
Weekend ni balik Kuala Kangsar lagi. This time, sempat berkelah di Hutan Lipur Ulu Kenas. Here’s my review.
Kalau nak cerita pasal jalan memang saya tak tau la. So sila gunakan GPS atau Google Map untuk tahu lokasinya.
Biasanya bila sebut je hutan lipur dan sungai kat Malaysia ni, dah terbayang kawasan perkelahan yang dicemari dengan sampah, tandas awan yang tak berfungsi dan keadaan persekitaran yang tak terurus.
Not in Ulu Kenas.

Bestnya air. Sejuk jee…
Pokok apa ntah
Nasib baik la esok keje. Kalau tak dah explore mencari punca air
Di kala orang KL merungut takde air..
Mungkin Ulu Kenas ni terjaga sebab kat situ ada Kem Bina Negara. Jadi memang sentiasa ada orang yang menjaga kawasan ni. Selain tu boleh nampak dua tiga orang pekerja am yang bertugas membersihan kawasan ni. Pejabat Perhutanan pun buka walaupun hari Ahad. So maybe that’s why kawasan ni terpelihara.
Tandas bersih, nampak baru dan berfungsi dengan baik. Selalunya nak tau tempat perkelahan macam ni terjaga atau tak tengok toilet kat kawasan tu je. Kalau toilet awam yang percuma pun dalam keadaan yang baik, means orang yang jaga kawasan tu memang buat kerja dengan betul.
Oleh itu kepada yang nak cari tempat berkelah bolehlah consider Hutan Lipur Ulu Kenas ni. Syabas kepada badan bertanggungjawab yang menjaga kawasan ini!

Comments
23 responses to “Ulu Kenas, Kuala Kangsar – Kawasan Perkelahan Yang Tidak Mengecewakan”
wah teringat masa mandi sungai masa daki gunung tahan minggu lepas….lebih kurang mcm ni lah keaadaan dia..air sungguh nyaman
wah! dekat dengan kampung teman ni, sebelum ni pun geng potensi unimap buat kem di ulu kenas. memang terbaik!
Saya memang suka sangat pi berkelah kat tempat macam ni. Tapi sejak kes kencing tikus dulu takut plak nak pi.
mantap.. tetiba rasa nak pergi berkelah.. syiok pulak tengok…
Tempat macam nie memang memang best la nak berkelah….
memang betul, kalau tandas terjaga dan bersih, itu bermaksud memang ianya dijaga dengan sempurna kawasan tuh
waahh..bestnyer tgok..member ada jugak ajak pergi Ulu Kenas nie…tapi xberkesempatan lg..ok,pas nie kena sempat2kn jugak g tmpat yg best cm nie..midsemester break nie pon ok jugk nih lw nk g.. :)
Nice place. Tapi nmpak mcm banyak sangat batu dan sikit sangat air. hehe.
Boleh je explore dalam lagi. Yang penting tempat ni terjaga
Wah… damainya tempat ni. Sejuk mata memandang. Terasa nak berkelah lah plak..
Kuala Kangsar, brape lama perjalanan dengan kereta? boleh balik hari?
Camtu la yang kita nak. Tempat peranginan yang cantik dan bersih. Kalau tak cantik pun, cukuplah dengan bersih. Orang tak kecewa bila datang.
Kita pulak, wajib mengekalkan suasana macam tu.
cantik tempat..belum pernah sampai lg
Geram pulak tengok gambar air sungai tu. Rasa nak pegi berendam jer. Tak penah dgr lagi tempat. Boleh la pegi satu hari nanti. :)
Seronok dapat sejukkan badan dengan berendam didalam air sungai.
Tak pernah sampai lagi sini..kalau masih ok bagus la..cuma jangan lepas ni bila dah ramai orang tau, habis rosak semuanya.
Orang sini cakap tempat ni memang ramai orang datang pun tapi still terpelihara
jaga jaga kalau mandi or jalan area situ, ada banyak pokok jelatang. boleh bawak maut kalau tersilap pegang.
Serius? Takkan pegang je boleh mati?
arituh aku gi camping sana, mmbe terkena. kesan dia bergantung pada org jugak, mmbe aku allergic membengkak satu badan n sesak nafas. terus masuk hospital kualer.
ranger utan situ yg ckp boleh maut kalo terkena n lambat rawat, sbb ade kes katanya.
Pokok jelatang ni yang daunnya berbulu tu kan? Boleh menyebabkan miang kalau pegang.
wah nanti cuti semester atau bila-bila, boleh bawak geng pergi berkelah kat sini :D
pernah gak gi dulu tempat ni. memang best.