dengan banyak kat internet ni pun dah bagus. Tak payah edit banyak2.
Ada orang cakap kalau tukar daripada Blogspot ke WordPress Pagerank Google dan Alexa jatuh. Betul lah tu sebab nama pun buat baru. Tapi, alternatif lain, blog kat Blogspot tu tinggalkan macam tu aje, cuma letak redirect command ke blog baru. Then masalah selesai. Orang yang sampai ke blog lama akan terus di hantar ke blog baru. Takde beza sangat pun, tapi aku rasa pengikut setia blog lama korang mesti lagi happy.
Bayangkanlah kalau ada .com sendiri, kan lebih berpestij tu daripada ade perkataan ‘Blogspot’. That’s what we call branding. Kita buat branding supaya orang senang ingat dan supaya search engine suka. Contohnya, cuba kalau korang search ‘ariff shah’ kat Google at least blog.ariff ni dah ade kat front page. Xsampai 2 bulan pun blog ni. Kepada yang buat duit hasil berblogging ni, branding adalah pelaburan. Macam businessman lah, beli kereta besar-besar supaya dapat kasi first impression yang bagus kat orang.
Of course, kalau nak .com + WordPress ni mestilah ada domain + hosting sendiri kan? Aku rekomen amik hosting Shinjiru. Setakat ni aku guna oklah, walaupun aku berada jauh di Moscow ni. Server semua kat Malaysia. Untuk sesiapa yang nak amik, harap dapat amik melalui link affilliate aku. At least kalau korang dah tolong aku, aku confirm la kasi 100% support kat korang. Untuk itu kita boleh bincang dengan lebih lanjut. Mungkin kita boleh buat pertandingan apa2 sama-sama ke.. or apa-apa jelah.
Modal? Kalau paling basic kat Shinjiru termasuk domain lebih kurang dalam RM100 setahun la. Aku amik standard hosting, besar sket, nak host blog-blog lain pun xpayah fikir panjang. Tapi kalau korang dapat cheque Nuffnang lima enam ratus dalam empat lima bulan sekali, aku rasa takde hal pasal modal ni.
So kalau sape berminat, bagitau lah. Aku boleh tolong. Kalau aku nak scam pun xde guna, aku letak nama aku pun untuk branding. Aku berani branding nama aku sendiri walaupun blog ni xdelah buat duit mana pun. It just gives me the sense of confidence a bit more.
Sekian,
Ariff Shah
Nuffnagers: please nang this if you like. Thanks!

Comments
19 responses to “WordPress Atau Blogspot?”
Masih zero dlm blog-blog ni. Baru nak mula sbb ada buat business skit2, nak gak promote & wat business online cam org lain. So, klu amik hosting Shinjiru tu, ok ke klu utk wat business?
ha akak dah masuk under affiliate ariff jd kena tolong akak ye pasal blog2 ni..he he tolong menolong akak pun dapt faedah gak…
boleh2. tanya jelah soalan kalau ada. nanti saya try jawabkan
nnt check smula…
sb hr tu, dh pening xtau nk bt mcmna..
tp, klu xdpt jln kuar jgk, ada sspe nk ajr x r? haha, spoon feed tol..
boleh tanya kalau apa2 yang tak tau, cuma itu langkah terakhir la. Baru tak dinamakan spoon feed. Kita dah usaha keras terlebih dahulu
aku ada niat jgk nk berubah… tp, wordpress? aku pening nk bt… xfhm mcmna nk bt… blog aku kat wordpress cuma ada tjuk je… sb aku xfhm mcmna nk tulis, nk edit… dh bc help dia, tp xfhm jgk…
blogspot senang, smua dsediakn…
so, ada sspe nk tlg x aku bt wordpress?
erk. apa yang tak disediakan pulak dalam WordPress? Semuanya ada la
entri yg aku cari di blog kamu..
hmm,skrg tngah usha server mane kualiti ok,tengah nak pahamkan fungsi bandwidth dan capacity,camane nak uruskan solf hosting..nak cari ilmu dulu sebelum buat keputusan..
ramai gak yg suggest server ni ok,tu ok.. kelabu asap telinga dengar.. haha..
nice info.. =)
aku pun rekemenkan blogger2 guna self-hosted wordpress n domain sendiri.. baru best…
aku guna ServerFreak (justkhai.com suggest)….. rm80 setahun…
wordpress is much2 better than blogspot. ni aku akui.
aku guna blogspot 2 tahun..
wordpress br 1 bulan…
tp blogspot leceh sket kalo nak edit2 layout, widget etc…
Blogspot segala-galanya leceh daripada nak tinggalkan komen, sampaikan ke edit template. Aku benci benda yang leceh.
bagus betul info ini. :)
teringin gak nak pindah.. tp xtau la bila.. tgh fikir2 lg ni.. tunggu dpt cek nuffnang kot.. hehe..
.-= ezany´s last blog ..Memasang Random Header =-.
Wa.. mesti banyak nih.
Tapi kalau pindah cari server elok-elok sikit. Kena survey betul-betul dululah.
mcm best aje ade brading sdn bhd kan..btw ongkosnya hee..
any gud idea for me frenz?
tq ^-^
.-= si budak aboi´s last blog ..Makan Luar =-.
branding sdn bhd? ko nak bukak company ke?
kalau setakat amik domain .my tak lebih rm80 setahun.
nanti aku fikirkan pasal shinjuru tuh
.-= Melz´s last blog ..Cerita Di CyberCafe Cornought! =-.
ok. no problem. fikir masak-masak dulu
adoiiii nape sume org nak aku pindah niii ;)
bila la aku nak pindah hahaha
Pindah2. kalau dapat neorul.my kan ke sedap sket bunyinya..