Baru-baru ni berlaku satu lagi trajedi pengeboman di Russia, kali ini lapangan terbang utama Russia Domodedovo Airport pula yang dibom. Untuk pengetahuan semua, kebanyakan atau hampir semua penerbangan ke Asia berlepas dari lapangan terbang ini.
Basically apa yang berlaku ialah pengebom berani mati tu mensasarkan kawasan yang paling kurang mendapat perhatian pihak keselamatan iaitu dewan ketibaan. Selama ni majoriti pasukan keselamatan di lapangan terbang menitikberatkan keselamatan di pintu masuk lapangan terbang sebab takut pengebom dapat naik atas kapal terbang tapi lupa yang pengebom juga boeh menjadikan dewan ketibaan yang sesak dengan ramai orang sebagai sasaran pengeboman. Kalau sesiapa pernah baca The CIA Book of Dirty Tricks atau buku-buku seumpamanya, korang pasti akan dapat belajar bagaimana dengan mudah seseorang yang tidak ada kaitan langsung boleh menyusup masuk melalui pintu di dewan ketibaan lapangan terbang dan mencuri bagasi atau melakukan apa sahaja di dewan ketibaan, terutamanya di tempat tuntutan bagasi.
Kawasan tu memang paling kurang diberi perhatian oleh pihak keselamatan lapangan terbang, bukan sahaja di Russia malah di mana-mana sahaja. Sebagai contoh, kat LCCT, pintu di balai ketibaan tu dikawal oleh beberapa anggota polis, tapi kat dalam tu ada kaunter jualan tiket bas yang beroperasi di LCCT. Bagi alasan kat pegawai polis tu untuk pergi ke kaunter tersebut dan confirm dia kasi lepas tanpa apa-apa pemeriksaan. Kelemahan ni bukan sahaja terdapat di lapangan terbang di Russia, malah di serata dunia. Tiada kawalan ketat yang menghalang untuk orang lain daripada masuk semula ke arrival hall.
Apa yang bagus pasal insiden ni adalah kawalan keselamatan kat lapangan terbang dan tempat awam terutamanya di bandar Moscow ni diperketatkan berkali-kali ganda. Kepada yang fliying in/out sekarang, lapangan terbang adalah tempat yang paling selamat untuk anda berada. Serius. Jadi kepada student Malaysia yang baru nak terbang pergi bercuti ke Eropah atau mana-mana sahaja, relax je.. Jangan buat benda yang mencurigakan kat airport sudah. Tak pasal-pasal kena tahan nanti.
Pengeboman macam ni boleh berlaku kat mana-mana sahaja, termasuklah Malaysia. Kena ingat, negara berjiran dengan kita pun popular jugak dengan kes pengeboban dulu, antaranya ialah yang berlaku pada tahun 2003. Sekarang cuba kira berapa ratus ribu rakyat mereka di negara kita.. Cuma yelah, dalam hal ni Russia sedang berdepan dengan banyak masalah (sejak dulu lagi) dan memang semua orang sedia maklum risiko bila dihantar belajar ke negara ni atau negara-negara yang sewaktu dengannya. Jadi pergilah mana-mana pun, takde tempat yang selamat. Kalau kat US, mereka runtuhkan sendiri WTC tu, lagilah teruk..
Aku tak cakap yang aku ni dah cukup amalan untuk menghadapi mati, tapi bila dah tinggal kat negara orang yang tak menentu tahap keselamatan dia, bila dah berjauhan dengan keluarga dan tanah air, hati ni jadi kering. Dah macam tak kisah. Mati tu pun adalah sesuatu yang tak boleh dielakkan. Walaupun badan sihat, pergi gym buat bench press 30kg sebelah sekali pun, kalau esok dah tertulis akan mati, maka matilah kita. Perasaan takut mati ni, janganlah sampai menghalang kita untuk meneruskan aktiviti harian kita. Kadang aku rimas gak kalau orang macam risau sangat pasal bom-bom ni semua. Kalau ikutkan sangat risau tu, memang tiap hari tak pergi class la sebab takut ada orang nak letupkan bom dalam metro.
The point here is, God has already laid certain things in your life. Some are already figured out and the rest of it depends on you to make it worth living. Find happiness as much as you can and believe that it is there for you. You just have to strive for it and grab it while it is available.
To those out there worrying to much, please don’t worry. We’re fine.

Comments
18 responses to “Tragedi Pengeboman Di Lapangan Terbang Domodedovo”
bila jadi camni salunya org islam yg akan dipersalahkan..
apa agaknya yg difikirkan oleh pengebom berani mati ni ya??? Ni bukan cara Islam kalau orang Islam yg buat tetapi aku rasa ini adalah cara musuh Islam nak letak blame kepada Islam.
erm…bila baca tentang cite ni terus rasa seram sejuk..nak pegi xnak..nak pegi xnak..dan xkan mengalah sebelum berjuang..moscow wait 4 me..huhu
aku paham sangat dengan situasi korang kat sana. mmg mengejutkan. lepas ni makin ketat la langkah keselamatan. kat islamabad ni dah lama dah non-ticket holder xleh masuk dlm lobby airport. even kat arrival hall pun ada army jaga
Bahaya betul tggl kat Russia ni…korang kat sana x takut ke
pergh.. hati kering siot..
haha~
pengebom yang macam ni la memburukan nama sesetengah pihak.. apa yang sebenarnya berlaku itu kita tak tahu, tapi yang penting, pihak rusia perlu kaji tahap keselamata ditempat kurang tumpuan..
huh !gilelah, bahaya kot,
sini bom kat church..dah ah tgh merussuh
btw..kalo terminal egypt air..memang takleh masuk langsung..kena ada tiket baru bleh masuk..which is dari segi keselamatan bagusla kan
Salam.
Harap-harap jangan jadi Kat Malaysia dah ler….
risau juga kalau kalau berlaku kat malaysia mengenangkan ramai lambakan pendatang asing kat negara ni..
Mati…yup mati adalah pasti,cuma masa,tenmpat dan bagaimana je yang tak pasti.
p/s: Teringat citer P Ramlee…”mati dalam imannnnn…” hehehe
ko bila nak terbang balik ke sini? Ali corner dah rindu kat kot
Wish you guys baik-baik saja di sana.. (>_<)
sebelum ni tak dan lagi nak mengomen bagai..
selalu je datang jadi silent reader je…
tapi mengulas tentang pengeboman tu..
kita hanya mampu mengutuk je.. ahaks….
hmm..kalau ahli keluarga sendiri ada kat sana..mau tak mau tetap risau jugak..moga selamat semuanya..
he..he.. risau gak. baru je antar hubby ke KLIA airport pagi tadi.
kes train kena bom kat rusia kelmarin dah buat saya kalut contact cousin kat sana. betul tu, kat m’sia ni pun macam2 tragedi berlaku.
mintak2 x jadi la kat malaysia
Terkini : Cara Mengesan Lelaki Itu Teruna Atau Tidak