Treat List Ariff Shah Tahun 2010 & 1000USD Sebulan?

Reading Time: 2 minutes

Benda-benda yang akan buat poket aku bocor tahun ni.

Lens Nikon 35mm f/1.8

Nilah kegilaan hobi Photography ni. Tangkap gambar xdelah lawa sangat, tapi sibuk nak beli equipment. Harap-harap aku dapat jual lens Nikon 18-55 mm VR aku kat orang Russia atau ada siapa-siapa nak? Tapi kena tunggu aku balik Malaysia dulu la.

Motor Yamaha LC 135

Beli Yamaha LC135 ni lagilah kopak aku macam ni. Tak confirm lagi, mungkin cari yang cc rendah sikit. Dah pindah bandar ni memang susah xde transport dan aku pun xboleh duduk rumah diam-diam. Habislah gemuk nanti kalau tak keluar rumah. Ada motor ni bolehla merempit jalan-jalan pergi sana sini. Kamera DSLR dah ada, jadi macam-macam tempat aku boleh pergi untuk tangkap gambar.

Tapi.. mungkin tak jadi. Takpe, yang tu kita tunggu dan lihat je. Time will tell =)

Lagi? Takkan dua je? Aku sendiri tak tau. Bila dah single macam ni, aku rasa masa nilah nak simpan duit balik. Jangan main-main, bila dapat biasiswa tetap macam ni kalau tak belanja langsung memang berpuluh-puluh ribu dah dalam bank tu. Aku dah pernah nampak dengan mata kepala aku sendiri, tapi tulah kehidupan masing-masing. Sendiri yang tentukan macam mana nak hidup dan nak belanja.

Bercakap pasal duit ni, ada pula kata carian Google ‘elaun mara 1000 USD’ sesat masuk blog ni. Aku nak tergelak pun ada gak, takdenya sampai 1000 USD aku dapat kat sini. Kalau 1000 USD, kalau 1000 USD…. (berangan jap..) Banyak dol 1000 USD tu. Jap, budak-budak Thailand yang belajar kat sini dapat 1200 USD. hahaha. Kaya tu.. Pergi jadi orang Thailand lepas tu belajar pandai-pandai kalau nak. Tidak, tak sampai 1000 USD pelajar tajaan MARA mahupun JPA dapat kat Moscow yang tercinta ni. Konon-konon cakap Moscow bandar paling mahal dalam dunia, tapi student Malaysia tempat lain dapat lebih pula. Aku pun tak faham, kena pergi tanya pakar ekonomi.

Ohh.. aku dah mengarut panjang.. Jadi ni planning aku, kalau nak beli benda mahal tahun ni beli lens Nikon 35mm tu ngan motor Yamaha LC135 je. Lain-lain no, tidak sama sekali. Harap takde setan-setan yang hasut aku suruh beli benda lain.

Ariff Shah: Ada peningkatan sikit dalam blog ni. Tunggu entri 100 Hari Blog.ariff. Terima kasih banyak-banyak kepada semua subscriber, follower, commentator, pembaca setia, gay melayu, fan (ada ke?) dan orang yang lalu lalang.


Posted

in

by

Comments

27 responses to “Treat List Ariff Shah Tahun 2010 & 1000USD Sebulan?”

  1. asyrafi 94 kelantan Avatar
    asyrafi 94 kelantan

    huhu.. aq pun nak beli LC gak bru nak tepah sok…ahahaha (takbur)

  2. Sairil Avatar
    Sairil

    bape rega nikon d90 kat sane?

    1. ariff Avatar
      ariff

      Mahal sangat bro kat sana. 20-30% lebih mahal. Kalau barang-barang elektronik, kat Russia memang mahal

  3. zuls Avatar

    wah! semoga dapat semua tu… :) 1000USD MARA? huhu… 8 tahun dulu bawah MARA lepas tu tukar biasiswa lain .. terpaksa tak cukup duit..
    .-= zuls´s last blog ..ChurpChurp Bagi Duit Twitter =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Boleh tukar-tukar biasiswa pulak dulu ye? Best betul.

      Selamat datang ke blog.ariff =)

  4. zihnun fatin Avatar
    zihnun fatin

    beli arif jgn tak beli..hahaha.;p
    .-= zihnun fatin´s last blog ..Permulaan Tahun 2010 Dicemari Maksiat =-.

  5. loq Avatar

    aik sana pun famous LC? hope dapat beli lens tu.Boleh tambah skill ko menembak.hehe
    .-= loq´s last blog ..Loqnerd.com Kini Bersama Fivio Hosting =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      haha. Adik aku dah lama guna. Dia rekomen LC.

  6. suraya Avatar

    sy xde dslr lg tp da sound bf awl2 nnt hntaran kena ada dslr~ ngahaha~

  7. pja Avatar

    dahsyat2 wishlist;p semoga terkota tak lama lagi….

    1. ariff Avatar
      ariff

      Ye. Harap-harap begitulah.
      Terima kasih kerana sudi baca =)

  8. Amir F Avatar

    Oh aku nak jual Yamaha aku. Ko nak beli?

    Yamaha E313

    :b
    .-= Amir F´s last blog ..Input dan Perencatan Output =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Yamaha yang tu aku rasa dzula minat. Hahaha..

      Tak sangka lak ko ada.

  9. syahmiafnan889 Avatar

    Beli2.. Belilah 35mm!
    .-= syahmiafnan889´s last blog ..vokabre: =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Ko beli nikon. hahahahahaha..

  10. missiesya Avatar

    peh..banyak gak duit yg u nk belnja tu..huhu.money2!!berbinau mata aku kalu ak kat tmpat ko..huhu..xsangup kuar duit ..hehe.hajah bakhil

    1. ariff Avatar
      ariff

      Hm.. Nak buat macam mana.. Motor tu dah memang keperluan. Lens tu, hehehe.. mainan. Biasalah, orang lelaki masing-masing ada mainan mereka.

      Bagus. Simpan duit banyak-banyak. Jangan boros.

  11. hazwan Avatar

    yamaha LC aku dah ade……
    kamera je xde lg…..
    dok oversea keje la…
    ramai member2 ak keje…….

    1. ariff Avatar
      ariff

      Kat sini untuk kerja adalah mustahil/tak boleh kecuali kalau kerja dengan orang Malaysia. Susah susah..

  12. naim Avatar

    ha..jaga-jaga nafsu membeli belah arif..silap2,melayang duit ko bli barang lain.haha
    .-= naim´s last blog ..Celaka!!Budak Sekolah Hina Solat?(Siap Gambar) =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Itulah. Tahun ni kena kawal sikit nafsu. Nak simpan duit banyak-banyak.

  13. dilot Avatar

    makin mantap seyh blog ni…selamat tahun baru utk ko ariff

    1. ariff Avatar
      ariff

      Eh biase je. Takde mantap mana lagi.

      Selamat Tahun Baru 2010. Semoga mendapat lebih banyak kejayaan pada 2010.

  14. arnamee Avatar

    Salam ariff. Wah, daku juga mahu dslr- belanje leh?;p
    Makin popular dah, tak terlmbat nk ucap tahniah kot sempena menang tagline aritu.
    Lepas ni,kena hati2 sebb blog awak akn lebih diperhati, oleh silent readers ;p

    1. ariff Avatar
      ariff

      Belanja? Tak mampu la nak belanja mahal-mahal camtu.
      Thank you la. Tak sangka tagline tu terpilih. Hm. Silent readers tu.. Itulah. Kena lebih berhati-hati lepas ni.

  15. sharinginfoz Avatar
    sharinginfoz

    selamat tahun baru……..

    Gula Naik 20 sen

    Jom Gunting Rambut

  16. Treat List Ariff Shah Tahun 2010 & 1000USD Sebulan? | blog.ariff…

    Benda-benda yang akan buat poket aku bocor tahun ni….