WordPress 3.0 Telah Dilancarkan

Reading Time: < 1 minute

Lama jugak aku tunggu WordPress 3.0 ni. Akhirnya dah pun dilancarkan hari ini. Korang nak update ke tak? Pastikan korang baca entri Blogger Malaysia Bersediakah Anda Dengan WordPress 3.0? sebelum update apa-apa. Karang menyesal pulak.. Bawah ni video rasmi daripada WordPress tentang WordPress 3.0 ni.

brought to you by

https://videopress.com/v/wp-content/plugins/video/flvplayer.swf?ver=1.21

Ada plugin yang dah keluarkan update lebih awal dan ada yang belum. Apa-apa pun aku sarankan supaya korang tunggu seminggu dua dulu baru update untuk kasi masa plugin developer keluarkan update plugin diorang. Kalau naik dari versi 2.x.x ke versi 3.0 memang banyak yang berubah.

Kepada yang dah guna, bolehlah kongsi pengalaman sket. Aku pun masih ragu-ragu nak update ke tak ni. Kena tanya developer kat Pro Theme Design dulu.


Posted

in

by

Comments

20 responses to “WordPress 3.0 Telah Dilancarkan”

  1. mummynana Avatar

    tq for the info! :)

  2. […] pun ada baca entri “WordPress 3.0 telah dilancarkan“. Aku kena study betul-betul WordPress 3.0 sebelum aku tekan button update kat dashboard tu. […]

  3. zool Avatar

    Tengoklah kalau rajin aku update la…

  4. Fitrihadi.com Avatar

    bro..kalau tak update langsung takleh ke?? saya agak takut nak update 3.0 kang rosak theme dan plug in…adess

    1. jack Avatar

      mayb kalau wat back-up file xde rosak kot theme ngan plugin tu. neway, thesis theme 1.7 ada prob campatibility ngan WP 3.0. tp post how to fix it da di postkan oleh blogger lua sana. jgn risau

      1. ariff Avatar
        ariff

        Theme developer aku cakap theme ni tak bermasalah kalau nak upgrade. Aku tengah tunggu satu plugin penting diorang update ni, lepas tu baru berani nak update.

  5. imran Avatar

    Takut juga nak upgrade… Nanti banyak plugin tak berfungsi :(

  6. joegrimjow Avatar

    heh
    belom cube lagi
    ;)

  7. chybee Avatar

    belum update ke wordpress 3.0 lagi. Tengah tunggu dulu theme blog release update :=)

    1. chybee Avatar

      nak tanya sikit ariffshah. your comments space ni gune plugin ke? kalau gune plugin, plugin ape nama die ek?

      1. Anwar Osman Avatar

        chybee: commentluv ngan WordPress thread comment kut

        Aku pun xmau update ke 3.0 lagik. Tunggu search google dulu.. tgk apa kata org dulu. maklumla.. aku bukan pandai sangat. kang byk x fungsi.. x reti repair terus. Jemm…

      2. ariff Avatar
        ariff

        Comment space ni built in dengan theme ni lepas tu tambah plugin CommentLuv =)

  8. rashid Avatar

    woho…maybe test lambat sikit kot…yela sebab plugin yang ko cakap tu…mungkin tak bermasaalah sekarang, maybe sehari dua nanti..

  9. hanisaleeya Avatar

    Hehe.. Nanti ajar k. nak testing godek2 wordpress nis. [ceh, password pun selalu lupa. nampak sangat lama tak bukak. wahaha..]

  10. mokteh Avatar
    mokteh

    masih blur dengan WP 3.0
    sebab dah baca entri yang berkaitan sebelum ni…jadi..aku amek keputusan nak tunggu dulu
    takut jadi benda lain kang…susah lak

  11. wazy Avatar
    wazy

    Setakat ni alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar,dah selamat guna WordPress 3.0

  12. Khai Avatar

    aku dah buat clean install 2 hari lepas dan segalanya berjalan lancar dgn database sebelum ini… Alhamdulillah..

    1. ariff Avatar
      ariff

      I see. Jap ko guna plugin W3 tak? Hari tu blog ni problem sebab W3 tu, ni pun sekarang masih lagi degil guna. haha~ Aku takut plugin tu je bermasalah kalau upgrade. Kat WP pun dia xtulis compatible up to 3.0, so macam tak nak amik risiko

  13. khairil Avatar

    dah update dah wordpress 3.0..ok je

  14. Zaki Helmi Avatar
    Zaki Helmi

    Aku tak berapa tahu sangat apa yg berubah kalau ko update ke WordPress 3.0. Apa yg aku tau sekarang, mata aku macam tak berapa berkenan dengan font ko sekarang. Dah terbiasa dengan yg lama. Hehe.