Akhirnya dapat juga aku tukar theme. Sekarang menggunakan theme Twenty Eleven dengan NomNom child theme. Boleh cari link pencipta child theme ni pada footer blog. Ambil masa sebulan lebih jugalah nak siapkan blog di rumah baru ni.
Aku rasa aku berjaya untuk meminimakan apa yang ada di blog ini mengikut acuan aku sendiri. Terus terang aku cakap, aku suka theme ni lebih daripada theme-theme yang telah aku gunakan dulu. What do you think? Komen sikit.
Banner super cool di atas ni adalah hasil ciptaan Ezhan. Kalau ada tempahan banner, boleh try tanya dia. Kalau nak belajar guna photoshop supaya nanti boleh buat banner sendiri, boleh baca tutorial kat blog dia.
Page.ly Managed WordPress Hosting

blog.ariff sekarang dihoskan di Page.ly, sebuah hosting premium yang dikatakan antara terbaik di kalangan yang terbaik. Harga adalah USD20 sebulan, tapi disebabkan aku hensem, maka diorang kasi aku guna percuma selama setahun.
Apa yang pasti, takde blog Malaysia yang dihoskan di sini. Mahal tu beb.. Harap kualitinya setanding dengan harganya premium.
Takla.. sebenarnya aku menang giveaway dulu. Takkanlah orang nak kasi free je guna.
Shinjiru Cloud Hosting

Shinjiru telah berjaya melancarkan produk Cloud Hosting mereka. Sebelum ni yang aku gunakan adalah beta version kepada produk tersebut.
Apa yang aku boleh katakan, aku berpuas hati dengan produk Cloud Hosting mereka. Memang downtime dikurangkan sebab Cloud Hosting ni adalah gabungan server-server di pusat server mereka, bukan seperti hosting biasa di mana blog anda dihoskan pada sebuah server sahaja.
Of course, harga mereka pun agak premium sebab target pelanggan mereka adalah Small to big businesses. Kalau blogger baru nak up mungkin tak mampu nak tampung kos tersebut, tapi kalau mampu adalah digalakkan sekiranya anda benci dengan masalah server down yang sering dihadapi oleh pengguna hosting biasa.
Apa-apa pun, ini adalah tahun kedua aku guna hosting free :P
What’s next?
blog.ariff dah masuk tahun keempat walaupun sebenarnya archive di sini hanya menunjukkan yang blog ni baru je lepas tahun kedua. ย Ada setahun punya archive yang hilang dulu, jadi ini jelah apa yang ada.
Aku tak tau apa yang boleh aku janjikan untuk tahun ni dan pengajian aku di Russia pun hampir tamat. Apa yang pasti, aku suka menulis dan blog ni tak akan terkubur begitu sahaja. Lagipun domain dah renew sampai 3 tahun. Nak tak nak kena updatelah kan? Cuba bagitau sikit content apa yang perlu ditambah lebih banyak di blog.ariff >> Survey
Terima kasih kepada 5000 orang yang telah me-Like-kan page blog.ariff di Facebook. Blog cakap sorang-sorang macam ni pun boleh dapat 5000.. Oklah tu kan.. Baca jelah apa yang ada di sini. Tak suka jangan baca.
Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, semoga blog.ariff ni sentiasa hidup dan tak menghadapi apa-apa masalah. Semoga apa yang aku tulis di blog ni memberikan sedikit faedah kepada pembaca semua.

Comments
72 responses to “Wajah Baru blog.ariff”
Clean and neat!Header also nice..
ok 2 blog saya dah pakai theme ini .. best :)
Tau takper. Memang cun theme ni.
theme mmg smart. huh. hosting mahal tu. siap da renew 3 tahun lg tu. free stahun je kan. untung byk ni.
teringin nak try cloud hosting. tp bajet xde. hosting tempatan je la sy pakai. murah. down skali skala pun nak wat camne.
Sekali sekala merasa hosting mahal. hehe..
nak jugaklaa macamni.hehe
Pandai bro modified Twenty Eleven ni jadi kemas cam ni. style jugak.
modify sikit je. Selebihnya guna child theme.
saya suka header blog ni…math formula buat sungguh smart!! =)
cantik la theme baru ni..memang smart and nampak sangat sesuai ngn ariff..nice work..:)
wow…design baru bro?smart la :D
nampak sgt fresh! banner mmg superb…nicely design. =)
Templatenya sangat ringan dan enak dilihat
Makin sukses terus nih, blog.ariff…
banner tu memang saya suka sangat, ader ciri blogger, layan kopi, russian, pelajar dan ciri ciri seni, hehehe
Ini sudah balik to basic. Theme nampak macam suci mulus sahaja :-)
Congrats Bro. Ensem la blog ko ni.. macam aku jugak.. hehehe.
guna theme lebih kurang macam blog bro. Simple.
ezhan design..patut smart
Tahniah dah tukar theme baru semangat pun baru.
theme baru nampak smart dan ringan… syabas!
cantik..berbaloi tg lame2.
dasat sekali dan amat cun…
cantik theme ni , tak pandai nak baut child theme bagai .. apa pun header cantik…
header orang buat, child theme pun guna yang orang lain buat. Cuma tambah sikit2 je
seriously ni themes blog yang paling sedap mata memandang
terbaik bro! lagi satu, speed blog ni memang cukup laju lah loading
haa.. laju tu yang nak dengar. Laju tu yang susah nak buat
untunglah menang giveaway. nak gak mencuba premium hosting, tapi trafik pun tak sehebat mana dan downtime pun dah jarang. so takde keperluan di situ. huhuu
header/banner memang smart, as expected from ezhan artwork
theme baru ni cukup minimalist bagi aku. ada chemistry antara theme default wp dengan child theme. i like
semoga terus maju dalam blogging bro!
simple tapi tetap menarik. aku lg prefer blog yg sebegini utk dilawat, dibaca dan digodek2 isi dalamnya.
Blog ini semakin menjadi pilihan blogger baru utk dijadikan benchmark.. Semoga terus maju..
tahniah sbb dgn header baru, anda lebih menampakkan identiti sebagai bakal engineer kapal terbang…
tidak lupa jugak menjadi handsome lantas dapat free hosting… hahaha *mmg rezeki hang la menang GA…..anyway, jom support engine.my baru di lancarkan semalam…
Tahniah bro,dah naik lagi satu level tu,theme ni pun nampak kemas
1. tahniah atas tema yang baru. aku nampak konsepnya minimalis, abstrak dan banner sebagai travelog atau studentlog atau semacam itu.
2. footer yang cantik “Diperkuasakan oleh WordPress & Empat Biji Panadol”
3. aku pun tengah bega2 theme 20-11 untuk jadikan sebagai theme photoblog aku. masih alpha release. mungkin petang ni sambung lagi atas kapal terbang.
4. semoga terus maju!
5. cantik 20-11 child theme ni. tahniah untuk zeaks.
perghh!!cerah mata tgk blog baru ni..putih bersih..hehe
welcome back!
miss ur rambling and tips ;)
Clean and simple…cool
banner tu memang kreatif sentuhannya..
theme blog lak simple dan menarik..
simple. mmg sgt lawa konsep minimalis ko ni.
header tu mantap. org yg dh slalu bc blog ko sure nampak celah2 kehidupan ko melalui header tu. nice concept!
teruskan berblogging. aku akan terus membaca, jgn riso. hehe
awal2 twentry eleven dah pakai satu child theme, saudara eizil yang buatkan.
tapi macam belum ada hubungan ‘kimia’ dgn theme tu, tukar lagi guna yang dulu…. akan datang, mungkin.
banner cantik – nampak lebih pelbagai.
first time kot jumpa theme nie…kemas n simple je. Menarik beb.
wah tahniah nampak lebih besemangat..:)
Perghh Superbb Clean bro..
Terbaik lah layout baru ni. Eh? mana reward ribbon? haha
bajet dah habis. Takpe. Point terkumpul masih lagi tersimpan.
Points masih di kumpul lagi lah ni
memang terbaiklah ni yg dikatakan go to next level baru ada cabaran dalam hidup…
yeah. Setiap tahun berazam untuk melakukan yang lebih baik. Harap semuanya ok la..
ni lebih minima dari yang sebelum ni.
:D
SETUJU. minimal. and simple. blog mencerminkan orangnya. kot ..:D
kemas…tp suka yang lama lagi..hehe
ni template default wordpress yg baru kan. smart edit template ni.
yup. Twenty eleven. Theme tu memang lawa dah.
kemas+minimalis
header, terbaik dari ladang
Ya Allah. lawa sangat ni. header tu smart gila.
Thanks namee =)
Header sepadan beno dengan background :)
putih suci murni..macam baby baru lahir..
simple.. header equation siap..cuma nak buka tadi loading lama.. dekat seminit baru leh buka.. commentluv tak keluar..
good luck.. :D
ok. thanks for the input. Nanti check balik.
Yup.. setuju dengan Izwan.. masa menaip komen ni pun, masih still loading… dan rasa agak berat bila scroll mouse..
Anyway, header kat atas tu mmg cun…
suka yang niii! simple,kemas.nak baca senang.n yang penting, header tu memang awesome. :D
theme sebelum ini cukup lawa, apa apa pun credit kat header ! cukup lawa ! artikel blog apatah lagi ! sangat mantap ! :)
+1
Mantop.
Warna putih memang terbaik. Sejuk mata memandang aku tengok.
cantik..
One word > Nice.
Yang penting, pembacaan tak terganggu.
biru & putih…nice =)
nafas baru bro…simple and nice =)
header hensem gila ! haha
suka dengan headernya.menarik!
erm nanti boleh kasi review pasal hosting baru tu ya
ahaha.. buat masa ni aku lagi suka theme ko yg lama.. tapi background ko nice dowh.. hehe
yang lama not bad, tapi yang ni lebih ringan and more space.
header memang cantik… top class.
Nice! gila mahal kot..nasib baik free :D
kemas, header dari ezhan tu pun terbaik gak tu haha