Cara Membuat Tuntutan Insuran Kereta Akibat Kemalangan

Mungkin semua dah tau cara nak claim kad perubatan tapi bila berlaku kemalangan, tak tau nak buat apa supaya dapat buat claim daripada insuran kereta.

Di sini, saya ingin berkongsi cara-cara nak claim insuran kereta akibat daripada kemalangan sebab baru je buat claim untuk kereta wife yang accident minggu lepas.

Waktu Kemalangan Berlaku

 

IMG_4937.JPG

Jangan panik. Determine kesalahan siapa. Dalam kes wife, salah dia. Bahagian bumper depan belah kiri kemek sebab terlanggar teksi besi buruk non-roadworthy di depannya. Scrap car policy perlu ada kat Malaysia ni supaya kenderaan yang dah uzur tak wujud atas jalanraya ni. Membahayakan orang lain.

Teksi tu takde apa sangat, bagi RM30, terus diam apek tu. Kadang-kadang rasa macam apek tu sengaja nak buat orang terlanggar kereta buruk dia.

Disebabkan salah sendiri, jadi saya ceritakan berdasarkan macam mana nak claim untuk insuran sendiri.

Report Polis

Bila dah settle on-site, pergi buat report polis terus. Report ni kena buat kat balai polis trafik kawasan tu. So kena call dulu mana-mana balai polis untuk mengetahui mana balai polis trafik kawasan tempat kemalangan tersebut.

Report polis mestilah dilakukan dalam masa 24 jam semasa kemalangan berlaku. Lepas buat report polis, tunggu untuk polis trafik ambil gambar. Lepas ambil gambar, next day boleh pick up gambar daripada balai polis trafik tadi. Report polis yang original dan gambar perlu ada untuk urusan claim.

Claim

Dokumen yang diperlukan masa claim:

  1. IC pemilik kereta
  2. Geran kereta yang dikemaskini, maksudnya yang dah renew roadtax la. Kalau renew online, memang takde kemaskini. Tak boleh. Kena bawak pergi ke Pejabat Pos untuk kemaskini
  3. Polisi insuran
  4. IC pemandu yang kemalangan
  5. Lesen pemandu yang kemalangan
  6. Report berserta gambar yang original daripada polis

Kalau nama pemandu tiada dalam polisi insuran, kena bayar RM400 untuk buat claim. Mana-mana insuran pun sama. Jadi kalau suami beli kereta, letaklah nama isteri dalam polisi insuran.

Buatlah claim di authorized dealer kereta tersebut. Kalau nak claim, biar claim habis-habisan sebab lepas claim NCD dah habis. Next year renew insuran kena bayar full. Pastikan amaun repair yang nak dituntut tu melebihi NCD yang dapat dijimatkan. Contoh, kalau takde NCD kena bayar RM1,400 instead of RM700 untuk renew insuran, claim yang dibuat tu mestilah dalam RM2000 dan ke atas. Barulah berbaloi.

Repair

Tengok accident serius ke tak. Kalau setakat bumper rosak, sehari dua siap. Walaupun begitu, kena tunggu supaya adjuster daripada pihak insuran akan datang dan buat inspection. Lepas adjuster datang, kena tunggu approval daripada syarikat insuran untuk approve repair cost. Bila semua dah approve, baru kerja baikpulih boleh dilakukan.

Minimum seminggu jugaklah kena tinggalkan kereta kat bengkel.

***

Jadi itulah sedikit sebanyak cara nak buat claim daripada insuran kereta berdasarkan pengalaman saya. Siapa ada info lain boleh tambah kat ruangan komen.

Leceh jugak sebab melibatkan banyak pihak. Tapi sebab nak jimatkan duit punya pasal kan.

19 Comments

  • mis n

    22 December, 2014 at 11:57 pm

    Sy br mengalami kemalangan yg melibatkan 6buah kereta..sy merupakan kereta ke3..dlm kes seperti ini, sape yg harus claim insuran sape..ms buat report pihak polis ade mengatekan bhw kenderaan yg akhir skali yg akan cover kesemua kereta yg rosak..tp it depends on pihak insurans..keputusan kes msh blum dpt sbb belum kesemua pemilik kenderaan yg terlibat membuat report..hanya separuh sahaja yg br buat report..sy risau memikirkan hal ini..

  • feerdaus

    22 December, 2014 at 3:40 pm

    Kalau kita eksiden terbabas sbb hari hujan. Pastu trlanggar kereta yg parking dpn kedai kt tepi jalan. Terus kena sekali pagar kedai tu. Kereta tu bleh claim atas insurans kita. Tp kedai tu macamana? Pagar dia pn perlu dibaiki.

    • Ariff

      22 December, 2014 at 5:10 pm

      adoi. Teknikal sangat soalan ni. Kalau macam ni kena tanya pihak polis / syarikat insuran kereta.

      Walaupun saya penasihat Takaful, tapi bab insuran kereta ni tau perkara basic je

  • adi85

    24 November, 2014 at 5:56 pm

    sy bru lpas buat riport kemalangan kereta dengan binatang khinzir melintas so nk elak dari pakai duit sendiri repair bumper pecah,lampu retak macam x padan tp kereta baru 1thun lebih baru.. agaknya boleh dapat clim x..?

  • rahimah

    11 November, 2014 at 6:36 am

    Dulu kerja saya bahagian accident claim. Sebenarnya kalau kita tak salah , claim insuran dgn insuran company kita ambil pun boleh, NCB pun tak affected.Itu di panggil ODKFK Claim.Ia memudahkan pelanggan supaya tak perlu claim dgn insuran pihak ke tiga yang langgar kita sebab ada special agreement between insurance companies. Kalau kita yang salah dan tak report sebab takut NCB hilang pun kalau 3rd party buat claim agains insurance company dia sendiri ,NCB kita akan hilang juga sebab insurance company dia akan hantar surat pada insurance company kita pula. Insurance claim tak susah sebenarnya sebab workshop, adjuster pun process guna online juga.

    • Ariff

      8 November, 2014 at 7:03 am

      Tak pasti pulak.

      Kalau ikut logik, orang yang bersalah tak boleh claim insuran kita. Kita boleh claim insuran dia. Jadi kalau insuran kita tak kacau, NCB kita pun tak kacaulah

  • Nadira

    6 November, 2014 at 9:45 pm

    Banyak betul condition & procedure. So actually tak kisah la salah sape, salah orang or salah kita pun entitle claim jugak lah atau ada different amount?

    • Ariff

      6 November, 2014 at 11:10 pm

      Kalau salah orang, kita boleh claim insuran orang tu. Amaun sama je, based on repair.

      Cuma kalau salah orang, lagi leceh kalau tak silap. Kena tunggu report daripada pihak dia pulak. Yang ni saya tak habis interview polis dan orang workshop hari tu, jadi tak dapat nak explain prosedur dia macam mana.

  • Qider

    6 November, 2014 at 5:12 pm

    Sebelum kawen dulu pernah la accident depan pintu masuk TPM dengan housemate. Sudahla kali pertama bawa kereta, kali pertama kemalangan, lintang pukang semua..Panik.

    Tapi lepas itu memang lesson learnt.

  • Raihanah Ahmad

    6 November, 2014 at 10:24 am

    saya ada pengalaman tercium keter time nak keluar parking. kebetulan owner rupanya ada kat depan tu. tapi cium tu takde tanda langsung pun tp yang dia minta smp rm500 ganti rugi. saya apa lagi suruh sama2 gi balai polis. nampaklah dia dah takut. sebab dia parking pun salah dah.