Upacara Korban @ Kampung Palimbayan Indah, Kampung Sungai Penchala, KL

Reading Time: 3 minutes

Alhamdulillah dapat menyaksikan upacara korban Aidiladha tahun ni. Last dulu masa sekolah rendah, buat kat Melaka. Long time ago..

Kampung Palimbayan Indah ni merupakan salah satu daripada tiga kampung ymg terdapat di Kampung Sungai Penchala, KL. Untuk orang luar, tau Kampung Sungai Penchala yang terkenal dengan restoren Sambal Hijaunya sudah.

IMG_4572-0.JPG

Manpower. Literally.

IMG_4573-0.JPG
Yang bakal dikorbankan.

IMG_4575-0.JPG
Mengatur strategi untuk menumbangkan lembu ni. Kalau nasib tak baik, silap-silap boleh kena terajang dengan lembu.

IMG_4576-0.JPG
Kuncinya adalah untuk menjerat kedua-dua belah kaki belakang lembu. Tapi kalau tak dapat dua belah, sebelah pun jadilah. Cuma susah sikit nak tarik.

IMG_4577.JPG
Semakin ramai yang menarik.

IMG_4578.JPG
Rebah akhirnya. Kedua-dua belah kaki diikat.

IMG_4579.JPG
.. penyembelihan. Sorry.

IMG_4581.JPG

IMG_4580.JPG
Kulit dibuang. Daging dilapah.

IMG_4582.JPG
Pusat penimbangan dan pemotongan.

IMG_4583.JPG
Setiap anggota badan lembu dipastikan ‘tidak hilang’. Ada yang jadi auditor yang memastikan setiap bahagian berada di tempat yang betul. Kaki, ekor, kepala, kulit, semua kena lalui auditor.

IMG_4584.JPG
Auditor. Semua bahagian lembu akan diperiksa.

IMG_4586.JPG
Perut dibawa ke sungai untuk dicuci.

IMG_4587.JPG

IMG_4588.JPG
Pasukan pemotong menjalankan tugas.

IMG_4589.JPG
Tulang dipotong untuk diagihkan.

IMG_4590.JPG
Ribs, anybody?

IMG_4591.JPG Senarai nama yang berkorban. Kalau tengok betul-betul ada nama Maya Karin kat senarai tu.

So itulah sedikit sebanyak suasana korban di sini. Sekejap je setel sebab banyak sukarelawan yang membantu. 11 kumpulan bantu sebelih 11 ekor lembu serentak. Pukul 10 dah tumbang semua lembu korban.


Posted

in

by

Comments

10 responses to “Upacara Korban @ Kampung Palimbayan Indah, Kampung Sungai Penchala, KL”

  1. Mazni Azmi Avatar

    Best pengalaman bergotong royong ni

    Siapa ada audit ya.

    Hehe. Mesti dah berlarutan saban tahun.

    Korban pun kena audit

  2. Ani Haryani Avatar

    Satu yang best tentang korban ni adalah yang lama tak nampak akan bertemu kembali sama-sama membantu dalam aktiviti korban. para lelaki dengan lembu dan kambing untuk di korbankan, para wanita memasak. riuh dan seronok :)

  3. ryz Avatar
    ryz

    seriously, the last time u tgok korban masa sek rendah?
    mak aiii… lama nye!
    alhmdulillah sib baik pnjg umur..
    kita umat islam seeloknya tiap thun cuba join berkorban ni…

    pasni klu dh ada anak selalu2 la bwk tgok korban n join aktiviti msyarkat/masjid yg lain yea…

    maya karin mmg duk kat penchala tu.. lpas ayah dia migrate trus dia beli umah situ n settle down…rumah dia besar dgn laman yg luas :)

  4. Hilmi Hasan Avatar

    Kalau kat kampung, cuci perut tu yang semua nak elak. Tapi bila dah bersih dan dah di rebus, semua berebut nak. Heheh

  5. Andriyatna Avatar

    Cepat Sangat Prosesnya….
    Salut dengan Persatuannya. ^_^

    1. Mazni Azmi Avatar

      Bersatu teguh bercerai roboh

  6. faridah zulkifli Avatar

    wah menarik pengalaman raya haji ne….satu persatu capture gambar diberi…tq share sbb kami kaum mak2…bnyak melepas nak tgok scene raya haji

    1. Hasnul Mutawif Avatar

      Pengalaman sekali sepanjang tahun.

      Menghayati erti pengorbanan sebanar. Wang ringgit tenaga dan masa

  7. siti hazreen Avatar

    Syukur alhamdulillah semuanya selesai ;)

  8. akubiomed Avatar

    Masyarakat sekeliling akan sibuk membantu melakukan kerja gotong royong. Biasanya pihak masjid akan buat sup untuk pekerja sukarela.