
Telah dijemput untuk menyertai WeChat Party di KL minggu lepas. Party ini sempena meraikan pelancaran rasmi WeChat di Malaysia dan iklan dalam Bahasa Malaysia yang dibintangi oleh Shaheizy Sam dan Lisa Surihani. Itu sebab saya pos gambar dengan Lisa Surihani dalam Facebook tempoh hari.

Apa WeChat ni? WeChat adalah sebuah aplikasi komunikasi untuk smartphone anda. Ia memberi sokongan kepada semua bentuk media yang digunakan dalam komunikasi pada masa kini iaitu teks, video, mesej suara dan mesej bergambar.
Kelebihan WeChat ialah ianya Percuma. Boleh digunakan untuk menggantikan fungsi aplikasi X yang dahulunya percuma tetapi kini berbayar.
Personally selepas mencuba sendiri aplikasi ini, saya berpendapat ianya lebih baik berbanding aplikasi lain yang seumpamanya yang pernah saya gunakan. Ia mempunya lebih banyak feature yang menarik dan mampu menjadikan komunikasi anda dengan rakan lain lebih seronok dan menghiburkan.
Shaheizy Sam dan Lisa Surihani pun dah guna WeChat. Anda pun patut cuba. WeChat boleh didapati untuk semua platform telefon pintar – Symbian, Blackberry, iOS, Android dan Windows.
Meriah jugak event malam tu. Ada games dan lucky draw yang hadiah iPad Mini (tapi saya tak menang) dan juga tiga orang penyanyi (Henley Hii, Awi Rafael dan Vivian Chua) dijemput untuk menghiburkan rakan media yang hadir.

BroFramestone gagal dalam misi mendapatkan iPad Mini

Rakan blogger lain yang hadir
Great event. Thanks WeChat for inviting. For more info:
- Muat turun WeChat sekarang di www.wechat.com
- Lawati laman WeChat Malaysia di Facebook. Ada lucky draw yang sedang berlangsung sekarang

Comments
14 responses to “WeChat Party 2013”
Asyik nih,,semakin seru saja,,,
tak tau kenapa rasa malas nak install dan guna wechat ni, maybe sebab dah banyak sgt apps camni kot
Bagus juga WeChat boleh cuba pasnie..
bagus wechat ni.gabungan viber ngn whatsapp.
Memang happening malam tu..makan pun not bad..btw, wechat memang best.
Yang penting makan minum event memang meriah ….. hehehehe…. btw untuk video call perlukan line internet yang bagus untuk kualiti video yang baik
Function video call tu tak pernah try lagi. Thanks for sharing.
Yes. Memang makan kenyang malam tu
wa kena bahan dekat sini rupanya…
Awat mu x naik ek ariff?
Itulah. Ingatkan nak naik sekali tengok dah cukup kuota pulak
wah…. meriah nampak… tapi sayang tak dapat bawa pulang i pad…cis…
boleh cube ni..tp kan best sgt bde ni ea??hehe
I think better than apa yang ada sekarang in term of functionality. Apa-apa pun, depends pada kawan kita gak, ada yang dah selesa dengan apps yang sedia ada
Dengan ada 2 duta selebriti ini mampu menarik pengguna dari kalangan Melayu mengunakan WeChat ini.
gua takde handphone mahal-mahal maa..