Bagaimana Menukar Nama Page Facebook Yang Melebihi 200 Fans Dengan Percuma

Reading Time: 3 minutes

ariff shah facebook page

Cuba kasi Like sikit

Benda ni boleh buat percuma, semua orang boleh buat dan tak memerlukan skill istimewa. Semoga dapat membantu mereka yang mempunyai page Facebook tapi nak rebranding kepada yang lain dan nak jimatkan duit daripada bayar ‘pakar-pakar’ di luar sana.

Sedikit info. Bagi page yang dah melebihi 200 fans, tak boleh dah tukar nama page. Kena hantar permohonan pada Facebook dan tunggu kelulusan daripada mereka.

Syarat-syaratnya:

1) Page belum pernah tukar nama.

2) Branding lebih kurang, contoh dalam hal saya, saya tukarkan page blog.ariff kepada Ariff Shah.

3) Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Facebook. Yang tu korang baca sendirilah nanti.

Cara-caranya:

1) ZenMate. ZenMate adalah sebuah perkhidmatan VPN, percuma setakat ini sebab baru launch. Nak cerita teknikal ni susah, jadi senang cerita, kalau guna VPN ni lokasi IP korang. Dengan ZenMate, boleh tipu lokasi supaya nampak macam korang kat US. Gunakan Chrome dan download ZenMate sekarang. Install dan register macam biasa.

2) Untuk menghantar permohonan rasmi, setakat ni hanya boleh dilakukan oleh pengguna Facebook yang berada di US. Itu sebabnya kita guna aplikasi ZenMate tadi.

3) Bila dah install dan register, logout Facebook.

4) Restart Google Chrome, pilih lokasi US dalam aplikasi ZenMate.

zenmate-location

5) Log in Facebook. Pergi ke Page Info pada page Facebook anda. Kat name tu, ada butang edit. Tekan dan akan nampak butang Request Change. Kalau tak nampak, maksudnya page tu pernah bertukar nama atau Facebook masih nampak IP anda bukan di US atau nasib korang memang tak baik.

6) Tekan butang Request Change.

tukar nama facebook page

7) Baca guideline kasi faham. Salah buat apa-apa nanti page kena delete pada muka!

tukar nama page facebook

8) Nyatakan page asalnya berkaitan apa.

tukar nama page facebook-2

9) Nyatakan sebab.

tukar nama page facebook-3

10) Lampirkan dokumen berkaitan. Saya bagi bill Maxis cukup.

11) Kalau Mark Zuckerberg berpuas hati, dalam masa sehari dapat result seperti di bawah. Mark siap call saya lagi cakap apesal tak Whatsapp dia je kalau nak tukar nama page ni. hadoi..

tukar nama page facebook -3

12) Kalau tak lepas jugak buat sendiri, pergilah cari ‘pakar-pakar’ di luar sana yang guna method yang sama macam ni. Kalau method lain tu saya tak taulah, yang saya tau method ni legal. Bukan main tipu (kecuali part IP atas tu :p)

 13) Share entri ni supaya orang lain tak membazir duit bayar orang lain untuk buatkan. Bukan nak attack sesiapa, tapi come on la. Benda simple macam ni pun nak jual tutorial. Haiyaaaa..

Kalau nak follow, atas risiko sendiri ya. Saya tak bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian. Hidup ni memang berisiko. Nak buat macam mana kan. Itu sebabnya orang ambil Takaful.

Tapi dalam hal Facebook page ni, takde jaminan la step ni berjaya. Cuma step ni paling hampir kepada step yang sah di sisi undang-undang Facebook.

Terima kasih kerana membaca. Semoga berjaya.


Posted

in

by

Comments

24 responses to “Bagaimana Menukar Nama Page Facebook Yang Melebihi 200 Fans Dengan Percuma”

  1. hannan rifqi Avatar

    emm..

    macam tu rupanya.

    dah tak susah dah berbanding dulu nampaknya ni.

  2. kakipromo Avatar

    thanks bro, tips yang berguna

  3. Kereta Sewa Selangor & KL Avatar

    Nice tips sebenarnya x susah pon nak buat kalu tau jalannya.

  4. nasslimdiet2 Avatar

    ada jumpa servis tukar nama page kat fb. upah rm100. nak buat sendiri takut silap buat. hihi

  5. Siti Avatar

    Tip yang bagus. Ingat tahun lepas saya nak tukar nama page…tunggu sampai ke USA baru tukar nama. Sebab tak pandai nak guna VPN bagai..

  6. ata Avatar

    Awat tukar Ariff, nama page tu? Nampak cam dah sangat blend nama tu dgn page Ariff..

    1. Ariff Avatar

      Brand expansion dan brand protection.

      Nama Ariff Shah lebih dikenali berbanding blog.ariff

  7. akubiomed Avatar

    Trik yang berguna untuk mereka untuk menukar nama page bagi tujuan tertentu.

  8. Afiq Avatar

    Haha bagus perkongsian ni. Maka marah habislah “pakar-pakar” tukar nama fanpage tu :P

    1. Ariff Avatar

      Tak perlu marah. Kebanyakannya pun tiru mana-mana source yang memang free sharing. Orang ramai tak jumpa je.

      Rindu zaman free tutorial yang berlambak dulu.

  9. FLAVA PICTURES Avatar

    nama kena lebih kurang sama.

    tapi ada page yang nama lain, tukar nama lain dan padam semua post. page ratus ribu likes. memang sedap buat viralkan content.

  10. siti hazreen Avatar

    tips yang sangat berguna, terima kasih ;)

  11. Jie Susanos Avatar

    kmah2..buat masa ni tak nak tkar lagi..simpan dlu entry ni,bila2 bleh guna..cara tukarnya mmg simple.. untung la org jual tutorial ni

  12. Nurul Huda Avatar

    Perkongsian menarik.. Kena save betul-betul panduan ini.

  13. TarmiziShukri Avatar

    Thanks bro, saya tukar pukul 10 pagi tadi, tengok2 pukul 12 page dah tukar nama.

    Takda bil utiliti & phone, so guna invoice dari pihak hosting.

  14. Mak Jemah Jual Vitamin Avatar

    info berguna, selama ni memang tertanya-tanya juga camana nak tukar, dan biasanya klau nak tukar kena updah..tq atas perkongsian

  15. Kereta Sewa Shah Alam Avatar

    Info yang terbaik. Dari dulu terfikir camne cara nak tukar nama page.

    Kalau nak amik khidmat yg pakar2 ni semua harga mahal.

    Terima kasih utk info berguna ni. :)

  16. Vimax Malaysia Original Avatar

    thanks info ini sngt berguna

  17. ezuddin Avatar

    Setuju.. Takkan sikit2 nak beli tutorial.. Ada perkara just boleh dikongsi bersama. Btw, tq

  18. Fendy Avatar

    Terima kasih untuk tutorial ni. Memang ada nampak orang jual tutorial di tempat lain. Hasil usaha masing-masing.

  19. Zehn Ali Avatar

    Fuhh..ada harapan jugak nak tukar nama fanpage…hahaha
    Dulu ada orng offer tapi mahal sangat.. baik buat fanpage baru..puas hai..

  20. ohcikgu Avatar

    okeh.

    dah ambil takaful dahh.

    :)

  21. Hanafi Abdullah Avatar

    lama juga tak guna Facebook page..

  22. Muaz Avatar

    Terima kasih atas tunjuk ajar.
    Dah macam tutorial dah entri ini kan.