Tiga Bulan Lagi Sebelum Tamat Pengajian

Reading Time: 2 minutes

Tiga bulan lagi sebelum saya tamat pengajian di Moscow Aviation Institute ni. Teruja? Mungkin sebab memikirkan dapat pulang ke Malaysia. Tak sabar nak tengok kucing. Lagi satu, sebab nak makan.

Takut? Pun ye jugak. Tamat belajar bererti tamat tajaan daripada pihak Mara. Kalau tak cari kerja cepat-cepat, memang sakit. Mana boleh hidup tanpa sumber pendapatan.

Sekarang ni setiap saat di Moscow adalah waktu yang tak boleh diulang semula. Dulu, tak kisah kalau tak buat sesuatu di Moscow, ada tahun berikutnya. Sekarang kalau terlepas sesuatu, maka berkemungkinan besar memang akan terlepas buat selama-lamanya.

Contohnya seperti lawatan ke kota Saint Petersburg di utara Moscow. Bandar ni terletak lebih kurang 8 jam perjalanan keretapi biasa, atau sejam melalui penerbangan. Kebetulan minggu ni ada sekumpulan rakan akan melawat bandar tersebut, tapi saya tak dapat ikut disebabkan beberapa masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. Habis spoil mood berjalan. Takpelah, mungkin bukan rezeki. Layan sikit gambar kat Saint Petersburg.

Palace Square Saint PetersburgSt. Petersburg, RussiaSaint Petersburg

Musim panas terakhir, musim luruh terakhir dan dalam masa terdekat ni, musim sejuk terakhir. Setiap permulaan ada penghujungnya, begitulah hidup ni..

Sedang mengusahakan sesuatu yang mungkin menjadi hadiah sempena tamat belajar nanti. Nak tau apa? Tunggu dan lihat minggu ni. Apa-apa pun, selamat menempuh minggu baru dan bulan November.

Juga sempena Aidiladha ni, kepada yang berkemampuan dan ingin melakukan ibadah qurban dan aqiqah di Kemboja, bolehlah berbuat demikian di sini. Tempahan akan ditutup pada 3 November 2011. Harga adalah seperti berikut:

  • 1 bahagian lembu: RM230
  • 1 ekor lembu: RM1600
  • 1 ekor kambing: RM500

Kalau yang jarang bersedekah tu, istiqamahkan setahun sekali pun ok jugak.


Posted

in

by

Comments

53 responses to “Tiga Bulan Lagi Sebelum Tamat Pengajian”

  1. Afqh Avatar

    bila dah nak grad mesti rasa macam tak cukup masa kan
    rasa nak buat semua benda
    tapi jangan abaikan pelajaran pulak
    hmm eh bukan ke nanti bila konvo kena pegi moscow balik

  2. Lord Zara Avatar

    Tahun terakhir.
    dan betul juga kata kamu Ariff, akan melalui musim2 terakhir.
    kena pasang lagu Hilcrhyme – Shunkashuto (Four Seasons) :)

    Dan ya, kalau aku, akan ambil seberapa banyak gambar kenangan. Itu yang aku buat pada tahun terakhir pengajian dulu walaupun UTM dengan Muar bukanlah jauh sangat. Tapi benda yang kita lalui itu, mustahil berulang & kalau berulang pun, situasi tu dah tak akan sama :)

  3. Adilla Avatar

    Seronok lihat langit yang biru terang gitu. Selain rekabentuk bangunan yang nampak bagus. Kualiti gambar nampak ‘superb’. Kamera mahal yer? Gambar memang kelas. Like!.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      eh .. ni gambar curik kat google je. Tak dapat pergi, kasi layan gambar pun jadilah..

  4. Ibu Mifzal Arsyad Avatar

    selamat kembali ke tanah air

  5. Qaseh Gifts Avatar

    Cantiknya scenery! *envy*

  6. zaimah Avatar

    hargai hari2 terakhir anda disana..haha

  7. Aya Avatar

    bestnya kalo dapat jalan-jalan kat Moscow… mesti seronok gila… tengok gambar di atas pun, dah berkenan… :) .. Belajar kat oversea salah satu cara untuk melancong2 gak..

  8. takky Avatar

    kumpul kenangan sebanyak mungkin….
    sebab lepas nie kita dh x tau lagi bile boleh dpt jejak kaki ke sane lagi….

    btw, jambatan 2 terangkat ye?
    awesome….
    ^O^

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      jambatan tu terangkat 2 kali sehari je, awal pagi and malam. Waktu siang memang tak pernah terangkat.

  9. miss Avatar
    miss

    ermmm baru perasan…dulu suka guna ‘aku’ kan?sekarang dah guna ‘saya’?hehe just asking okay :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      saje nak tukar angin. Mana lagi best, saya atau aku?

      1. Nurul Avatar
        Nurul

        sy lg ok..hee

      2. miss Avatar
        miss

        ermmm..kalau saya nampak sopan.kalau aku nampak santai.ish dua2 boleh kot

      3. Que Avatar

        saya nampak skema ;p tapi kalau pakai aku rasa dekat sket ngn pembaca

  10. Izyana Azis Avatar
    Izyana Azis

    Sweet! Next year kan ko grad? Aku tunggu ko nak belanja semperna ko grad..haha..
    Join AllStars jom!! It will be fun~ XD

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Ko naik pangkat dulu, nanti by the time aku nak apply, ko boleh la approve terus :P

  11. syahrilhafiz Avatar

    fuyoo..kalau boleh bawak menantu rusia balik rumah..memang best lah

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      haha. bawa bini russia apanya keje pun belum lagi

      1. syahrilhafiz Avatar

        Insyaallah boleh dapat tuh…haha

  12. Pacifista Avatar

    wah…tak lama tu.kang dah tau tarikh flight bagitau bro.boleh kitorang sambut dengan sepanduk sekali.hehe :D

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      ok. No problem. Sepanduk ada, team kompang ada kawan kat FB cakap nak tempah, masih lagi mencari sponsor karpet merah pulak

  13. Noriz Avatar

    nak ucap dulu..

    WELCOME TO ADULTS’ WORLD!

    hehehe, mmg dah dewasa cuma dunia yg lebih dewasa sbb abis beban belajar dan hadapi beban kerja pulak…

    anak 2nd akak dulu pun kikah guna kemboja tu, dulu kambing rm450 je…sakng semua naik kan…

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Biasalah tu akak. Itulah namanya inflasi. Memang harga barang akan naik punya.

      Apa-apa pun terima kasih. Harap semuanya ok nantilah.

  14. namee roslan Avatar

    wah seronoknya belajar kat luar. untung oh. tahniah sebab dah nak habis. :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Namee bila lagi nak habis?

  15. Shahrul Avatar

    best la dah nak keje…

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Best lagi kalau dah dapat kerja.. Yang tak bestnya sekarang adalah menunggu

  16. namaakulynn Avatar

    mesti berat hati nak tggl kan?enjoyyyy to the max then!:)
    balik2.ada banner ‘blog .ariff’ kat airport nnt.hahaha

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Haa.. banner pun ada. Best nih.

  17. Hisyam Avatar

    Tahniah bro dah nak habis belajar, selama dok russia takkan tak jumpa awek russia muslim nak bawak balik buat bini kot? Hehehe. Just kidding.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Mana ada. 1 dalam sejuta kot. Memang susah nak cari

  18. bean moreno Avatar

    untunglah dapat pi oversea

  19. kyo_9 Avatar

    3 bulan je lagi??
    bawak balik keter apa nanti?
    lol

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Tak mampu beli kereta lagi..

  20. SiS NaD Avatar

    Salam Ariff….

    Wah!~ Dah nak habis belajar dah? Moga apa yang dipelajari di dana memebri manfaat dalam hidup Ariff… (^_____^)V

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Insya allah.

  21. fiuzzhafiz Avatar

    nak sambung master kat State Marine Technical University of St. Petersburg (SMTU) !

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      serius nak sambung sana?

  22. KNizam Avatar

    samala aku pun mungkin musim luruh & musim sejuk terakhir kat sini. kena ambil peluang sepenuhnya merakamkan segalanya hehe :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Eh. bro pun dah nak habis kat sana? ingatkan lama lagi.

  23. Fikri91 Avatar

    alaa bro ariff..gadai je semua dinar tu hehehe…..dapat duit banyak…

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      belum masanya lagi

  24. akubiomed Avatar

    Walaupun pelajar tajaan MARA bukankah dah ada kerja yang akan menanti di Malaysia. Rugilah kalau belajar kalau tidak sumbang kepada negara secara langsung bro perlu buat persediaan untuk pembyaran balik pinjaman kecuali kalau pelajar cemerlang.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Mara mana ada sediakan kerja. Semua kena usaha sendiri

  25. Ekspresi Ruang Avatar

    hidup ni mmg cmtu. sayang nk tinggalkan yg lama tp excited nk mulakan yg br :)

  26. shaiful Avatar

    Boleh kerja apa nanti kalau balik malaysia?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      engineer of course

  27. hanna akmal Avatar

    do enjoy while you can!!! jeles sbb nak jugakkk!!! hehehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      thanks =)

  28. hanna akmal Avatar

    do enjoy it while you can!!!!! jeles sbb nak jugak sebenarnya!!!! hehe

  29. azrijohan Avatar

    Wah,mesti best kan dah nak tamat belajar
    lagi-lagi kat oversea tu…

    banyak pengalaman suka duka yang menjadi kenangan paling bermakna :D

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Pengalaman tu yang paling penting. Susah nak dapat..