Volkswagen Polo 1.6 Baru @KLIMS 2013

Reading Time: 2 minutes

ariff-shah-polo-2

Dapat jemputan daripada Volkswagen sempena KLIMS 2013. Memang merancang nak beli VW pun as my first car. So, memang tepat pada masanya lah invitation ni sampai.

Sangat berminat dengan Volkswagen Polo 1.6. Spesifikasi dia sama je macam Polo Sedan, cuma body je hatchback which is good sebab lagi ringan (kurang 100kg daripada versi sedan). Lagipun, first car dan masih muda remaja, kenalah pakai kereta yang ada gaya sikit. Sedan untuk orang tua je. hoho..

ariff-shah-polo

Dijangkakan harganya nanti  kurang daripada RM90,000. Agak kompetatif sebab dipasang di Malaysia (CKD). Dari segi kualiti, saya yakin dengan jenama VW sebagai sebuah pengeluar kereta terkemuka dunia. Lagipun Polo adalah sebuah produk yang dah bertapak lama, it’s a proven product.

Official price Polo 1.6 ni akan diumumkan semasa pelancaran rasminya Januari 2014 nanti. So tengoklah macam mana. Walau bagaimanapun, pre-order dah dibuka masa KLIMS.

Selain itu, VW pamerkan sebuah cut-out model Golf GTI Mk.7. Tujuannya adalah untuk menunjukkan apa yang mereka telah improve dari versi Mk.6. Basically apa yang mereka buat ialah menggunakan material yang lebih ringan dan kuat serta kaedah rekabentuk yang pintar untuk memberikan ruang dalaman kereta yang paling luas berbanding pesaingnya.

golf-cut-out

Golf GTI is my first choice. For a start, Polo pun cukup dah. Tengoklah tahun depan macam mana.. Apa kata korang? Sesuai tak VW Polo ni dengan Ariff Shah? especially yang warna merah :p


Posted

in

by

Comments

17 responses to “Volkswagen Polo 1.6 Baru @KLIMS 2013”

  1. Zikri Ahmad Avatar

    Wow! kereta volkswagen ni memang sedap dipandu…
    Lagi2 kalau jalan jauh x terasa sangat penatnye.

  2. Nad Avatar

    Rasanya ada promo kan? Dapat dalam 86k camtu. Nak jugakkk tp muda sgt takda duit lagi lol

  3. Asyrof Asri Avatar

    SubhanAllah!

    Serius harga bawah RM 90,000?

    Wow, dah la kreta import, harga pulak macam kreta Malaysia.

    1 rezeki ni, so MESTI siapkan diri ni.

  4. NoktahHitam Avatar

    Adik aku cakap harga dia 85k.

    Cantik Polo ni. Kalau belum berkahwin sesuai sangatlah. Bila sudah ada anak sorg mungkin kena ubah :P

  5. hatiputera Avatar

    Memang menjadi idaman aku nak pakai polo ataupun golf gti. Tapi kalau tak dapat golf ,polo pun ok jugak.

  6. Anarm Avatar

    Kereta VW memang smart ahh.. Aku pun berkenan warna merah tu..

  7. Akmal Aizat Avatar

    Sesuai sangat dengan bro Ariff Shah. Nampak stylo. Warna putih pun ok jugak.

  8. hazman aka species1980 Avatar

    Kat area memang diorang lebih fokus pada kereta sebab tak ramai MODEL kat situ… hehehe

  9. kaykillua Avatar

    Tak sabar nak pegi weekend ni.. sempat lagi kan

  10. Nije Avatar

    Better test drive sebelum beli, dah bkenan bawakyer leh cepat2 book.he2

  11. Mohd Azrin Abu Bakar Avatar

    Memang jatuh chenta dengan V.W ini.Sorang sepupu pun sudah membeli kereta jenis Polo Sedan.Katanya memang terbaik dari buatan Japan.
    Tak tahulah saya..

  12. Innanie Ariffin Avatar

    kawan saya beli VW Polo ni untuk first car dia. memang smart. sebab dia nampak elegant and macho. :)

  13. Mukhlis Avatar
    Mukhlis

    Sebelum membuat pilihan , lihat dulu pandangan pengguna di luar sana, bukan dari salesman or on-paper semata-mata..

    Boleh jenguk tengok Facebook pages VW Malaysia. Anda lihat, anda baca dan anda boleh nilai sendiri.

    p/s: VW yang sebenar adalah Classic Bettle & Combi pasar malam.

  14. Fadhil Husin Avatar

    Bagi saya, dah ok Volkswagen merah untuk permulaan. Kalau Volkswagen kuning, teringat pula cerita terowong karak tu. hehe

  15. akubiomed Avatar

    Kereta kompak mula-mula berkeluarga okay lagi. Apa bila ada anak seorang baru sarat dengan barang bayi belum lagi buaian dan stroller disumbat didalam kereta.

    Kalau diluar negara kereta kompak dibawa kerja. MPV, SUV atau Wagon sebagai kenderaan famili. Dinegara kita tidak semua orang berkemampuan jadi memiliki mengikut tebal poket masing-masing.

  16. MK Kimi Avatar

    Wah wah…dah berkira nak beli kereta nampaknya. Selesa sikit nak bawak bakal isteri jalan2 kan :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kalau tahun depan, bukan ‘bakal’ dah :)