
Segalanya berkaitan travel blog cara Ariff Shah.
Objektif.
1. Sharing on the spot supaya tak lupa. Bila share on the spot, feeling berada di tempat tu masih ada. Dengan ini diharapkan pengalaman berada di tempat tersebut dapat dirasai oleh pembaca yang datang dari seluruh dunia.
2. Untuk mengurangkan blogpost bertangguh. Katakan kita nak update pasal satu tempat, tapi masa jalan-jalan kita pergi banyak tempat. Kalau banyak tempat nak cerita, last-last nanti banyak blogpost yang sepatutnya dikeluarkan jadi sedikit sebab kita dah kumpulkan dalam satu blogpost.
Alah.. macam korang tengok Harry Potter la. Siapa yang baca buku mesti tau banyak yang diorang tak masukkan dalam movie. Buku yang ada banyak siri lagi best nak baca daripada movie yang dah compress macam-macam.
3. Malam penat nak update selepas seharian berjalan-jalan. Terus terang, malam rasa macam nak tido je. Bukan nak update blog.
Bagaimana?
1. Internet. Disebabkan saya melancong ke negara maju, internet tak jadi masalah. Kat Jepun saya sewa mobile wifi dengan kelajuan LTE 72 mbps pada harga RM200+ untuk 11 hari. Ada tempat laju, ada tempat tak laju tapi still ok. Setiap hostel yang saya tinggal ada wifi percuma.
2. Saya guna iPhone 5S untuk majoriti live update. Dalam shinkansen boleh update, dalam bas boleh update, masa berjalan pun boleh update. Anywhere. Apps yang digunakan adalah WordPress dan Afterlight untuk tangkap gambar dan edit. 80% daripada update yang dikeluarkan di blog ini dan kedua-dua blogpost di Denai.my (Halal Kyoto dan Halal Kansai Airport) dihasilkan menggunakan iPhone 5S.
Point saya di sini bukan gadget yang penting, tapi skill anda memanfaatkan gadget yang ada dalam tangan anda.
3. Bateri. Saya ada powerbank 20,000 mAh yang biasanya digunakan sampai at least 50% dalam sehari, tapi tak pernah habis. Saya ada back up powerbank 10,000 mAh lagi. Terus terang, 20,000 mAh pun cukup dah untuk iPhone, iPad Air, Samsung Galaxy Note 2 dan modem mobile wifi tadi. Itu pun tak habis digunakan.
4. Macbook Pro. Perlu ke? Kalau ikutkan, iPhone dah cukup sebab boleh kurangkan berat beg yang dibawa. Jadi, tak perlu. Tapi kalau nak bawa, suka hati.
5. Kayu selfie. Penting kalau nak tangkap gambar dengan pasangan anda sambil berlatarbelakangkan pemandangan yang cantik, tapi skil menggunakan kayu selfie ni penting jugak supaya tak nampak batang kayu tu dalam gambar. Buat rosak gambar je kalau nampak kayu tu.
6. Blogpost. Saya cuba masukkan gambar menarik yang diedit cantik berserta caption untuk setiap gambar. Kesilapan paling utama adalah tak set saiz gambar kepada saiz yang sesuai untuk blog, itu sebabnya penggunaan bandwidth menigkat sampai terpaksa top up dua kali.
7. Social post. Saya gunakan plugin Sharing (Jetpack) & Social Network Auto Poster supaya setiap blogpost terus diposkan di wall Facebook profile, page dan Twitter. Kalau buat manual, memang takde masa.
Ini travel blogging cara saya la. Mungkin orang lain ada cara tersendiri. Apa-apa pun, Jepun tak habis pusing lagi. Hopefully next year pergi lagi?

Comments
25 responses to “Travel Blog Cara Ariff Shah”
boleh ke update blog pakai phone if pakai wordpress?
Boleh. Ada app untuk update.
Tupaqq….baca blog juga yea..hehe
Terima kasih Ariff Shah atas perkongsian.
Sangat bermanfaat bagi Asyraf yang baru nak mula menulis Blog Travel. :)
good sharing and info. Thanks
Bagus sharing post ni.berguna utk travel.tahun depan
Tq arif
wah,,,tips yang bagus ni. cuma tang power bank, alahai malass betul nak bawak..hu
Saya akan mulakan dengan social post :) Manual ni banyak kerja betul TQ2
selalu update blog pakai tab. anyway thanks for sharing the ideas.
Jemput singgah blog kami
Tak sangka boleh update blog pakai iphone
Selama ni nak update mesti pakai laptop
Nampaknya kena labur sikit lepas ni
Baru senang nak blogging. On the go sana sini
info menarik. yg penting kalau travel wajib ada powerbank..
Sharing on the spot tu saya setuju,kalau tidak sampai ke sudah tak tertulis..macam saya..haiihhhh
suka tengok travel blog en ariff…gambar-gambar pun menarik
share on the spot..pendek2 pun ok dah, janji bleh update banyak kali :)
Pendek dan panjang pun ada kesan jangka panjang juga.
Mungkin ada mudarat jangka masa panjang pada SEO
Kalau ambil kira trafik dari google. Penting nak jaga tu
menarik tips ni. saya selalu travel balik baru update. what a waste.
Afterlight apps eh. ok, kejap lagi saya install.
Kalau berjalan dengan family agak payah juga aku untuk liveupdate.kena memantau anak terlebih dahulu
Saya selalu tulis bila dah balik hotel. :) Sebab… masa dlm train atau bas tu memang nak tengok betul-betul tempat yang dilawati.
Ya cepat-cepat merekodkan perjalanan. Kalau tak rakam short video mengenai tempat yang dikunjungi. Perlu peka dengan landmark.
Seronok tu… tak termelancong betul2 lagi ni… tips yang best.. tapi kena beli power bank dulu.. hehe
ringkas dan padat…best!
Seronok baca travel post gaya Ariff. Mudah faham dan tidak terlalu panjang.
bab gambar tu memang penting gak. salah setting, memang merana gak dibuatnya smapai kena topup bandwidth. haha..
Topup bandwith memang tak berbaloi kalau ada orang hot linking gambar dari blog kita.
Lebih lebih lagi kalau saiz gamabr lupa compress. besar