
Superbike belum keluar lagi, jadi nak cerita saya beli kereta memang jauh sekali la. Tapi ada kemungkinan boleh dapat je kereta free melalui contest iPunya, Volkswagen Golf TSI lagi tu. Sedikit sebanyak tentang kereta ini:
- Harga lebih kurang RM150,000
- Enjin 1.4 liter tetapi cukup berkuasa dan dikatakan mempunyai prestasi seperti enjin 2.0 liter.
- European car, jadi semua sedia maklumlah kualitinya macam mana
Apa yang pasti, kalau menang kereta ni confirm bro ini panas je tengok. Tak perlu lagi dah untuk merempit ke lokasi ngeteh, boleh drive dengan bergaya dan selesa. Kalau nak bawak awek pun bukan setakat satu tapi tiga. haa..
P1 melalui pertandingan iPunya menawarkan hadiah Volkswagen Golf TSI sebagai hadiah utama. Pertandingan yang berlangsung dari 20 April hingga 17 Jun ini layak disertai oleh semua pelanggan baru produk terpilih P1. Hanya ikuti 3 langkah mudah yang dinyatakan di bawah untuk melayakkan anda menang Volkswagen Golf TSI ini.
1. Langgani mana-mana pakej P1 ForHome, OnePlan atau ToGo dalam tempoh 20 April hinggal 17 Jun. Ada tawaran istimewa untuk setiap pakej dengan rebet RM50 untuk semua pakej yang ada sekarang. Langgan!

2. Daftarkan akaun self care anda. Self care ni adalah untuk menguruskan akaun P1 anda. Di sini anda boleh menyemak jumlah data yang digunakan, jumlah bil, bayar bil dan menambah nilai sekiranya ingin menambah bandwidth.

3. Log in, klik pada banner iPunya (yang ada gambar kereta tu) dan lengkapkan borang pertandingan. Jawab dua soalan mudah untuk contest ini. Pemenang akan dihubungi oleh pihak P1 nanti.
Tapi kalau anda tak cukup bertuah untuk menang Golf tu, ada banyak lagi hadiah iringan berupa Samsung Galaxy Note (5 pemenang), Samsung WiFi Camera (10 pemenang) dan X-mini Speaker (20 pemenang). So oklah, ada peluang cerah untuk menang hadiah. 36 orang pelanggan baru P1 akan membawa pulang hadiah.
Info lain:

Comments
21 responses to “Volkswagen Golf TSI Saya Punya!”
i dah pakai p1…ada chance kot
ok.. nanti dah dapat bagitau.. tak dapat pun bagitau .. haha
good luck :)
Kalau tanya aku. Cukuplah hanya sekadar Galaxy Note.
fuyyoh..biar betol boleh dapat kereta nih?idaman ni..huhuhu
tak dapat kereta dpat Galaxy Note pun dah ok kot…haha leh cube nie :)
fuhh.. galaxy note menjadi idaman hati..
cantiknya warna purple macam tu..
Best kan.. kalau dapat hadiah keta..
edisi terbaru ni volkswagen golf pink color…sayangnya aku tak boleh join. Kpd yg join..good luck ye.
wah , P1 dah semakin tunjuk taringnya,, tp pelik nama iPunya .. tp takde barang hadiah apple.
kalau boleh mng, dpt Golf kaler pink pon xde hal punya.
janji Golf. hehe
utk pelanggan baru je ek? taktik bagai
Normal la untuk company buat contest untuk bagi lebih nilai kepada customer
Untuk pelanggan yang dah lama mcm aku ni tak boleh join ker? Mcm ni nak potong la P1 ni. Mmg potong stim betul. Not fair!
wah….menarik hadiahnya…sayangnya aku bukan pelanggan P1…
good luck
haa.. yang bukan pelanggan ni la boleh jadi pelanggan baru dan join contest
wah macam ni .. kena langgan P1 dululah ye..
bukan takat AE je angin..aku pun hangin kalau lu menang keta ni
Volks Golf TSI nampak sahaja kecil tapi sarat dengan teknologi Jerman dan mempunyai enjin kuasa turbo.
kaler purple lagi. hehe :)
rasanya tu diorang kalerkan sendiri. tak pernah nampak VW purple