Tutorial Cara Memasang Innity InText Ads

Reading Time: < 1 minute

Ramai blogger yang dah berdaftar dengan Innity Ads Network gagal memasang InText Ads. InText Ads akan memaparkan iklan Cost Per Engagement (CPE) dan Cost Per Clik (CPC) yang mahal harganya. Dengan hanya beberapa klik atau engagement daripada pembaca, cukup untuk memberikan revenue yang lumayan untuk hari tersebut. Selain itu, InText ads tidak memerlukan impression yang banyak untuk menjana pendapatan kerana cara kiraannya adalah 100% bergantung kepada unique IP dari asia tenggara yang klik dan menunggu sehingga iklan telah sepenuhnya dipaparkan. Boleh kata separuh daripada pendapatan blog.ariff adalah datangnya dari Innity InText ads.

Kod InText Ads (diambil dari Innity Advenue) hendaklah dipasang di dalam content.php atau content-default.php di dalam string div class="entry-content full-content" (bergantung kepada theme anda)

Seterusnya, cara nak call ads tu supaya keluar dalam entri kita adalah dengan menggunakan span id="advenueINTEXT“. Jangan lupa untuk tutup command tu. Ads akan keluar berdasarkan keyword, tapi kalau keyword tak kena InText ads masih tetap akan keluar.

Dan akhir sekali inilah hasilnya. Dalam kes aku, keyword tak kena jadi InText ads akan keluar dihujung atau permulaan di mana command span itu diletakkan.

Nak tips lagi? Ni mahal sikit. Siapa tak baca memang rugi. Kalau nak tingkatkan lagi kebarangkalian orang untuk klik dan engage dengan InText ads kita, letakkan InText ads ini bersama-sama link di dalam entri anda. Pembaca akan klik link tersebut dan berkemungkinan besar mereka akan klik iklan Innity ads anda.

Semoga korang dapat lagi banyak revenue dengan tutorial nih. Kalau tutorial ni menolong, sila la reTweet. Untuk tips lain, boleh check out Tips Berblogging


Posted

in

by

Comments

32 responses to “Tutorial Cara Memasang Innity InText Ads”

  1. HazIssac Avatar

    yang blogspot nak panggil dia keluar camna plak? ada ikut innity punya pdf bg, tapi x berapa paham la yg in text ads tu bro.. letak script in text tu dekat mana? dkt body or dekat dalam post?

  2. amnan Avatar

    salam arif… saya ni baru lagi guna innity… saya nk tanya apa perbezaan antara intext dengan text link advertisement ek?? kurang fahm lg la… diharap sdi memberi penjelasan… terima kasih :)

    1. ariff Avatar

      intext ni berdasarkan keyword yang ada, text link pulak link biasa ikut text diorang.

      1. amnan Avatar

        oh… thanx…. lagi satu nk tnye… cara pasang intext ads ikot tutorial yg ko wat dlm BI yg gne widget 2 boleh lagi x?? sbb sy pnye themes agk plik sket…

  3. Saya ingin Bertanya Avatar
    Saya ingin Bertanya

    Encik Ariff macam mana nak letak In Text dekat Platfom Blogspot.

  4. shira shafrida Avatar

    innity tuh apa yek? tak berapa fahamlah..

    jemputlah baca entri baru, ia ttg kecantikan wanita..Kecantikan Luar Biasa yang Tiruan, Akhirnya Menjerat Diri.. Ingin Salahkan Siapa?? di shirashafrida.blogspot.com

  5. GC Avatar

    tak faham lah

  6. aibaks Avatar

    nak gak innity tuh.. huhu..

  7. suesofieyya Avatar

    salam..

    bagus blog ni byk info dan tutorial yg akak dpt belajar dari sini pasal seo,pagerank,iklan inntiny..terjumpa blog ni tp sblm ni pun byk terjumpa kt pakcik google..hebat blog ni..teruskan dan tahniah..teruskan usaha yg baik ini..ok

  8. Meow Avatar

    erm, betul bagus lah bro ni, banyak yang aku tak tahu ni…kena explorer lagi blog ni…
    thanks
    .-= Cerita terbaru Meow.. Kontest Teka Tajuk Drama Ezy4u.Org =-.

  9. cikmin Avatar

    salam ..maaf cikmin banyak tanya ye..untuk tips yg last sekali tu..’letakkan in text ads ini bersama-sama link entry anda’ Link yang dimaksudkan tu Link apa ye?
    .-= Cerita terbaru cikmin.. Bihun Sup Tulang =-.

  10. qimie Avatar

    guna plug in post layout boleh tak bro?
    .-= Cerita terbaru qimie.. Tips Bercermin Gelap =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Plug in post layout camne eh?
      Kurang faham

      1. blogresipi Avatar

        Letak pakai plugin adman pun boleh rasanya.copy dan paste in-text ads code. memang keluar untuk dell sebab dell tak kisah sangat keywords.
        .-= Cerita terbaru blogresipi.. Eggless Chocolate Cake Trifle =-.

  11. cikmin Avatar

    salam ariff..cikmin still blur nak pasang ni..kalau pakai plug in quick adsense tu boleh ke?

  12. aried Avatar
    aried

    salam,
    betul tu ariff
    aried punye blog dapat buffered xputus2, seriously,
    dari 1st time dapat(dalam 1bulan dngn nuffnang) smpai le skrg.
    earning nuffnang mmg masyuk!! kawan2 yg nk bljar sal nuffnang leh ke blog aried ini, http://mathsensei.blogspot.com/ bukan nk promote ye ariff, just nk share ilmu yg ada ngan shbat kat luar sana.

    Tapi sebab rasa ingin mencuba, aried try innity. memang earning masyuk… tapi nuffnang tarik blik gelihat membership kemudian SEPARUH DARIPADA BUFFERED EARNING KENA POTONG!!! banyak tu ariff, memang sedey gak la, tapi biar je la kan…

    walaubagaimanapun, blog aried masih lagi dapat campaign buffered ini walaupun dah letak innity dalam blog.hehehhe.. maybe nuffnang suka blog aried kot… so, kawan-kawan yang nk bljar tips2 sal nuffnang ni boleh ke blog aried… hope dapat membantu shabat semua ya.hehheh
    .-= Cerita terbaru aried.. Tips Membuat Artikel untuk Traffik Mantap! =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Kan dah cakap da dulu, kalau ada buffered jangan kacau dia. Biar tunggu semua metered baru boleh try lain.
      Contoh paling bagus, tengok blog kak jie. Dulu dia pun guna Innity tapi pindah balik masuk Nuffnang.

      Tapi terpulanglah. Mungkin aried lebih tahu pasal blog aried. Apa-apa pun all the best. Dapat earning banyak buat
      la competition ;)

      1. aried Avatar
        aried

        aried baru baca lepas dah kena potong
        hahha,lmbat skit je,rugi gak la,
        hahhaa,
        tapi alhamdulillah,skrg earning dah ok

        1. ariff Avatar
          ariff

          Reveal la sket dapat berapa =)

  13. Marvin Lee Avatar

    Too bad I’m not qualified for Innity yet, but when I do, I’ll surely implement your tips. :)
    .-= Cerita terbaru Marvin Lee.. How to download, save and play facebook video =-.

  14. tekkaus Avatar

    I am no using innity so no comment here. :)

  15. mohdisa Avatar

    perlukah aku memasukkan innity kedalam blog aku? kena pk dahulu ni. hehe

  16. Lord Zara Avatar

    aku skang ada satu yg buffered~
    cam tedi gak, maybe aku nak tunggu dia metered~
    sebab dah lama sangat dah dorang tak tambah buffered pada aku~
    aritu bagi buffered sampai enam, la ni, ada satu je~

    kalau aku nak pakai innity, nanti tolong aku ya dak ariff?
    hehehe~
    .-= Cerita terbaru Lord Zara.. Bulan Merah Memang Panas! Cikgu, Saya Mahu Suntikan Dari Cikgu Sebab Cikgu Nampak Menggoda. Hari Ini Saya Sakit Sini (Sambil Tunjuk Jantung) =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      No problem je. haha~
      Wah. Sampai 6 buffered. Memang masyuk camtu.

  17. Eldy Avatar

    innity lwn nuff siapa menang ? ada try innity (sehari ^^) tapi selalu keluar bar hijau zzz ~
    .-= Cerita terbaru Eldy.. Hari # 3 – promosi blog post =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Entah. Takde siapa menang kot. Cuma kalau Innity, dah approve je memang dapat terus segala kempen buffered earning.
      Kalau Nuffnang kena tunggu mereka approve dulu, blog mana dapat, blog mana yang tak.
      Itu part yang mengecewakan.

  18. tED| Avatar

    belum tuko innity lagi bro..

    buffered ade lom meter lagi doh..

    he he he he

    nanti kalau aku dah tuko leh aku selak2 blog kau!

    TQ so much!
    .-= Cerita terbaru tED|.. MIsTerI MesIn BasUh ruMah akU TerUnGKaI…. =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Ada buffered jangan kacau. Biar setia dengan Nuffnang. Bila dah metered lepas tu lama Nuffnang tak nak kasi buffered baru try mintak Innity sebab
      kalau macam tu dah membazir trafik pulak.

      Apa-apa pun pendapatan berblogging ni ada naik turun dia. Kejap banyak, kejap sikit. Kalau nak pendapatan tetap, kena kerja la.

      1. Rara Avatar

        Boleh tolong ajar I camana nak pasang tak? Please emel me, thanks :))

  19. Tutorial Cara Memasang Innity InText Ads | blog.ariff…

    Ramai blogger yang dah berdaftar dengan Innity Ads Network gagal memasang InText Ads. InText Ads akan memaparkan iklan Cost Per Engagement (CPE) dan Cost Per Clik (CPC) yang mahal harganya….