Tiket Grandstand F1 Untuk Dimenangi Daripada Lazada!

Reading Time: 2 minutes

LP_Gillette_blognew Actually dah lama sebenarnya saya bermimpi nak tengok perlumbaan F1 di Sepang dan sepanjang hidup saya, belum pernah lagi turun ke litar untuk menyaksikan perlumbaan tersebut secara live. Jadi kalau boleh nak lah merasa menonton perlumbaan tersebut di grandstand sempena kali pertama pergi menyaksikan perlumbaan tersebut.

Berita baik untuk saya dan peminat sukan Formula 1 yang lain kerana anda berpeluang untuk memenangi tiket grandstand 2013 Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix di Sepang pada 22-24 Mac nanti. Dua tiket yang bernilai RM600 setiap satu akan menjadi rebutan peserta dalam contest Lazada Gillette Creative Foam Race Off Contest ini.

Contest ini adalah kerjasama antara Lazada (online shopping mall terkemuka di Malaysia) dan Gilette (melalui syarikat induknya P&G Malaysia).

Cara nak sertai cabaran ni senang je:

  1. Beli barangan jenama Gillette di Lazada pada 13 – 19 Mac 2013
  2. Free shipping untuk semua pembelian barangan Gilette dalam tempoh contest ini. Nak beli stok untuk satu tahun pun boleh. Kalau dia charge jugak, sila inform saya supaya boleh dijadikan free.
  3. Dengan menggunakan Gilette shaving foam dan kekreatifan anda, lukis sesuatu yang menarik untuk dikongsikan, tangkap gambar dan hantarkan penyertaan anda ke contest@lazada.com.my
  4. Jangan lupa sertakan nombor purchase order pembelian barangan Gilette dari Lazada tadi. Purchase order yang lama tidak dikira.

Tarikh tutup penyertaan adalah jam 12 tengah hari 19 Mac. Pemenang dipilih berdasarkan penyertaan yang paling kreatif. It can be anything asalkan anda menggunakan shaving foam jenama Gilette tu. Contest mudah.

lazada-gillette

Kalau beli barang lain dengan barangan Gilette tadi, layak tak untuk dapatkan free shipping?

– Layak dengan syarat jumlah pembelian melebihi RM100

Untuk info lain, sila layari:

Selamat berjaya diucapkan kepada mereka yang bertanding dalam contest ini. Manalah tau bila dah menang bolehlah jumpa kat litar nanti.


Posted

in

by

Comments

24 responses to “Tiket Grandstand F1 Untuk Dimenangi Daripada Lazada!”

  1. Kazen Avatar

    Lazada dilihat semakin mendapat tempat di pasaran hari ini, pemberian tiket sebegini amat menarik sebagai menggalakkan pelanggan membeli sambil menang.

    #tak pernah pergi jugak tengok F1

  2. titan Avatar

    fuhh..lama tak gi sepang nih..

  3. Katak Comel Avatar

    pnh pegi skali je litar sepang..
    tu pn mse jd volunteer utk motogp..
    hihi

    teringin nk pegi lgi..
    hihi

  4. Dr Fuh Avatar

    saya dah pernah tengok sekali F1 kat Sepang, tapi harga tiket dulu seratus lebih je. memang puas tegok depan mata, tapi kalau xpakai penutup telinga mau terkeluar segala macam dalam telinga tu..fuhhh

  5. ohcikgu Avatar

    pernah turun sekali aje. la ni..malas nak pergi..

  6. Eswahyudi Kurniawan Avatar

    Cuba ahhh, and i hope be the winner

  7. staibaqhang Avatar

    mesti best dpt tgk secara live.. earplug jgn lupa.. takut balik dari tgk race telinga jadi pekak..

  8. Mus Avatar

    untunglah siapa yang menang tu nanti.. dapat tiket free

  9. Dawaihati Avatar

    Pernah juga dapat informasi bahwa salah satu grup FB blogger Indonesia mengadakan contest yang hadiahnya nonton F1 di Sepang, tapi saya lupa lagi nama grup FB tersebut

  10. Aya Avatar

    Samalah, aya pun teringin nak tengok F1 in real tapi takda rezeki lagi..

  11. sukma Avatar

    untung ler korang dapat tiket free….budak keje honda pun ada dapat tiket free….

  12. MK Kimi Avatar

    eh, tak lama dah tu tarikh tutup. sempat ke lazada nak htr barang? ada yg kata lazada ni lembab bila hantar barang

  13. Lizz Avatar

    nasib baik hadiah dia tak mengiurkan bagi daku. hahaha!!! tapi, sapa yang suka dok berF1 ni kena cuba ah

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Lelaki paling kurang pun mesti sekali turun litar tengok F1 secara live

  14. nurmisnan Avatar

    semalam pun dapat dari Akma..

    Gd luck untuk semua peserta.. cuba jgn x cuba

  15. akubiomed Avatar

    Saya dapat 2 tiket percuma daripada SiC untuk menonton F1 yang bakal berlangsung di litar Sepang.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Bahagian mana bro?

      Memang power SiC kasi tiket directly

    2. azman Avatar

      Untung nyer hehehe..

  16. AkmaOmar Avatar

    Best kalau dapat hadiah ni kan :)

  17. daddydee Avatar

    Menarik kontest ni. Boleh mencuba nasib nanti..

  18. abangensem berketak-ketak Avatar

    Nasib baik gua dah dapat pas lepak kat paddock. Boleh la gua melepak sekali dengan gadis litar. Apa barang duduk kat grandstand tapi cuma dapat usha jek.. hehehe. #SajeKasiBakar. P/S : Kalau lu nak pas lepak kat paddock. Roger gua. Boleh kita ngerek awek sama2.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      woi.. nak! jom pegi sama2

      mana dapat pas masuk paddock?

  19. azrijohan Avatar

    wah best betul hadiahnya tu :D

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      budak UTP tak dapat tiket free ke?