[Update] 2 panggilan diterima hari ini (kurang daripada 24 jam sejak entri ini diterbitkan) daripada pihak Maybank untuk cuba menyiasat masalah ini. Daripada hasil siasatan mendapati, tiada maklumat transaksi dihantar ke Visa ketika saya cuba menggunakan kad tersebut. Ini bermaksud, berkemungkinan besar masalah berpunca daripada laman web di mana kad tersebut digunakan.
Kepada yang pernah menghadapi masalah dinasihatkan supanya melaporkan kepada pihak Maybank melalui Twitter (@myMaybank) supaya ianya dapat disiasat. Satu lagi adalah dengan menghubungi talian khidmat website tersebut (sekiranya ada) dan cuba melakukan pembayaran melalui telefon.
Terima kasih kepada pihak Maybank kerana cepat bertindak untuk menyiasat tentang perkara ini. Sesungguhnya, kualiti perkhidmatan seperti inilah yang diperlukan oleh pengguna.
***
Masalah ini saya sedar ketika saya gagal membeli tiket kapal terbang ke Saint Petersburg tempoh hari. Apa yang ironi adalah, pembelian pernah dilakukan di syarikat penerbangan yang sama (Aeroflot) ketika saya membeli tiket ke Jerman dulu. Pembelian pada masa itu dilakukan online tanpa sebarang masalah walaupun tiket yang dibeli adalah 2 hari sebelum tarikh penerbangan.
Baru-baru ini, ada juga rakan yang memberitahu bahawa kad tersebut juga tidak diterima untuk membeli tiket secara online daripada sebuah laman web syarikat penerbangan Jerman. Masalah yang sama dihadapi, seolah-olah nombor kad Visa daripada Maybank tidak sah untuk digunakan pada sebarang transaksi online di sini.

Kalau dah Visa tu, sepatutnya ia diterima di mana-mana merchant yang menerima transaksi daripada rangkaian tersebut, samada offline ataupun online. Itulah sebabnya orang guna kad, untuk memudahkan urusan pembayaran.
Oleh itu, saya mencadangkan kepada sesiapa yang ingin ke luar negara, silalah pastikan anda mempunyai pilihan kad daripada bank lain sebagai back up. Seeloknya, gunakan bank yang mempunyai cawangan di seluruh dunia.
Harap pihak Maybank dapat menyelesaikan isu ini untuk menjaga kualiti perkhidmatan dan produk anda.

Comments
19 responses to “Kad Visa Maybank Tidak Diterima Untuk Pembelian Online di Luar Negara”
guna kad debit maybank pun untuk beli domain aje. setakat ni lepas kat godaddy,
aku suker guna maybank kad visa utk beli belah, senang nk guna
aku x pernah cuba lagi pakai visa MBB kat pakistan. nanti aku cuba. biasa aku pakai HSBC hehe :)
bersemangat waja Maybank call ko kat Rusia ye. bagus.. bagus hohoho
Sya travel luar negara.. bawak cash aje.. xde kredit kad.. hehe
aku pernah nak guna maybank debit card ni nak beli domain kat Godaddy. memang xdapat jugak. last2. guna Bank Islam je terus jadi :)
hari tu aku guna kad ni nak beli kasut bola dekat la ikhsan pun tak lepas. cilaka. tak pasal-pasal kena beratur panjang kat atm
Kalau locally pun ada problem, memang susah la. Tadi kat Twitter Maybank dah minta no. kad and no. IC nak check problem aku.
Eh, i’ve been using Maybank Visa beli online from oversea market macam2 boleh je. This is weird…
boleh tak nak belajar buat pembayaran oversea melalui visa maybank,saya nak buat bayaran ke china
Masukkan butiran kad ikut apa yang diorang minta la. Itu je.
utk debit card setakat ni guna Tunemoney…mmg senang…guna kat luar negara tak perlu nak inform card center byk kali…kalau dah activate sekali..lepas ni kalau nak guna lagi bleh je guna terus..kalau maybank mmg leceh…kena bgtau setiap kali nak guna utk oversea…
aku suggest ko tukar ke Kad Public Bank…sebab setakat ni aku guna kad PB memang takde masalah..berbanding Maybank yang cerewet tu..dulu aku pun penah kena gak..pasal nak renew domain-domain aku le..nasib baik le leh beli funds Paypal, lau tak, payah nak renew domain + hosting aku tu..
dah ada logo VISA tu patutnya boleh je..pelik2..
tak bleh ae….aku pun tak perasan..sebab memang jarang shoppingp pun…
nak harapkan Google Adsense aku, jangan harap r…huhu
Masalah juga kalau pada masa kecemasan dan kad debit tidak boleh digunaka. :-(
Jadi pilihan mana satu paling sesuai Ariff?
Nak tahu, sebab nak travel. :'(
Oleh itu, gunakanlah kad kredit terus. Dulu bukan main leceh nak add debit card ni dengan paypal etc.. sampai la aku give up… Hehe. Apapun gunakan kad Maybank ini di mana-mana Pizza Hut, dapat potongan 30% dari harga bil.
Kalau student mana nak dapat kad kredit :(
Ok. Potongan 30% tu tak pernah dengar. Thanks for the tip.
yang dah kerja pon ada jugak yang tak dapat2 apply kad kredit..