Viper Challenge Memakan Diri

Reading Time: 2 minutes
IMG_0297
Bersemangat!

Dapat invitation untuk masuk media event Viper Challenge sempena Festival Belia Putrajaya 2013. Untuk pengetahuan, Viper Challenge ni adalah lari berhalangan sejauh 20 km di mana setiap kilometer ada hentian di mana peserta perlu menempuh halangan yang ada. Litar ini perlu dihabiskan dalam masa 3 jam.

Tapi untuk media event Khamis lepas, cabaran takdelah sampai 20 km. Sikit je. Bila tengok obstacle, konfiden dah boleh lepas. Silap-silap dapat no. 1.

Nak dijadikan cerita, adik saya datang lambat untuk event tersebut. Acara telah dimulakan. Peserta dikehendaki untuk menamatkan lima pusingan sahaja. Walaupun lambat, dan orang lain dah leading 2-3 round, kami masuk jugak sekadar nak merasa.

Bila dah lambat, memang kelam-kabut jadinya. Bila kelam-kabut, risiko untuk kecederaan meningkat. Dari atas bukit tayar yang didaki, saya lompat. Malangnya landing tak kemas, kaki terpeleot. Memang sakit.

Tapi control macho lagi. Nama pun modern man..

Jadi kalau tengok dalam video kat bawah, memang sampai habis event saya control macho. Biasa kalau tengok cerita Hollywood, hero mesti sakit dulu, lepas tu dia recover, lepas recover baru kalahkan musuh. Yang ni tak, hero kebal. hahaha..

IMG_0295
Bukit tayar, tempat kejadian

Balik rumah baru terasa sakitnya. Kaki bengkak, malam tu tak boleh tido. Masuk tido pukul 10.30 malam, pukul dua pagi terbangun sebab sakit giler. Rasa macam nak panggil ambulance dah supaya boleh masuk hospital dan buat x-ray takut ada tulang patah. Last-last, pengsan sampai pagi.

Next day pergi klinik. Yang attend adalah doktor perempuan, ah moi graduate UM. Nampak relax je. Dia suruh gerakkan kaki pusing-pusing macam senaman pemanas badan yang korang selalu buat tu. Mana boleh doc, tak nampak bengkak besar tu?

IMG_0296
Kaki gorilla..

Sekali dia pusingkan. wohoo…. sakit tak terkata. Nasib baik tak meraung dalam klinik tu. fuh.. Kalau tak jatuh lagi markah kemachoan. Cukup-cukuplah dengan jalan tempang tu.

Jadi itulah kisahnya hari minggu yang lalu. Banyak duduk kat rumah diam-diam je. Jalan pun tak boleh. Seksa jugak bila sedikit nikmat daripada Tuhan ni dikurangkan sebentar..

Untuk Viper Challenge yang sebenar lepas raya nanti, katanya saya akan dijemput masuk. Tak taulah mampu habis ke tak 20 km tu..

Muka maintain walaupun kaki tengah sakit.. sori video ni je ada. Ya, saya tau muzik latar dia entah apa-apa dan ya, sedar bahawa awek dari TV3 iras Neelofa tu sibuk nak amik gambar sebelah saya.

So amacam? Lepas baca entri ni ada sesiapa berani tak nak join saya masuk Viper Challenge lepas raya nanti? More info at ViperChallenge.com


Posted

in

by

Comments

10 responses to “Viper Challenge Memakan Diri”

  1. azrijohan Avatar

    perghh dahsyat tu cedera, membengkak macam kaki The Hulk

  2. Khairul Zamri Avatar

    ooooo viper challenge namanye yg khairi masuk tv tu huhu baru tau

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      masuk tv ke? muka aku masuk x?

      1. Asyrof - Blogger Tanah Arab Avatar

        Besarnya betis kaki.

        Kuat sukan ya? ..

        haha ..

  3. Izzuddin Fauzi Avatar

    Fuh. Macam best jer… Tak tahu ada event gini… Kalau tak… Dah join da…

  4. akubiomed Avatar

    Habislah tak boleh bawah motor kalau sudah cedera di kaki.

  5. ejam Avatar

    pergh rasanya stamina aku tak mampu nak habiskan kot walaupun ringkas camtu, badan dah lama tak berlasak…hehe

  6. ProfHariz Avatar

    20KM? hahaha. Bapak jauh…

  7. Yus Avatar

    Kalau dekat hari tu dah tentu saya join..

  8. titan Avatar

    lenkali, ajak gua.

    camana gua boleh terlepas benda ni. demm la..