
Dua tahun sekali tukar theme. Oklah tu. Invest sikit. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Theme kali ni nampak bersih dan kacak.
Objektif saya tukar ni adalah untuk mendapatkan fungsi Responsive Web Design untuk blog ni. Responsive ni bermaksud kalau buka blog ni dalam apa-apa gadget sekali pun (dari skrin kecil hinggalah besar), rupa blog tetap kacak.
Dulu orang guna plugin mobile device, tapi sebab cara pengaturcaraan dan penulisan code untuk laman web sekarang dah semakin maju, tak perlu dah plugin tu. Blog ni sendiri boleh menyesuaikan diri dengan saiz paparan yang anda gunakan. Canggih!
Saya beli theme ni RM140 je. A small investment untuk penggunaan 2-3 tahun lagi. Nak ajak blogger WordPress lain tukar theme sekali. Buang theme lama yang bukan Responsive. Boleh beli kat ThemeForest sebab kat sini ada lebih daripada 600 theme WordPress.
Suka beli kat sini sebab developer semua bekerja keras untuk hasilkan theme terbaik! Jadi pembeli yang untung sebab theme yang dihasilkan berkualiti tinggi dan banyak features. Lebih 2 bulan jugak la mencari theme baru.
Terima kasih kepada semua yang setia dengan saya =)

Comments
40 responses to “Tukar Theme Lagi”
dah berwajah baru…beli theme baru mau nak terbeliak mata dengan harga RM140..
cantik yng baru ni, bersih, boleh cuba juga ni.
saya nak tukar, theme jugak responsive, tp xder yg mc theme blog saya, camner tuh
menarik juga theme ni.. cepat jer loading..
aku pun nak tukar theme. theme blog yang guna ni dah 14tahun dah guna. ok, tipu. hahaha!
tapi, memang dah boringlah. Perlu tukar dengan segera
Tukar2. make sure responsive
Hang tukar sendiri ke? Patutlah nak masuk tak boleh tempoh hari. hehehe
Aku berkenan yang lama. Tapi yang ni pun segak. Hahaha
Yang lama tu lebih personal, I know.
Tapi kena berubah. Tukar konsep
Saya pun selalu juga tukar theme blog, tetapi sekarang ni stay dengan theme sedia ada sebab theme tesebut juga mempunyai ciri responsif.. :)
simple n nice…
Cantik themes ni… tapi header sebelum ni nampak gak sikit..
btw, apa sebab pemilihan themes ni? mungkin boleh buat next entri pula ye :-)
Theme yang smart,berbaloi jugak keluarkan duit beli theme baru ni
Cantik dan kemas theme ni bro. sekarang ni memang kena cari theme yang responsive je. ramai dah online secara mobile.
Cool… kalau letak gambar naik Harley Davidson pun menarik bro…
Banyak developer sudah menghasilkan Responsive Theme supaya compatible dengan skrin gajet.
peh RM140… x sanggup kwn nak beli hehehe
Tahniah pindah rumah baru (boley ke kata cenggitu) ekkeke
Terima kasih Zerous
Tahniah pindah rumah baru (boley ke kata cenggitu) ekkeke
theme yg simple. tp header tu kosong lak.
Header tu jap lagi nak buat.
sekadar guna responsive theme yang free. tapi ada gak beli theme & premium plugin kat themeforest. memang terbaik produk diorang.
Mana-mana boleh asalkan responsive
hoho..masih rindu yang lama. Tapi aku rasa yang ni pun dah ok.
Yang lama pun best tapi biasalah, kena ada perubahan dari masa ke semasa
Assalammualikum.. bro ariffshah,
tema menarik.. tema lama cun yg ini lagi cun,,,x hilang identiti xper..janji terbaik bro..
mselim3
pls: senang datang dan komen disini…
Thanks mselim3
theme yang saya guna sekarang pun beli kat themeforest. cuma developer tak update lagi utk support responsive.
premium theme memang mahal bagi sesetengah org, tp support dari developer tu yg kita nak. tak pening kalau ada problem kat theme.
Kena minta dia update cepat2
wah smart gak tema ni…kemas dan nampak blog lelaki…
Thanks Faizal
eh nampaknya silap..genesis…salah plak.ahaha
memang responsive..:) setakat ni masih puas hati dgn thesis..murah pun murah..senang nak manage..:)
$87. Batuk. Luar bajet. hehe.
pernah beli theme dari themeforest tapi silap pilih kerana penjual tu menghasilkan theme yang bermasalah, berlaku ketidaksesuaian pada sesetengah ketetapan (mungkin juga prob dr segi setting hosting sebab bila test pd hosting lain ok pula).
apa yang pasti themeforest punya koleksi memang mengancam jiwa dan rasa…hehe
Saya pilih theme yang ratingnya 5 star je. Itu pun pikir beribu kali sebelum buat keputusan. Harap developer ni ok
kepelikan jap, pada form komen takde pula minta twithandle tapi lepas komen muncul pula dengan sendirinya…magic ni…hehe
haha. yang tu tak pasti kenapa
Mula-mula masuk tadi ingatkan Saudara Eizil yang buat theme ni tapi lepas dah baca baru tahu ni theme beli.. hehe nampak lebih kurang sama sentuhannya
Kemas dan bersih :) Nice
Mula-mula ingat nak minta dia edit theme lama, tapi lepas tu fikir elok beli baru je.