Kali ni kita belajar benda yang lagi advance daripada biasa. Berminggu-minggu jugak aku baca sana sini, korek Google Webmaster punya blog semata-mata nak cari sebanyak info yang mungkin tentang Google pagerank ni. Cerita pasal Google Pagerank ni akan berlanjutan sehingga beberapa entri mengikut kesesuaian. Kali ni aku nak cerita pasal aliran Pagerank dalam blog.
Seperti biasa, bila cakap pasal benda Google Pagerank ni takde siapa pun yang betul-betul faham dan tahu macam mana dia berfungsi. Aku explain ni berdasarkan pemahaman aku melalui pembacaan dan kajian selama sebulan lebih daripada sumber-sumber seperti Google Webmaster blog dan blog-blog syarikat yang menyediakan perkhidmatan SEO berbayar. Apa yang aku tulis ni mungkin kurang lengkap dan terbuka kepada info tambahan yang korang tahu asalkan sumber maklumat tu ada kredibiliti dia.
Sila ambil masa untuk fahamkan apa yang aku tulis ni. Ya, aku tau bahasa kelam-kabut sikit tapi aku dah cuba buat yang terbaik untuk memudahkan korang faham.
Berdasarkan gambarajah di atas:
Total links: Jumlah link yang terdapat pada page https://ariffshah.com dan bukan keseluruhan blog. Yang ni link yang korang boleh nampak bila buka url ariffshah.com
Internal links: Link ke page lain dalam domain sendiri. Contohnya: https://ariffshah.com/chat adalah satu internal link.
External links: Link ke page lain, luar daripada doman sendiri.
Ok, kita try analogi macam ni. Katakan domain kita adalah sebuah bank. Pagerank kita adalah jumlah duit dalam bank tu, lagi tinggi pagerank lagi banyak duit. Internal links adalah peminjam yang bagus, yang meminjam duit dan bayar bulan-bulan cukup termasuk interest. Takde late payment. External links adalah peminjam yang langsung tak bayar balik. Kira bank akan hilang terus duit kalau kasi kat peminjam ni.
Bank ni kalau nak kasi pinjam duit, kena kasi semua peminjam sama rata. Kalau banyak peminjam, maka duit yang dia boleh kasi kepada setiap peminjam tu sedikit. Dari sini kita faham bahawa kalau terlalu banyak link kat homepage, maka nilai pagerank yang dipasskan ke external dan internal link menjadi sedikit. Link yang ada rel=”nofollow” tak akan menerima apa-apa dari pagerank kita, jadi kalau korang nak letak Alexa toolbar ke, Google Connect atau apa-apa plugin, eloklah letak nofollow.
Nilai pagerank yang telah dijimatkan tu boleh dimanfaatkan oleh link lain, seperti link ke entri dalam homepage kita. Nilai pagerank yang mengalir ke internal link akan dikitar semula, jadi entri kita dapat manfaat yang besar daripada pagerank tu. Nilai pagerank yang mengalir ke external link adalah seperti baldi berisi air yang bocor. Itu sebab digalakkan untuk bertukar link sesama blogger. Dalam blog.ariff, aku kasi backlink nilai tinggi kepada pengkomen terbanyak (tengok kat sidebar). Kenapa tinggi? Sebab external link aku 10 je (nofollow tidak dikira)
Tapi jangan salah faham pulak sama ada pagerank kita akan berkurangan atau tidak kalau kasi external link. Tak berkurangan sebab external link ni adalah seperti undian kepada site yang dilinkkan, lagi sikit external link, lagi besar nilai undian. Jadi sila jangan jadi kedekut untuk kasi link kepada blogger lain. Pagerank akan berkurang bila page kita pada Google dah tak berguna, contohnya kalau bertahun tak update dan dah takde trafik masuk dari search engine. Walaupun begitu, banyak lagi faktor lain yang boleh menyebabkan pagerank kita turun.
Aku juga pernah baca seelok-eloknya pastikan jumlah link dalam blog atau dalam sesebuah page dihadkan kepada maksimum 100 link sahaja supaya nilai pagerank (dalam bahasa Inggeris dipanggil pagerank juice) tinggi. Lagi satu, kalau page tersebut diindex oleh bot dan spider, tak akan mengambil masa yang lama, jadi cepatlah blog kita diindex oleh Google dan update baru lebih senang masuk dalam Search Engine Results Page (SERP). Untuk Google index page baru (setiap entri adalah satu page baru kepada Google), Google bot perlu ikut (follow) semua link yang ada dalam page tersebut, kecuali link nofollow.
brought to you by
Rumusan
Point penting daripada penerangan panjang lebar aku atas ni antaranya ialah:- Kurangkan link yang tak berguna dalam sesebuah page dengan menambah rel="nofollow" dalam link tersebut, tapi agak kurang manis pulak kalau korang cerita pasal blog lain, bagi link tapi letak nofollow.
- Penggunaan dofollow di bahagian komen digalakkan untuk blogger baru. Kalau kita galakkan orang komen bermaksud kita galakkan orang baca content kita. Kalau blog kita dah dapat banyak komen, seeloknya letak balik nofollow supaya pagerank juice dapat disalurkan ke link lain yang lebih penting.
- Bila kita conserve pagerank juice, nilai pagerank tu tinggi dan dapat membantu internal link blog kita. Kena ingat semakin besar nilai pagerank juice yang internal link kita dapat, semakin bagus ranking dia dalam SERP.
- Untuk pengguna WordPress, gunakan plugin Smart SEO Links supaya internal linking untuk page penting dibuat secara automatik.
- Hadkan jumlah link kepada 100 untuk sesebuah page. Gunakan tools yang terdapat di [sini] untuk mendapat data tentang bilangan link dalam blog korang dan macam2 lagi kegunaan lain (page dalam bahasa Jerman, kalau guna Chrome boleh translate secara automatik)
***
Tutorial aku sekarang semua dah nak masuk yang advance2. Kalau nak tutorial, boleh request melalui formspring aku (subject to kalau aku ada ilmu tentang benda yang korang tanya tu la)

Comments
34 responses to “Tutorial: Aliran Google PageRank di Blog Anda”
jelas skit aku bab dofollow dan nofollow cuma bab nak jgn kasi lebih link je tak berapa jelas…
apa2 pun thanks..bro
[…] tingkatkan lagi kualiti penulisan di blog agar dapat mencapai Page Rank yang lebih baik .Mungkin Tutorial Aliran Google PageRank di Blog Anda ini mampu membantu blog ini mencapai PageRank 2/10 dalam sepanjang misi ini .Dapat lebih tinggi , […]
nasib baik tak terlalu teknikal..apa pun memang best..
tapi kalau ada tutorial yang berbentuk teknikal lagi bagus aku rasa..:D
contoh nak optimize kan template untuk SEO factor..:P
Tak berapa fahamla Bro
Sekarang ni memang tengah menelaah ab PR ni….benada macam senang erk, tapi ada pula rumus2 yang digunakan…info dalam bahasa melayu pun susah nak faham, inikan pula dalam bahasa inggeris…..thanxs bro…memang terbaik lah
ada satu blog aku , setahun lepas PR3 ..tapi turun ke PR0 ..tak tahu lah ape sebabnye…
semoga Blog Ane dapet pagerank. Amiiiieeiiin….
Syukron atas Tutorialnya Kang
info yang bagus.. dua kali aku bace entri tuk bagi paham.. tapi still tak brape paham gak.. huhu.. leh cite detail tak pasal dofollow ngan nofollow tu?
.-= Cerita terbaru MrSup.. Rentak Juara =-.
salam..bagus pendedahan ini teruskan usaha yang bagus sebegini..satu usaha yang mencabar juga kan.kita sama kita belajar n explorer…sy pun newbie bab ni..ok apapun terima kasih afiffshah.com hehe
.-= Cerita terbaru sofieyya.. Resipi Telur Kukus =-.
ada yang paham
ada gak yang tak paham
kena buat ujian kut, baru tau paham ke tak paham
.-= Cerita terbaru klcitizen.. abuya =-.
Haha. Benda ni kalau nak uji tak nampak keberkesanan dia. Kalau faham macam mana dia berfungsi, boleh digunakan untuk kebaikan sendiri.
aku main belasah je berblog ni sebenarnya hehe :)
.-= Cerita terbaru KNizam.. Watch Live Streaming Thomas Cup 2010 Semi Finale – Malaysia vs China + Kenangan Terindah Kemenangan Malaysia di Piala Thomas 1992 ! =-.
hahaha. itulah. aku tengok ko memang sempoi je. but it works. cayalah!
mungkin aku perlu baca banyak kali, sebab aku baca sekali imbas je ni. apa-apa pun aku ingin berterima kasih sebab sediakan tutorial ini. :)
.-= Cerita terbaru mohdisa.. Selamatkan Entri Anda Dengan Google Reader =-.
aku membaca dengan gigih bila balik dari sekolah tadi~
thanks again dak ariff~
.-= Cerita terbaru Lord Zara.. Adamaya Slot Akasia TV3 : Episod Terakhir Disulami Air Mata Dan Senyum Gembira. Pertandingan? =-.
Susah juga nak faham benda ni.
Tutorial yang bernas. Ntah bla nak dapat PR ni.
.-= Cerita terbaru Syafrizal.. Backup blog WordPress anda dengan WP-DB-Backup =-.
kasi backlink kepada pengomen memang bagus idea kau hehe..
memang susah nak jadi pengomen terbanyak+tegar dalam blog ko ni ariff…
.-= Cerita terbaru MC.. Drama Adamaya Dan Kuiz Adamaya Di Facebook. =-.
akan dipraktikkan dengan bangga (??)
.-= Cerita terbaru joegrimjow.. Akhirnya judi di halalkan =-.
hoh~ mmg advance!
agak blur2 bce tutorial ni
nak bce sekali lagi
xphm nnt tepek soklan kt formspring bro~
.-= Cerita terbaru Kie-yu.. Entri Berbau Wang. Gambar separa lucah. – Episod 2 =-.
kena baca betul2 baru boleh paham ni..btw..thnx..semakin pro ko dengan google ni
.-= Cerita terbaru aizuddin.. Sambutan Hari Belia Negara 2010 =-.
ini something new kepada aku..menarik!
thanks bro, ulaskan dalam bahasa yang mudah difahami..
kalau english aku slow skit..heeh :)
Kalu tak belajar mana nak pandai. Tak faham, kena gak baca berkali-kali. Lagipun ilmu memang untuk dikongsi, kan? thanks.
.-= Cerita terbaru azieazah.. Belajar Menoreh: Sebuah Entri dari Arkib Lama… =-.
terimakasih ariff
selalu ikuti tutorial ariff dr awal..
kadang kecewa juga baca komen
dia org tak faham…
kena balik baca dari basic..ckelas ni dah nak sem 3 dah..hehe
.-= Cerita terbaru Kujie.. Siapa tahu nama makanan ini? =-.
aku tak faham la bro…susah jg benda ni
.-= Cerita terbaru iddin.. KENAPA AKU MENOLAK PELAWAAN JOIN BLOGGER GATHERING OLEH NUFFNANGS =-.
Hm.. Benda ni memang advance. Nak explain lagi pun macam susah je. Cuba ikut apa yang aku dah rumuskan tu je la. Yang atas2 tu memang teknikal habis.
2 kali aku baca baru faham sikit2~
tapi takpe, aku memang banyak belajar dari kau pun.
ada je blogger yg kalau tulis, tak nak letak link, sebab takut trafik dia lari kat orang lain~
sigh~
.-= Cerita terbaru Lord Zara.. Esok Kalau Lupa Bawa Buku, Sila Pakai Kain, Rotan Di Hadapan Dan Menari Zapin Di Tapak Perhimpunan =-.
thanx for the info! membantu utk blogger yg baru cm chybee yg still takde pagerank :D
No problem. Anyway, nice blog u have there!
thanx! br je berjinak2 dlm blog ni sebenanyer :D
thanx for the nasihat also! :D
.-= Cerita terbaru chybee.. chybee (Sun, 09 May 2010 21:26:03) =-.
bookmarked.. thanks..
akan dikaji dalam masa terdekat.. =P
.-= Cerita terbaru menteil.. Merton the Chatroulette Piano Guy =-.
ni sorg agi yg hebat.. asek mengkaji aje kejenya :P hahaha.. nice tip ariff
.-= Cerita terbaru syahirul.. Senarai anime yang hadir dalam hidupku =-.
wow.. info yang ‘juicy’.. aku rasa ni 1st tips pasal ni dalam bahasa melayu..
.-= Cerita terbaru tubelawak.. video cara menyusukan anak dengan betul =-.
tertarik. tapi bila baca lame2 memang eyka pening! haih
.-= Cerita terbaru eykameow.. aku di cemburui ramai . kenapa!! =-.