Ujibakat Money Drop

Reading Time: 2 minutes

20120915-092145.jpg

No. This is not my idea. Adik saya ajak masuk, tak expect kena beratur panjang macam ni.

Bila tengok rancangan Money Drop tu sendiri, memang semua orang teringin jadi peserta. Yelah, siapa tak nak menang ribu-ribu ringgit dalam masa satu hari. Tapi bila tengok balik line yang beratur ni, sekurang-kurangnya ada 1000 orang di hadapan, belum cerita beberapa ribu orang di belakang lagi.

Berapa lama nak kena tunggu? Let’s say seorang paling minimum ambil masa 1 minit untuk sesi temuduga (belum cerita masa yang diambil nak jalan masuk lif, naik lif dan sebagainya lagi), maka minimum masa menunggu adalah 1000 minit atau 16 jam lebih. Temuduga bermula jam 10 pagi dan dijadualkan tamat jam 2 petang. Dari segi masa ni confirm takde peluang dah.

Ok, kasi peluang sikit. Let’s say separuh daripada 1000 orang tadi tak bawa borang yang lengkap dan kena reject maka minimum 500 minit diperlukan untuk menunggu, atau sekurang-kurangnya 8 jam. Still tak sempat.

Kita tengok dari sudut lain pulak. Katakan ada 6 orang dipilih daripada 500 tadi, kebarangkalian untuk terpilih adalah 1.2%. Macam mana tu? Main saham hari-hari pun ada kebarangkalian yang jauh lebih baik untuk analisis saya tepat dan memberi keuntungan.

Manusia sukakan harapan macam ni. Kalau bangsa Cina, mereka beli nombor ekor tiap-tiap hari dengan harapan untuk menang jackpot. Melayu? Join gameshow macam ni dan Akademi Fantasia. Pemikiran mereka dikaburi oleh harapan untuk memenangi hadiah yang lumayan menyebabkan kegagalan mereka untuk berfikir secara logik.

As for me, I’ll wait sambil baca suratkhabar The Edge untuk analisis saham, and of course updating this blog. Talking about killing two birds with one stone. Dah habis baca suratkhabar nanti, kalau tak sempat I’ll leave and do something else.

20120915-092259.jpg


Posted

in

by

Comments

34 responses to “Ujibakat Money Drop”

  1. Faizahazmi Avatar

    Penat dan memang lama. Masa jam hampir pukul 2 petang, dah ada gaduh2 depan pintu Garden tu. Memang dasyat. Demi 1 juta, sanggup tidak beratur.

  2. hazman aka species1980 Avatar

    Kalau tak silap anda gak member blogger husband n wife….datang kul 6.45pagi time tu dah dekat 50 orang beraturs…. dasat betul la kan….

  3. miss J Avatar
    miss J

    En. Ariff, nk tanya. Smlm audition sampai pukul brapa? Hari ni pendaftaran saje smpi pukul 4.00ptg. Agak2 sampai ke pagi ke ujibakatnya?
    ~TQ

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Semalam tak sempat buat apa-apa. Tak sanggup beratur. Last-last pegi jalan2 kat MidValley

  4. beckhr00y Avatar

    kalau aku memang balik rumah tidur

  5. samdaddycool Avatar

    wah… sangat meriah suasan menunggu tu. Kalau terpilih dan menang duit, memang berbaloi… Kalau tak, masuk angin keluar asap. Apa-apa pun satu pengalaman yang sangat menarik

  6. pinkbubblegumprincess Avatar

    wow..ramainya…tak sanggup nak tunggu law lama2…usaha tangga kejayaan..nnti dpt tgk d tv lah pulop yer… :)

  7. adillaharun Avatar

    Dengar namanya sedap jer. Money Drop. Hakikatnya mana ada sesuatu yang jatuh gitu saja. Tambahan dalam era hidup dunia masa kini. Beratur panjang, belajar bersabar dan bertenang disamping berdepan ujian samaada mahu memperuntukkan masa untuk solat atau tidak itulah harga permulaan program tersebut. Namun perkara macam ni kebarangkaliannya yang dipandang. Apa kebarangkalian untuk menang? Itu pula semuanya ketentuan Allah. Kuasa memenuhi kantung rezeki kita ditanganNya. Manusia buat hanya terbatas dalam usaha.

  8. Hafizul Avatar

    Alamak..ramai giler yang beratur..apa kah menda money drop ni?siapa la tak nak duit ribu riban ni..beratur panjang pun tak kisah..haha

  9. Naziman Blogger Malaysia Avatar

    ramainya la. Kalau saya dah baris panjang begitu, tak jadi interview.

  10. Ekspresi Ruang Avatar

    setuju.
    org Melayu ni kdg2 suka cari jalan pantas nk hidup sng.
    tp itulah hakikat mentaliti org2 kita. hmmm

  11. akubiomed Avatar

    Selamat berjaya kepada bro dan adik dengan menghadiri audition Money Drop. Sahabat blogger bernama Sha juga turut menyertai audtion Money Drop bersama suami beliau.

  12. aYaz Avatar

    huii.. ramainya umat yang duk beratur.. sempat ke tidak nak ujibakat.. phewww~

  13. azriMy Avatar

    wah goodluck bro..

    saya pun kalau part2 menunggu ni suka bawak bahan bacaan sekali, paper Berita Harian lah yang selalu jadi peneman, takpun majalah bola sepak Wisel

    1. Hafizul Avatar

      Hehe..membaca dimana-mana la ni..bagus2..

  14. ika Avatar
    ika

    If they Q up…pastu masuk but they don’t pray ect…kalau menang duit pun..tak berkat..they won’t feel satisfied.

  15. Syaz Avatar

    just wondering, agak2 mereka yang islam beratur ni solat tak?.. atau boleh tinggalkan line untuk solat?, atau kena beratur je?. ada juga manusia memperhambakan wang ringgit YANG TAK PASTI dari mempertuhankan Allah… dunia2.. -_-” *Maaf jika kasar bahasa.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kena bersangka baik.. Takkan la tak pergi solat pulak kan.

      1. Syaz Avatar

        owh.. ok2.. bersangka baik.. :D

        1. aslam Avatar

          ariff tulis dari jam 10pagi ke 2petang. kalau settle before zuhur,sempat je solat berjemaah kan

  16. Nadot Avatar

    gile ramai…siyes x kan sanggup tungguuu..

    1. halif Avatar

      Yup, setuju. Tak sanggup nak tunggu. Tapi siapa yang dapat masuk dan menang, mungkin dianggap berbaloi. Tapi apakah hukumnya main Money Drop ini? Ada kata haram macam judi? Ada pendapat x…

      1. Ariff Avatar
        Ariff

        Tak tau pulak. Tak kena keluar duit sendiri kan? Just for fun. Jadi apa yang haramnya?

  17. ProfHariz Avatar

    Bukan mudah nak senang. Ini antara usaha mereka. Tapi kalau aku ? Memang tidak~

  18. hatiputera Avatar

    memang aku mengalah la kalau beratur panjang macam nie..

  19. Myvitrd Avatar

    kalau saya memang jenis tak sabar bro.. memang akan saya tinggal lah.. macam hari tu menunggu burger bakar.. dah beratur 2 jam tapi bila tengok dekat depan ada 10 orang lagi.. dah tu anggar sorang tu 20 minit.. mau 200 minit lagi saya ke tunggu atau dekat 3 jam. so ada baiknya saya gi cari makanan lain..

    tapi kalau nak mencuba satu pengalaman yg baru.. tak salah tunggu bro.. kot2 dapat masuk TVkan.. hehehe

  20. Shahrul Avatar

    peh tak sanggup nak beratur panjang macam tu

  21. Sya Isya Avatar

    Siap2 bawa makanan sekali. lapar leh duduk bersila, makan.

  22. muazfaris Avatar

    gile panjang.. kat mane ujibakat ni ariff?

  23. Denaihati Avatar

    teruskan perjuangan hingga penganjur cakap anda di reject heeeee

    1. halif Avatar

      Takpe, at least dapat pengalaman. Dan boleh pun buat bahan entri

  24. Elie Avatar

    program cpt nak kaya..dan yg join kebanyakkannya masih muda-mudi~

  25. Man Avatar

    ramainya!!. tunggu je..alang-alang dah ada kat situ..

  26. azman Avatar

    Pergh…hampir sehari suntuk gak nak tunggu turn tu.Alang2 dah pergi teruskan jer lah.