Tips WordPress Untuk Newbie

Semalam aku start revamp habis-habisan blog ni. Bermula dengan update ke WordPress 3.1 disebabkan menunggu update yang stabil untuk theme Platform Pro ni. Sebagai pengguna WordPress biasa, banyak sangat benda yang aku tak mahir lagi. Kerja-kerja macam ni kalau dapat kat sifu-sifu seperti Amanz atau Mr. Kay, aku yakin mereka tak akan menghadapi apa-apa masalah. Apa yang aku belajar selama 12 jam ini:

  • CSS, lagi dan lagi. Benda ni masih baru untuk aku, mula dari sifar tapi setakat ni banyak dah yang aku belajar.
  • WordPress caching dan cara nak set up plugin caching. Aku sarankan supaya korang gunakan Hyper Cache plugin atau W3, tapi Hyper Cache paling senang dan paling laju.
  • Kalau ada 500 internal server error masa install caching plugin baru, sila masuk ke plugin folder melaui ftp dan rename atau delete terus plugin terakhir yang baru sahaja diinstal tadi.
  • Kalau cara tadi tak berhasil, cari file .htaccess dalam server dan pastekan code ni ke dalam file tersebut. Padamkan apa-apa sahaja yang ada sebelum ni dalam file tu.

    # BEGIN WordPress

    RewriteEngine On
    RewriteBase /
    RewriteCond %{REQUEST_FILENAME} !-f
    RewriteCond %{REQUEST_FILENAME} !-d
    RewriteRule . /index.php [L]

    # END WordPress

  • Back up database sebelum update WordPress.
  • Deactivate theme yang digunakan dan guna default theme dalam WordPress bila nak update.
  • Optimize database dan drop table yang dah tak guna hasil daripada plugin yang pernah digunakan sebelum ni.
  • Delete plugin yang tak digunakan lagi.

Aku juga telah dapat meminimakan penggunaan plugin untuk WordPress ni. Sekarang terdapat 12 plugin yang aktif dalam WordPress ni:

  • All in One SEO Pack
  • CommentLuv
  • Google Analytics for WordPress
  • Google XML Sitemaps
  • Growmap Anti Spambot
  • SEO Smart Links
  • Smart Sharing
  • Subscribe to Comments
  • Twitter for WordPress
  • Widget Logic
  • WordPress Popular Posts
  • WP-DBManager

3 jenis CDN provider aku telah cuba iaitu Amazon CloudFront, Rackspace Cloud Files dan MaxCDN. Semuanya dipasang menggunakan plugin W3TC. W3 Total Cache plugin ni agak leceh kepada pengguna baru, jadi kalau nak caching plugin paling senang gunakan Hyper Cache. Senarai anggaran kos untuk CDN tu semua:

  • Amazon CloudFront + S3 ~ $5-15 sebulan
  • Rackspace Cloud Files ~ $5~15 sebulan
  • MaxCDN 1TB untuk setahun (setelah 25% off dengan kupon ‘wpbeginner’) = $29.90 / $2.5 sebulan

Bila ada kemudahan yang menjadikan blog ni laju, boleh la sumbat macam-macam lagi tanpa rasa bersalah. hehe..

Selain tu aku baru tukar layout Facebook fan box. Kemas habis kan Facebook fan box tu? Nampak bersih je tanpa warna biru Facebook yang membosankan tu. Dah lama sebenarnya nak buat benda ni, tapi takde masa. Dalam 24 jam aku habiskan masa untuk coding, aku rasa nak buat benda ni yang paling susah. Daripada malam semalam 4-5 jam sambung pagi tadi lagi 4-5 jam, adalah dalam 10 jam habis hadap coding untuk Facebook fanbox ni sahaja. Tutorial? Macam malas nak buat tapi kalau ada orang nak aku buatkan untuk blog diorang boleh je, harga boleh runding. hehe..

Buat sementara waktu ni, tahan jelah dengan warna oren ni ya. Pada aku buruk tu takdelah, cuma sesetengah orang tak biasa dengan warna oren ni. Aku memang fail bila sampai bab nak pilih warna, nak cakap buta warna tak pulak. Tapi warna ni memang tak kekal, tunggu masa jelah nak tukar. Kalau ada cadangan warna yang sesuai, ok gak. Banyak lagi benda nak buat untuk blog ni, harap dapat disiapkan secepat mungkin.

Thanks to Piratz, Dr. Azam, Fazreen, Knizam, Fashalolo, Izzat Ruslan, Nelly andย Nasih Saifullah for the timely reply in Twitter. Appreciate it.


Posted

in

by

Comments

37 responses to “Tips WordPress Untuk Newbie”

  1. prepaidboy Avatar

    Plugin untuk comment box yg mcm kat page ni apa?

    1. ariff Avatar
      ariff

      tak pakai plugin. memang ada dalam theme dah.

  2. cik tom Avatar

    baru berjinak dengan wordpress…tp xfaham pe pun entry ni….byk kena belajr…bookmark utk future..huhu..thanks ariff

  3. Syazwan Sarawak Avatar
    Syazwan Sarawak

    thanks for the tips bro ;)

  4. nasslimdiet2 Avatar

    aku memang tak faham langsung benda-benda camni. camna la nak belajar ni. huhuhu

  5. Fazreen Avatar

    Cuba tukar background light sket..then link tkr kaler dark-grey blue..aku pun xtau nak cakap..hehe..

  6. ahmadhaikal Avatar

    arghhh, pening bila baca. banyak lagi yang tak tahu rupanya. haha..

  7. shah Avatar

    klo guna blogspot, boleh guna x theme nih?? cite sket bro….

  8. abangensem Avatar

    Apasal aku tak faham langsung cerita dalam entri ni??

    1. ariff Avatar
      ariff

      haha.. takpe2. Bro tak payah pening2..

  9. MuJE Avatar

    sampai sekarang aku tak reti nak pakai plugin cache sume tu..huhu

  10. paeh Avatar

    nice ariff. warna oren ok apa. Widget Logic ni utk apa… yang smart sharing benda yg kat tepi ni kan

    1. syahrilhafiz Avatar

      aku rasa la kan
      macam widget context la..kan3..ariff ooi..haha

      1. Affan Ruslan Avatar

        haah. boleh setkan die muncul kat mana, nak hide kat mana widget tu

  11. aman Avatar

    plugin-plugin tue, banyak lagi leh dikurangkan, dengan integrate terus kat theme. ;)

    1. ariff Avatar
      ariff

      oh. kasi contoh sket boss..

    2. Fazreen Avatar

      setuju cakap amanz..

  12. DaHLia Avatar

    hoh..blur serta merta bila baca :D
    anyway, bookmark this untuk rujukan masa depan..
    mana tau ada niat untuk beralih arah :D

  13. tarmizishukri Avatar

    aku baru je siap buat layout fanpage macam tu. Tak mandi lagi dari pagi..haha. thanks sebab bagi idea untuk fanpage tu :)

    1. ariff Avatar
      ariff

      hebat2.. commentbox tu kalau dapat seragamkan dengan background blog mesti lagi lawa

  14. mak lagenda Avatar

    oren2 pun comei pe..mak pun belajar, belajar dah akan terus belajar ttg wordpress ni!

  15. syahrilhafiz Avatar

    widget logic macam mana bro,
    tak pe aku suka font kaler oren ni
    macam Ubuntu weh..haha

    1. ariff Avatar
      ariff

      widget logic tu kasi kita pilih nak letak widget apa kat sidebar bila buka home page, single page atau page2 lain kat dalam blog.

  16. cEro Avatar

    sentiasa berminat dgn WP, tp sbb dh lame sgt guna blogger.com, dah takleh nak addpat dgn mende baru..hahaha

  17. takky Avatar

    kenapa bila saya nak send komen pkai laptop, dia akan keluar error 500??
    tapi tak pada pc? (ada skali send komen pkai pc library, elok je dia send)…
    ada beza ke????

    1. ariff Avatar
      ariff

      huh? serius tu.. pakai browser apa eh?

      1. takky Avatar

        eh, dh boleh??
        selame nie tak boleh pun nk send komen dkat sini…
        saye siap ade tulis lagi entry psal nie…
        sebab berharap sape2 yg ada bace entry saye 2 boleh bagi tahu saye sebab ye….
        ini entry ye:Perhatian Kepada Blogger Ariffshah

        1. ariff Avatar
          ariff

          hm. Januari hari tu memang ada problem besar sikit kalau tak silap. Sekarang rasanya ok dah, tapi kalau ada apa-apa bagitau jelah.

          1. takky Avatar

            ok bro…
            pape pun rase happy gile sebab dh boleh komen dkat sini…
            thankz….

  18. takky Avatar

    kenapa kdg2 ade kua error 500 bile saye nak send komen dkat sini….(pkai laptop)
    tapi bila saye komen pkai pc library…
    baru dia dpt send….
    ada beza ke ant. pc dgn laptop???

  19. suffer8zine Avatar

    berguna untuk den entri ni

  20. Akid azami Avatar
    Akid azami

    argh tak faham.. ar arif, ti le tak ko tuliskan kelebihan2 wordpress dengan apa knowledge yang patut newbie tahu kalau2 diaorang nak bertukar ke wordpress?

    1. ariff Avatar
      ariff

      oh. rasanya dah ada tulis sebelum ni. Cuba tengok balik.

  21. syafiq.net Avatar

    aku rasa mau je aku tak mahu guna plugin. semua on code dalam theme. tah bila la dapat buat macam tu.

  22. Sabahan Bloggers Club Avatar

    Rasanya blog saya gunakan 20 plugin, ada sesetengah tu yang boleh dibuat sendiri di dalam theme, cuma masih x faham bahasa theme wordpress lagi.

  23. Mohamad Fairosza Avatar

    oit,oren2 jgn sebut eh…warna tema tuh..huhu