Tadi jumpa client takaful yang berminat tentang pasaran saham. Sambil-sambil sign borang, sempatlah bersembang pasal property investment dan saham. Saya ni nak cakap pakar tu takdelah, tapi kalau setakat nak kongsi pengalaman daripada masa mula main saham dan property sebagai fresh graduate tu bolehlah. Seronok bercerita dengan orang muda yang ada minat yang sama.
Oleh sebab itu, saya sambung sikit lagi cerita pasal saham dalam blog ni.
Kalau dah cukup lama dalam pasaran, anda mungkin akan dengar pasal senarai RHB 30 Small Cap Jewels yang dikeluarkan setiap tahun. Senarai ini merupakan senarai syarikat yang pada analisis dan kajian RHB mempunyai potensi yang cukup tinggi untuk berkembang dan memberikan pulangan tinggi kepada pelabur.
Senarai macam ni memudahkan pelabur baru sebab RHB dah buat kajian yang mendalam terhadap syarikat-syarikat ini. Biasanya company yang tersenarai di sini akan mengalami kenaikan minimum 10% setahun. Untuk senarai 2013, 50% daripada syarikat yang tersenarai mencapai target ini.
Berdasarkan prestasi daripada Ogos 2013 – Jun 2014, ini adalah top 10 syarikat yang tersenarai berdasarkan prestasi adalah seperti berikut:
Berdasarkan performance top 10 company ni, you get the idea lah syarikat yang tersenarai dalam ni bagus ke tak.
Untuk RHB Top 30 Small Cap Jewels 2014, senarai company dah dimasukkan dalam watchlist ni. From time to time, silalah refer senarai ni untuk prestasi semasa dan mungkin untuk buying opportunity.
6 Comments
siti hazreen
2 June, 2014 at 6:35 pmTeringin jugak nak cuba ;)
brohantu
1 June, 2014 at 5:53 pmsaya ada saham nak jual, tapi sijil dah hilang. Macam mana nak buat kalau mahu jual?
Ariff
1 June, 2014 at 9:16 pmKena cari balik no. akaun CDS. Ada no. akaun tu boleh check dan buat urusan jual/beli melalui mana-mana broker
brohantu
1 June, 2014 at 10:24 pmterima kasih atas info… Rasa saya ada no akaun cds tertulis kat voucher payment tahunan
Ammar
1 June, 2014 at 5:13 pmMacam mana nak main saham ya? Mula-mula nak daftar tu. Kena pergi kat mana? Modal berapa untuk permulaan?
Ariff
1 June, 2014 at 5:26 pmDaftar untuk buka akaun boleh tengok senarai broker kat sini http://klse.i3investor.com/jsp/hti/brokers.jsp