Twitter & Anugerah Juara Lagu 24

Aku tahu sekarang nih semua blogger seMalaysia nak update pasal Anugerah Juara Lagu. Aku tahu Aizat menang Anugerah Juara Lagu 24 dan aku tahu Aizat juga memenangi persembahan terbaik Anugerah Juara Lagu. Macam mana aku tahu walaupun aku tinggal kat Moscow? Ha.. Itulah.. Sekarang tengok streaming secara live kat website AJL-24 Tv3 je.. Dah maju dah.

Selain daripada tu, aku dok bantai mengupdate Twitter sepanjang Anugerah Juara Lagu (AJL) nih. Seronok kot. Sekali toleh tengok Anugerah Juara Lagu (AJL), masuk sampai 700 Tweet kat channel #AJL24. Giler ah, tapi masih belum hebat untuk jadi trending topics kat Twitter. Biasa kalau nak follow benda live macam AJL nih, baik buka Twitter kat website. Kalau guna client/software, biasanya ada limit dan delay. Twitter memang limitkan client/software ni semua send request for update. Kalau tak memang boleh crash Twitter. Tapi still rancaklah tadi. Jadi siapa yang takde Twitter tu, pegi baca tutorial aku pasal Twitter ni, dah cover semua benda basic untuk korang start. Lepas tu follow @ariffshah =)

Lain kali orang Malaysia kena lagi hebat bertweet, kasi masuk dalam trending topics. Tapi aku berpuas hati dengan komuniti Twitter Malaysia untuk Anugerah Juara Lagu tadi. Best!

Oh ya, satu benda best untuk jejaka kat luar sana, antara selebriti hot yang aku follow on Twitter termasuklah @DianaDanielle @HanisZalikha dan @LisaSurihani. Mereka nih kadang-kadang sporting gak ah mereply walaupun busy.. (busy ke?) Lisa Surihani macam dah jarang tweet atau aku selalu terlepas time dia tweet. Entahla.. Baru beberapa hari lepas bertweet dengan HanisZalikha tentang.. beberapa proposal. Urusan rasmi ok! Tak tau pulak bila dia nak reply email aku. Harap-harap positif la. Kalau positif nanti aku bagi tau, kalau tak.. senyap jelah kan.

Untuk gadis-gadis pula.. hmm. Aku pun tak tau la siapa hot. Korang cari sendiri lah.

Cerita pasal diri aku sikit, tadi ada exam. Adalah kegilaan untuk buat exam hari Ahad. Pertama kali dalam sejarah hidup aku datang universiti hari Ahad untuk exam, hatta untuk lecture/lab sekali pun paling melampau hari Sabtu sampai petang lah. Takde yang pernah buat hari Ahad. Maka sebab jiwa aku kacau (alasan), aku tak berjaya untuk jawab exam tadi.. Sebenarnya memang susah pun, dan lecturer tu memang jenis yang tak tolak ansur punya. Even budak Vietnam yang super genius tu pun sangkut-sangkut gak masa jawab dengan lecturer tu tadi. Mungkin korang pelik apesal cepat sangat aku dapat result. Baca sini, Sistem Peperiksaan Di Russia dah explain baik punya~

So korang pulak macam mana? Best tak AJL tadi? Apa yang korang tak puas hati? Ape yang hampeh?

Ariff Shah: Aku rasa perkataan ‘tweet’, ‘bertweet’ dah boleh dimasukkan ke dalam kamus bahasa Malaysia la. Takkan nak guna istilah ‘berburung’ macam LizaRazak guna pulak? Kelakar kot..


Posted

in

by

Comments

17 responses to “Twitter & Anugerah Juara Lagu 24”

  1. qalesha Avatar
    qalesha

    betul ker kemenangan aizat atas dasar politik .. cuba baca nie http://malaywood.blogspot.com/

    1. ariff Avatar
      ariff

      Nampak macam ye. Biaselah tu..

  2. SyimaSyaz Avatar
    SyimaSyaz

    =( FT….

    1. ariff Avatar
      ariff

      FT? Apa itu FT?

      1. beliamuda Avatar

        Faizal Tahir la… ish2
        .-= beliamuda´s last blog ..Ukiran Ais dan Salji Yang Menarik di Harbin =-.

  3. ash Avatar

    Suke AJL semalam. Lain dari yang lain. Pemenang ade ciri-ciri istimewa yang tersendiri. Bakat muda dicungkil. Keep the good work k.
    .-= ash´s last blog ..AJL ke 24 Yang Fanashhh! =-.

  4. nOj Avatar

    tgk kt sane laju x? ade sangkut2 x? heheh best la rase cam duk malaysia je kan

    1. ariff Avatar
      ariff

      Awal-awal tu sangkut gaklah. Terlepas beberapa lagu

  5. wawaa Avatar

    hebat ko arif..aku duk msia pon malas nk amek taw..=P

    1. ariff Avatar
      ariff

      Ko memang. Haha..

  6. beliamuda Avatar

    apakan daya. berada di perantauan, internet jadi medium. aku layan kat tv pun ada blackout. aku dengar je time ajl. mata ngadap blog. haha…
    .-= beliamuda´s last blog ..Contest: Menangi RM20 Untuk 5 Orang =-.

  7. suraya Avatar

    sume artis yg masuk mmg best~
    so x kesa spe pun mng..
    but still, i prefer black~~

  8. engku alia Avatar

    tak boleh tgk!!
    internet egypt lembab
    T_T

    1. ariff Avatar
      ariff

      ala.. kesiannye. Tak dengar thru hot.fm ke?

      1. beliamuda Avatar

        patut tgk melalui twitter. apa yg orang tweet pun dah cukup bagus kot. hehe.. (sambil layan lagu tu dalam format mp3) :P
        .-= beliamuda´s last blog ..Keputusan dan Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL 24) Tahun 2010 =-.

  9. Twitter & Anugerah Juara Lagu 24 | blog.ariff…

    Aku tahu sekarang nih semua blogger seMalaysia nak update pasal Anugerah Juara Lagu. Aku tahu Aizat menang Anugerah Juara Lagu 24 dan aku tahu Aizat juga memenangi persembahan terbaik Anugerah Juara Lagu….

  10. Twitter & Anugerah Juara Lagu 24 | blog.ariff…

    Aku tahu sekarang nih semua blogger seMalaysia nak update pasal Anugerah Juara Lagu. Aku tahu Aizat menang Anugerah Juara Lagu 24 dan aku tahu Aizat juga memenangi persembahan terbaik Anugerah Juara Lagu….