
Pelaburan sekarang dah jadi semacam trend untuk anak muda. Tak hip kalau tak libatkan diri dalam pelaburan, tak kisahlah hartanah, unit trust, saham dan tak kurang juga skim-skim peleburan yang ada sekarang.
Memang seronok kalau ada investment ni. High risk, high reward kan. Lagipun, banyak dah sifu di luar yang bagi tunjuk ajar dan guidance. Follow the leader je.
Cuma. Saya nak nasihatkan sebelum join apa-apa yang memerlukan modal yang banyak dan melibatkan hutang yang banyak untuk melabur, kena fikirkan jugak samada pelaburan tu sesuai atau tak untuk diri kita sendiri.
Memang seronok dengar potensi keuntungan. Bermain dengan risiko ada thrillnya yang tersendiri. Orang muda sukakan cabaran macam ni. Dalam syok menyahut cabaran tu, kadang-kadang kena ambil satu langkah kebelakang untuk evaluate balik samada tahap risiko yang diambil tu sesuai atau tak dan samada keputusan yang dibuat telah dikaburi oleh keuntungan semata-mata dan hanya berpaksikan sifu kat social media.
Apa risiko yang sifu mampu tanggung tak semestinya sama dengan apa yang anda mampu tanggung. Level income mereka memang sah-sah macam langit dengan bumi berbanding level income anda. Jadi hati-hatilah ye.
Tak merujuk kepada sesiapa. Sekadar nasihat in general.
Saya bukan sifu. Hanyalah blogger yang berkongsi kisah perjalanan sendiri.

Comments
8 responses to “Ukur Baju Di Badan Sendiri”
Kena mantapkan diri dalam perkara yg diceburi untuk meminimakan risiko yang dihadapi…
apa-apa yang kita buat memang ada risiko, kena study dulu tak boleh main taram je
maksudnya, sebelum join apa-apa pelaburan, melabur dulu untuk dapatkan ilmu pelaburan dulu.
potensi keuntungan tu mmg boleh buat sesiapa lupa pasal risiko kerugian. Akibatnya ramai yang terjebak.
Indeed, tepuk dada tanya selera….
Teringat pesanan Tuan Azizi Ali ialah pelaburan pada diri sendiri dengan membaca buku dan menhadiri seminar.
Yup. Setuju tu. Sebelum memulakan sesuatu pelajari betul-betul dan timbang tara risiko yang mungkin akan berlaku.
Pelaburan memang best time untung… time rugi poning kepala… melabur dalam hartanah lebih selamat..