Update 13 Disember Berkaitan Gold & Silver

Reading Time: 3 minutes

Penting! Sila baca entri ini sebab minggu ni dijangka ada pergerakan harga yang besar untuk gold dan silver.

Dah tonton video ni? Agak laju kan? Baca rumusan video di bawah. Untuk pengetahuan semua, video ni baru lagi diupload semalam. Jadi maklumatnya boleh dipakai dan updated.

1. 1950 – bekalan silver yang dilombong di permukaan bumi seluruh dunia mampu menampung keperluan sehingga 140 bulan. 1970 – bekalan berkurangan sebanyak separuh (70 bulan). 1990 – 55 bulan. 2010 – 11 bulan. Apa yang dimaksudkan di sini ialah, lokasi utama kita dapat silver sekarang adalah daripada permukaan bumi. Jadi kos dia lebih mudah. Bila silver mula dilombong di bawah tanah, kos akan meningkat berkali ganda, termasuklah harga silver.

2. Penggunaan silver dalam bidang elektronik tahun ini dijangkakan sebanyak 250 juta auns. Kena ingat, berbanding emas yang disimpan di dalam peti besi bank-bank dunia, silver digunakan dalam peralatan elektronik harian.

3. Dalam penggunaan untuk membuat panel solar, 75 juta auns silver telah digunakan pada tahun 2010. Pada tahun 2014, dijangka permintaan silver untuk membuat panel solar akan meningkat sehingga 130 juta auns (hampir 2 kali ganda dalam masa kurang daripada 5 tahun!)

4. Penjualan syiling Silver Eagle semakin bertambah dari tahun ke tahun dan telah mencecah sebanyak 35 juta syiling pada tahun 2010 atau sebanyak 4.8% silver yang dilombong pada tahun tersebut. Kemungkinan untuk syiling ini dileburkan semula untuk kegunaan industri adalah mustahil sama sekali, kerana ini adalah salah satu syiling silver terkenal di dunia. Hal ini adalah sama dengan silver yang digunakan dalam pembuatan smartphone.

5. Lombong baru di US dan Kanada mengambil masa sehingga 10 tahun sebelum ianya boleh mengeluarkan silver. Nevada di US yang selama ni merupakan negeri silver telah menunjukkan tanda-tanda bahawa tahap pengeluaran maksima silver di negeri tersebut telah pun berlalu. Pada tahun 1997 sebanyak 25 juta auns silver telah dikeluarkan oleh negeri tersebut manakala pada tahun lepas telah jatuh kepada 7.3 juta auns.

6. Berdasarkan laporan industri, pengeluaran silver sekarang semakin susah dan memerlukan kos & masa yang lebih banyak. Akan berlaku kekurangan silver menjelang 2020 atau mungkin seawal 2015.

7. Dengan kejatuhan harga silver baru-baru ini, pelabur di seluruh dunia sekarang sedang menunggu masa yang sesuai untuk membeli silver.

Itu adalah sedikit sebanyak ringkasan daripada video di atas. Saya buang part yang terlalu teknikal kerana ia memerlukan penjelasan yang panjang lebar.

Jadi sekarang, apa cerita minggu ni? Hari ni, harga emas telah jatuh sehingga ke paras support 1 iaitu dalam lingkungan $1680. Kalau siapa yang ikut Twitter saya, semalam lagi saya dah cakap gold akan jatuh minggu ni.

Untuk pengetahuan semua, harga support adalah apabila harga jatuh kepada paras terendah pada sesuatu masa. Biasanya kalau harga dah sampai paras support, ia akan melonjak balik, kekal ataupun jatuh. Kalau dah banyak kali harga melonjak balik pada kawasan support, ia dikenali sebagai strong support (lihat Support 2).

Adakah gold akan jatuh lebih jauh minggu ni? Jawapan saya berkemungkinan besar, ya. Pertama adalah disebabkan indeks kekuatan relatif (Relative strength index – RSI) yang semakin rendah (Lihat no. 1).

Kepada yang dah baca entri Bila Masa Yang Paling Sesuai Untuk Membeli Silver & Gold, anda akan perasan harga gold dah jatuh bawah 50 MA (Lihat no. 2). Maksudnya sesuai dah sekarang. Terpulang kalau nak beli, tapi saya lebih suka menunggu harga jatuh lebih rendah. Seeloknya pada Support 2, iaitu $1612.

Tadi cerita pasal silver, kenapa sekarang cerita pasal gold? Senang je. Sebab kedua-dua ni berkait rapat. Kalau naik, dua-dua akan naik dan kalau jatuh, dua-dua pun jatuh. Saya suka tengok carta harga gold sebab pergerakan dia lagi ketara. Target belian silver saya adalah pada harga $28 dan seterusnya bawah $25.

Mungkin anda tertanya-tanya, kalau dah beli silver, bila harga tinggi nak jual kat mana/pada siapa? Yang tu nanti biasanya anda akan belajar sendiri, tapi kalau nak mudah, baca ebook Silver. Semua info macam tu dah ada dalam ebook.

Sekadar berkongsi ilmu. Kongsikan dengan rakan anda yang berminat dalam bidang ini.


Posted

in

by

Comments

13 responses to “Update 13 Disember Berkaitan Gold & Silver”

  1. Silver in Malaysia Avatar

    bagus penerangan penggunaan silver, very factual. Good explanation on technical analysis. Not too technical and can easily understand. Good work. Keep it coming!

  2. TeAm Avatar

    Berinvestasi dengan emas :D sangat bagus untuk jaman sekarang ini :D Benar tak?

  3. Olga N.Klose Avatar
    Olga N.Klose

    harga dah cecah 28USD Ariff.
    tapi fiat dah kurang.tengok jelah.
    harap2 harga spot camni bertahan sampai hujung tahun,ada masa nak kumpul fiat lagi.
    boleh buat averaging

  4. fikri91 Avatar

    bro memang power…
    hari ini harga emas jatuh..huhuhuhuh

  5. titan Avatar

    aku tahu beli aje. selagi mampu beli..beli aje..
    time nak jual..yang pasti bukan masa terdekat nih..

  6. Noriz Avatar

    TQ so much for the advise!

    akak baru nak lock harga ptg semalam bila harga makin drop tpi tengok technical analysis dan report Ariff ni buat me think twice…harap2 sampai ke support 2 tu…

    dan video silver tu make me nervous lak…

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Actually harga sekarang pun ok dah. Tengok investment appetite and budget. Kalau ada budget banyak, buat half-half. At least kalau harga tak jatuh pada target kita, dah dapat half yang nak invest tu

  7. Anarm Avatar

    harga jatuh, bleh la aku beli dinar pasni.. :D

  8. Denaihati Avatar

    Masa utk collect kerana di jangka 31/12 akan ada window dressing dimana harga akan up untuk kelihatan cantik penutup 2011.

  9. Agrevo Avatar

    Tapi saya lebih suka berinvestasi pada gold. Harga relatif stabil…Tidak terlalu turun drastis…

  10. intanberlian Avatar

    hmm ni maksudnya beli gold mcm ring, necklace etc ke?

    1. akubiomed Avatar

      Ada juga yang mencadangkan membeli barang kemas tidak semesti didalam bentuk jongkong dan dinar. Kalau bagus beli emas 916.

    2. Ariff Avatar
      Ariff

      lebih kurang je sebab barang kemas pun ikut harga semasa