Touch n Go

Reading Time: < 1 minute

Kalaulah saya boss kepada syarikat pemegang konsesi toll di lebuhraya, saya akan fire semua toll gate operator dan gantikan mereka dengan mesin pembaca kad Touch n Go. Kenapa?

Mudah je. Menjimatkan kos daripada menggajikan pekerja setiap bulan. Dahlah kena bayar gaji, caruman KWSP lagi termasuklah elaun dan mungkin bonus. Bila kos dah dijimatkan, keuntungan dapat dimaksimakan.

Lagipun guna Touch n Go ni lagi cepat dan mudah. Tak payah nak tunggu pemandu hulur duit, lepas tu toll operator kena kasi duit baki lagi. Lembab.

Nak galakkan lebih ramai pemandu gunakan Touch n Go? Senang je. Bagi diskaun 10 – 15% untuk semua pengguna Touch n Go di lebuhraya. Dalam masa 3 bulan kempen ni, bilangan pengguna Touch n Go boleh bertambah sehingga dua kali ganda. Pasang banner besar-besar di setiap pintu gerbang toll menghebahkan tentang promosi ini.

Lagi best, buat diskaun tadi tetap untuk semua pengguna Touch n Go sebab awal-awal tadi kos pekerja (penjaga toll) tadi dah dihapuskan.

Sekadar idea melalui pemerhatian.


Posted

in

by

Comments

45 responses to “Touch n Go”

  1. sha Avatar

    kita kena realistik. kat malaysia ni bukan aje ada pemandu yg muda belia yg guna highway tapi juga ada pemandu yg dah tua dan tak berapa suka dgn teknologi,

    nak top up kredit lah ….nak ingat bape balance kad touch n go tu lah, so a bit menyusahkan utk golongan pakcik yg tak berapa reti nak guna dan nak topap.

    my 2cent opinion je k

  2. AtokPantera Avatar
    AtokPantera

    pernah g sngapore kat sane 99% gne kad instead of manual. rahsianye? mmg kat sana sapa guna kad dpat diskaun. + teksi bas sume gune kad yg same. so mmg sume org nk murah so sume pkai kad. snang je method die sbenanye

  3. sha myheart Avatar

    Kadang-kala, ada juga terfikir macam tu. Tapi nak hapuskan semua pekerja tol, rasanya macam kurang efektif pula. Resit tol kena ada kalau nak claim apa-apa.

    Tak semua orang reti guna touch and go ni, kena ada sikit promosi tunjuk ajar cara nak guna. *Teringat dulu, kereta kat depan tu India, dia tak reti nak guna touch and go, duk cucuk-cucuk macam mesin ATM pula. Lama juga la. Kawan saya yang memandu tu dah cakap tapi tak faham-faham jugak. Kelakar pun ada. Haha~

  4. Sobri Mansor Avatar

    TnG penting dan memudahkan kerja terutama di waktu puncak. Waktu ni la semua orang nak cepat2 sampai ke destinasi. Pada yang tak suka nak beratur panjang TnG adalah penyelesaian. Tapi kena fikir juga pada mereka yang bergantung kepada resit bayaran tol contohnya untuk claim perjalanan ke site. Ada sesetengah majikan tidak mengambil kira penggunaan TnG dan lebih kepada bukti pembayaran melalui resit bayaran tol.

    1. akubiomed Avatar

      Masih boleh dapat resit untuk T&G dengan berdaftar secara online. Majikan saya menerima bil yang dicetak dari laman T&G e-statement. Pelanggan cuma perlu berdaftar baru boleh mengunakan perkhidmatan ini.

  5. fiffy syafiqa hazirah Avatar

    susah gak kalau xde yg manual punya.sebab 1 case aku penah x sedar kredit tng aku habis n scan xleh. n i have to reverse my car (malu gila) n pergi ke cash punya.

    n memalukan, penah 1 day tu aku x sedar aku termasuk ke lorong smart padahal aku nak scan tng je. sekali dah scan baru perasan aku kat SMART punya lorong. kene reverse gak. dammn!

  6. Rakan Blog Avatar

    Kesian diorg takde keje bro…..jemput join…
    RakanBlog . Meningkatkan trafik dan follower blog .Rangkaian bloggers Malaysia.

  7. Ekspresi Ruang Avatar

    setuju.
    mmg perlu buat mcm tu dr dulu lg.
    tp dr segi nk buang semua pekerja yg sediada tu mcm kejam sgt kot.
    lgpon org perlu ada gk utk selia TnG ni.
    xsmo org yg pakai TnG ni ‘pandai’.
    ada gk yg menyusahkan org lain cm bateri SmartTag dh abes, apatah lagi kalau kredit TnG xcukop.

  8. noorsyamsul Avatar

    aku setuju dengan bro. tapi tak perlulah pecat semua. lagi satu kenalah pelbanyakkan toll gate yang guna TnG & smart tag ni. sekarang ni klu ada 5 toll gate, hanya 1 atau 2 je TnG. yang lain tunai. cuba tukar 4 TnG dan 1 tunai. confirm semua orang akan guna TnG sebab tak nak beratur panjang…

  9. ann Avatar

    Oh lepas ni, anak biniku nak makan apa? Kata si penjaga tol.

    Kalau semua benda diautomated kan, makin bertambahlah orang tak berpendidikan tinggi yang mengganggur, maka makin bertambah jugaklah orang yang jadikan pengemis sebagai kerjaya. Kemiskinan menjadi-jadi, rakyat pun bertambah ramai. Ye la, sebab dah takde benda lain nak buat, beranak ajelah. hehe

    Plus minus, banyak positif banyak lagi negatif. So ada baiknya kekalkan sistem sedia ada.

  10. Juan Avatar

    saya pengguna tetap tol, hari hari lalu, tp TnG ni penggunaan bagi saya adalah 50%

  11. faizfakhirin Avatar

    Passtu unemployment meningkat…pastu inflasi ngn unemployment xbalance…then GDP jadi tidak menunjukkan situasi negara sebenar…after that, bank terpaksa naikkan interest untung mengelakkan risiko…hahhaha….

    semua kena diambil kira sebelum implement teknologi..

  12. wazy Avatar

    Sesekali je guna Touch N Go ni

  13. semut Avatar

    kalo pecat diorang x da keja mereka nanti.. tinggal kad touch n go masalah juga..

  14. Eswahyudi Avatar

    Saya tak paham apa itu touch and Go hehehe

  15. fiq09 Avatar

    maybe ada kelebihan.. tapi gua tak pernah guna

    1. faizfakhirin Avatar

      duk area jauh kee…

  16. Nurul Avatar

    Sokong…. Tapi nurul bukan pengguna jalan raya yg guna tol…hehehe :-)

  17. kak dila Avatar

    kalau akak jadi kerajaan jangan kata org tol….dengan kabin2 tol’nya sekali akak mansuhkan…..ahahahaha…..tapi sebenarnya org tol amat berguna dari mesin …sebab kalo tak tahu jalan diorang boleh kasi tunjuk…..org tol kerja baik2 yer….jangan terasa sangat dengan entry ni…..hahahaha

  18. Ahmad Hati Avatar

    Walaupun dah buat diskaun 5 % bagi pengunaan Rm100 pun ramai tak guna Touch n GO

  19. ejam Avatar

    cuma nak berkongsi pengalaman memandangkan aku pernah bekerja sebagai penyelia plaza tol.

    sistem Touch n Go dan Smart Tag memang tidak boleh “diharapkan” sangat kerana sesuatu yang melibatkan sistem adalah tidak dijamin boleh bekerjasama dalam memberikan khidmat terbaik, pasti ada yang kurang dan akan bermasalah. Oleh itu sumber dan cara manual adalah masih perlu.

    sistem manual tidak perlu diupdate sepanjang masa, tapi sistem touch n go perlu, sekiranya terjadi masalah pada rangkaian maka masalah besar pasti akan terjadi dan kerugian akan lebih besar lagi.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Itu problem kat malaysia ni Ejam. Automated system kita tak memudahkan sebaliknya kadang2 menyusahkan. 2020 lagi 8 tahun, problem macam ni patutnya dah lama dihapuskan. Takkan la jadi bila dah negara maju nanti, still ada problem network macam ni. Negara maju lain (Sg/Aus) semua guna automated system.

      1. Amir Said Avatar

        Tol kat Aussie canggih la. lalu je kat highway, dorang scan dan sampai bil kat rumah. (kalau tak salah la)

        1. akubiomed Avatar

          Kawan saya yang pernah tinggal di UK pun kata disana sistem tol sama yang digunakan di Australia. Pemandu hanya perlu lalu pondok tol dan bil akan sampai ke rumah.

  20. MK Kimi Avatar

    bagus dan tidak bagus. bagus sbb boleh cut kos dan taklah sesak tlalu lama kat tol. tak bagus sbb nnt bdk2 yg xda kelulusan tinggi xda keje nak buat even nk topup kt TnG pon kena ada operator.

  21. titan Avatar

    susah woo. aku lebih suka bayar guna duit. tak suka guna touch n go. tak leh borak dengan awek-awek cunnn..

  22. nursarah Avatar

    kalau fire semua kesian lak, depa nak keja apa lak pasni. muahaha

  23. Shahrul Avatar

    idea yang bernas…memang boleh diguna pakai

  24. Lawrence Vision Avatar

    Bila buat macam ini akan bertambahlah pengangguran sebab peluang pekerjaan semakin berkurangan. so kena fikir balik.

  25. hisham Avatar

    tambahan sekarang gaji minimum pekerja swasta akan ditingkatkan….

  26. Naziman Avatar

    betul tu (padahal saya sendiri takda touch n go). saya sokong juga tu. sekarang ni, mykad boleh jadi touch n go. top-up touch n go pun ada d mana-mana. orang yang jarang jalan tu, top-up ja di mykad kat mana2 stesen minyak pun boleh. jadi sebenarnya, touch n go boleh di wajibkan. sokong2..:)

  27. alan Avatar
    alan

    utk corporate social responsibilities kena bg peluang pekerjaan dkt orang tempatan

  28. Umar Faruq Avatar

    Haha.. Idea yang menarik tapi kalau touch n go tu rosak jenuh pulak nak cari pekerja tol dalam masa terdekat sebab semua pekerjaan jurutol dah dimansuhkan..

  29. muazfaris Avatar

    agak2 nya kerajaan akan dengar tak luahan hati ni..hehe..

  30. nizam Avatar

    idea yang bernas tapi kena perhalusi lagi…. rata2 pemegang smart tag & touch n go… tiba2 bila tak cukup baki dah kena pegi ke tol cara manual pulak…

  31. idasm Avatar

    setuju jugak tu sebab akak mmg pengguna touch n go yg tegar.. hehe…
    tp ada kawan kata sistem kat spore lebih bagus…

  32. Anarm Avatar

    nanti tak dapat laa nk ngorat awek2 jaga tol..

  33. Khai Avatar

    1. Tak releven pada makcik pakcik di kampung. Mereka lebih selesa dengan cara lama biarpun mereka tahu teknologi baru lebih memudahkan.

    2. Ramai yang tidak berkelayakan hilang peluang pekerjaan.

    3. Elok kekalkan. Biar pengguna pilih cara apa yang mereka mahu. Nak cepat guna smart tag. Nak cepat tapi leceh nak kena buka tingkap, guna Touch n Go dan kalau nak buang duit syiling dalam kereta, pergilah lorong belah kiri. hehehee..

    Aku juga rasa kempen 3 bulan untuk rakyat malaysia tak mencukupi. Nak mendidik rakyat Malaysia, perlukan masa lebih dari 3 bulan. Mungkin 3 tahun atau 30 tahun untuk semua rakyat Malaysia memiliki TnG sendiri. Ngehngeh.

    1. akubiomed Avatar

      Ada betul juga pendapat bro kerana kita perlu lihat semua segi sebelum memansuhkan pengutip tol kerana perlu ambil kira semua golongan. Apa yang ada sekarang memberi pilihan kepada pengguna samada untuk membayar tol secara manual, T&G atau Smart Tag.

  34. eyriqazz Avatar

    On the other way around, kenapa pengguna lebih suka gunakan tunai :

    http://www.eyriqazz.com/2012/02/kenapa-pengguna-lebih-suka-gunakan.html

  35. azmanisma Avatar

    Bernas gak tu…tapi peluang pekerjaan kureng ler pulak.

  36. AyongQiela Avatar

    agree! senang skit. takyah beratur lama2. elakkan jammed satu hal lg.

  37. riffzam Avatar

    setuju. betul juga tu. pakai touch n go sgt mudah. jimat masa. tak payah lah nak kelam kabut nak kira duit utk bayar tol bagai. sangat mudah dgn touch n go. tapi masih yg tak gunakannya. tak lah mahal, cuma jumlah yg kecil tapi kekal dlm jangka masa yg panjang. kalau ada duit lebih beli lah smart tag. sbb lorong touch n go skrg pun dah kena beratur memanjang. :)

    *buang sistem jurutol memang terbaik, dan buang terus sistem lebuhraya bertol mungkin pun bagus juga kan? hehe. :) *

  38. izwanyusof Avatar

    guna smart tag pn satu kelebihan. cuma kena jaga jarak. kalau nak guna T&G, tempat topup kena banyak. kalau leh hapuskan caj RM 0.50 masa topup..

  39. Kodet Froyo Avatar

    Kalau tertinggal kad touch N Go di rumah maknanya tak boleh masuk tol?