Theme Baru – Is It Okay?

Reading Time: 2 minutes

Salam sejahtera,

Aku saje tak nak kecoh awal-awal pasal theme baru. Kasi korang test drive dulu, appreciate/critic dalam diam. Sekarang aku nak tanya, ok tak? Suka? Apa yang kurang?

Checklist Sebelum Tukar Kepada Theme Baru

Kongsi sikit checklist aku sebelum tukar theme baru. Sila pastikan benda-benda ni semua checked sebelum tukar kepada WordPress Theme yang baru.

  • Back up database. Mana tau kalau korang ‘terlebih’ kreatif godek sana sini. Apa-apa pun adalah lebih baik kalau kita buat kerja tu ada back up.
  • Deactivate plugin WP-Super Cache sebab kalau dah edit apa-apa memang tak keluar kalau Super Cache tu tengah on. Page yang telah dicache akan diload.
  • Pastikan custom image seperti header tu semua dah siap. Baru nampak professional sikit buat kerja. Bila benda ni semua dah ada, activate theme baru dan upload segalanya yang diperlukan. Sekelip mata berubah wajah.
  • Paling penting korang dah try out segala fungsi dalam theme baru tu kat testing domain macam ni. Jadi bila activate theme baru dah tau apa nak buat.
  • Planning mesti ada. Kira korang tau la macam mana flow process nak tukar ke theme baru ni. Lepas buat ni, nak buat apa dan apa.
  • Pastikan korang ada masa yang cukup. Macam aku, aku luang masa full day buat ni. Tapi sebab aku well prepared, aku tak perlu tutup blog aku untuk tukar theme. Activate theme baru, upload header, letak widget sana sini sikit dan settle. Selebihnya aku buat ansur-ansur sepanjang hari.

Key Elements Theme Baru

Aku suka theme ni. Theme harga 80USD le katakan. Memang betullah harga dia dengan kualiti, rupa dan simplicity dia. Antara yang best pasal theme ni:

  • Boleh set default Gravatar dengan mudah. Memang kalau guna theme biasa pun boleh, tapi leceh. Dengan theme ni, aku perlu upload je default Gravatar untuk dia appear kalau orang lain takde Gravatar. Jadi kalau orang takde Gravatar komen, secara tak langsung dia dah tolong promosi logo aku kat blog ni & aku dapat la letak Gravatar gambar sendiri.
  • Ada author profile. Yes!! haha~
  • Column yang boleh diresize sesuka hati. Tengoklah design macam mana aku nak kan.. Theme ni ada lagi satu middle column, tapi aku tak guna column tu sekarang. Nantilah kalau nak tukar rupa, tapi rasanya macam tak nak dah.
  • Widgetized footer. Footer ni penting gak supaya sidebar tak semak sangat. Masih dalam fasa trial and error.
  • Setiap post ada preview dalam page siap ngan thumbnail image dalam tu. Best. Thumbnail dia pun memang cun je, takde distortion or apa.
  • Cantik, handsome, kacak dan kemas. Betul tak?

Yang banner2 link exchange hari tu, aku masih belum pertimbangkan nak letak ke tak. Jangan kecik hati atau apa, aku cuma suka rupa blog aku sekarang ni. Nantilah aku tengok mana sesuai. Kalau tak, mungkin dah tak tukar banner kot.

***

Sila komen. Aku nak tau pendapat korang pasal theme ni. Harga theme 80USD, tapi aku dapat free sebab aku hensem menang competition kat huzzer.com. See, nothing is impossible. So kalau sesiapa yang belum join contest Tulis & Menang aku tu, better join la. Hadiah lumayan kot, berbaloi dengan usaha yang korang curahkan.


Posted

in

by

Comments

49 responses to “Theme Baru – Is It Okay?”

  1. chooz Avatar

    smart lah theme nie… simple.. i like ;)

  2. mohdisa Avatar

    theme yang simple dan menarik…smooth gitu..aku suka…hebat lagi kalau dapat tukar font yang lebih menarik…hehe
    .-= Cerita terbaru mohdisa.. Mampukah Pasukan Khas Menghapuskan Pembuangan Bayi? =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Font.. Aku rasa font ni dah cun kot. Ada je font lain boleh try.
      Tapi itulah, WordPress ni leceh sikit kalau nak tukar font.

  3. x-po Avatar

    aku suka templete blog ko ni sbb simple je..sjuk mata memandang

  4. joegrimjow Avatar

    just another blog?
    maksudnya ada blog lain ke?

    1. ariff Avatar
      ariff

      Haha. Tak gak. Maksudnya ini blog yang ke-5 atau ke-6 setelah blog-blog yang dulu didelete. Banyak blog aku dulu..

  5. eyriqazz Avatar

    nampak simple dan kemas..tapi entah kenapa..lebih sukakan yg before…mungkin sebab tiap2 hari tgk kot..apapun,…template ni cool…
    .-= Cerita terbaru eyriqazz.. Eyriqazz vs Chinese Guy =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Yup, yang dulu pun cantik gak. Maybe kalau aku boring nanti, aku godek2 sket lagi theme lama tu kasi lagi cantik, guna yang tu balik. Boleh je..

      Thanks for the comment!

  6. Piratz Avatar

    ditambah plak ngan fungsi scroll to top.. fuh… cun.. haha.. promote jap..

    eh.. awat sidebar nie jadi cam footer? ke memang footer?
    .-= Cerita terbaru Piratz.. [Tutorial] Memasang Plugin Scroll To Top Pada Blog =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Erk. Jadi footer camne lak?
      Scroll to top tu memang nak buat. nanti aku usha. Thanks la. Tak payah susah2 nak Google

  7. afizzat Avatar

    simple, kemas, penggunaan warna yg xt’lalu byk..style giler theme nie..
    .-= Cerita terbaru afizzat.. Kisah Benar: Tak Bisa Ku Memilihmu =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Thanks2. Aku pun giler jatuh cinta dengan theme ni

  8. Amir Avatar

    lawa theme tu.. nampak profesional. :D
    .-= Cerita terbaru Amir.. Tingkatkan Trafik Blog Melalui Facebook Fan Page =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      memang seboleh-boleh aku cari yang nampak professional. Lagipun sesuai la dengan brand theme ni, Pro Theme Design. Memang konsep diorang buat theme yang nampak pro

  9. khairil Avatar

    kalau nak beli theme ni sampi 80usd, x kot…banyak lagi premium theme free yang ada boleh cari…tapi sebab ko dapat free memang berbaloi…smart n simple
    .-= Cerita terbaru khairil.. Apabila Lelaki Menangis =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      haha. Memang berbaloi. Support dia pun bagus. Ada masalah aku just post message kat forum dan diorang akan reply

  10. eiyda Avatar

    erm..simple…kemas..lapang…luas permandangan…bersih…ehheheh
    .-= Cerita terbaru eiyda.. eiyDa:: Best ke ada Blog dan bergelar Blogger:: =-.

  11. admin Avatar

    aku pun suka layout baru ni.. kaler pun sedap mata memandang
    .-= Cerita terbaru admin.. Akademi Fantasia 8 (AF8): Lagu Tugasan Minggu Ketiga =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Erk. Terkejut lak guna nama admin. haha~

  12. aizuddin Avatar

    warna memang mantap..aku suka..theme aku pun kena bayar gak pe..sepatutnya la..huhu..nothing is imposible..
    tapi nape dah tak de banner aku dan kawan2 lain?hehe
    .-= Cerita terbaru aizuddin.. Hukum Menyertai Nuffnang, Advertlets Dan … =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Banner tu.. nantilah. Masih perlu difikarkan dari segi design. Kalau takde lagi dalam sebulan dua ni, mungkin aku tak buat lagi la kot.

      Ada beberapa benda lagi nak tambah, cuma aku takde masa nak buat sume tu sekarang.

  13. penyubiru Avatar

    Wow!

    serius cantik! simple dan menarik! tak rugi beli!

    sedap mata memandang dan membacanya.
    .-= Cerita terbaru penyubiru.. Terharu Apabila Ada Yang Promosikan Blog Ini =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Tak beli la. Dapat free =)

  14. yanmie Avatar

    salam,

    theme ok je nmpk smart sbb saya suka yg 2 column mcm nie..ehehe..luas pemandangan~~~

  15. Azharramli Avatar

    Perghh..mantop! Gua ingat lepas nie lu buat tutorial lebih sikit bab wordpress ni. Gua baru nak berjinak-jinak dengan wordpress nie hah..terlambat lak rasanya
    .-= Cerita terbaru Azharramli.. KHAS BUAT KELUARGA DIN BERAMBOI =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Takde yang terlambat la. WordPress ni sentiasa develop. Ada je benda baru.

  16. FCUKZBLOG Avatar

    terbaek dan menarek,saya memang seorang pengikut “minimalist”.tapi masih berumah kat blogspot.ada duit banyak sikit nanti bolehlah berpindah ke wordpress.

    perlahan-lahan belajar tentang blogging ni,hu hu hu.

    angkat ibu jari untuk bro ariff,memang berbaloi theme 80 USD ni,he he he.
    .-= Cerita terbaru FCUKZBLOG.. Black Berry Barrack Obama =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Thanks bro. Kalau nak pindah elok lah pindah cepat2. Ada je hosting plan yang boleh mampu dan boleh dipercayai. Kena usha2 sket.

  17. aboi Avatar

    shoutbox tu biar je sembunyi.. baru nampak macam pro..
    lain-lain aku no comment..
    .-= Cerita terbaru aboi.. Kelahiran di bulan Mac.. =-.

  18. tedi Avatar

    okey!

    Cantik!

    Lapang!

    cerah!
    .-= Cerita terbaru tedi.. PeNaJa kETiGa : FIzrIn sHoPPe =-.

  19. Dauspozi Avatar

    Smart r theme ko Ariff… nampak pro… :D
    Ingat Hijau : Ingat Daus
    .-= Cerita terbaru Dauspozi.. Sesetengah Cikgu Sekarang Perangai Macam Sampah! =-.

  20. FTN Avatar

    aku tak mahir wordpress, tapi layout ni simple dan aku suka. simplicity is the best!
    (bukan simply siti make up baru tu)
    .-= Cerita terbaru FTN.. Kepuasan Blogging – Mampukah Capai Trafik 4 Digit buat Pertama Kali? =-.

  21. Lord Zara Avatar

    syok je.
    lagi pantas loading~

    =)

    aku tengah bercadang nak pindah ke wordpress.
    nanti nak minta bantuan kamu mengajar aku~
    .-= Cerita terbaru Lord Zara.. Rasanya Sudah Tiba Saat Aku Pergi Meninggalkan Kamu Semua. Selamat Tinggal. =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Pantas kan. Tapi itulah, terpaksa kurangkan barang kat sidebar.

      No problem. Mana yang boleh tolong aku tolong

  22. Azah Avatar

    nampak lagi kemas!
    (thumbs up)

  23. Theme Baru – Is It Okay? | blog.ariff…

    Sila komen. Aku nak tau pendapat korang pasal theme ni. Harga theme 80USD, tapi aku dapat free ….

  24. Ibu Mifzal Arsyad Avatar

    huhu..sy sgt2 suka nukar2 theme ni..ya la cepat boring kan..

    ok..themes wordpress banyak yg cantik2 kan..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Betul. Memang banyak cantik2. senang nak cari lak tu. Tu sebab melekat ngan WordPress

  25. Melz Avatar

    Theme nie bagi aku . Smart dan simple .

    Ariff awat antara join this Site dan follow me on twitter tuh ada Ruang yang agak besar ?
    kalau boleh kasi sumbat benda disitu na :)
    .-= Cerita terbaru Melz.. Perempuan , Mari Kenali Hati Lelaki Part 1 =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Noted. Thanks for the input. Dah ada something yang aku rasa sesuai untuk diletakkan di situ.

  26. Mohd Shahrul Hafizi Avatar

    Memang smart bro. Dah la warna-warna dia warna faveret aku (antara sebab aku minat baca blog ko. hehehe.) Merah, hitam, putih. :)

    Cuma nak komen sikit.

    1. Aku rasa ke’stylo’an design blog ko terjejas la sebab kedudukan shoutbox tu. Aku rasa better ko letak kat sidebar yg mana ko kurangkan bilangan recent posts kepada lima.
    2. Susunatur footer tak kemas. Apa kata ko centerkan semua tu esp. kotak follow me tu.
    3. Aku rasa foto ko kena tukar. Sebab kurang macho dari aku. Hahaha.

    Peace!
    .-= Cerita terbaru Mohd Shahrul Hafizi.. Sarapan ala-atlet. Jimat dan berkhasiat. =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      OK. Thanks a lot. Feedback macam ni aku nak.

      1. Aku still rasa shoutbox yang boleh sorok macam tu lagi bagus. Tapi.. tengokah kalau aku rajin nak eksperimentasi nanti.
      2. Yup. Nasib baik ko ingatkan pasal footer tu. Memang kerja tak siap lagi sebenarnya dan hampir terlupa.
      3. Foto… yang tu aku memang nak letak gambar aku sendiri sebab ni blog personal and aku tak banyak gambar lawa-lawa. Aku ni tak fotogenik sangat.
      Gambar nampak muka paling susah nak buat lawa. Jadi, ini je la yang dapat aku letak buat masa ni.

      1. Mohd Shahrul Hafizi Avatar

        Aku memamg suka mengomen. Tapi orang je tak suka komen blog aku. Almaklum blog aku tak mantap cam blog ko. Amatuer katakan. Masih banyak ilmu blogging aku perlu timba. Esp bab penulisan. Hohoho.

        1. tu la kan. ok gak bila aku tengok beberapa kali shtbx tu. hahaha.
        2. jangan biar camtu je sudah. aku tunggu final editing.
        3. gurau je pasal foto tu. cool per.
        .-= Cerita terbaru Mohd Shahrul Hafizi.. Sarapan ala-atlet. Jimat dan berkhasiat. =-.

  27. Azizuan Avatar

    baru tak baru sangat la theme ni. lama gak la aku tengok..haha. sempoi dah. clean n clear. minimal rock!..keke..less is more
    .-= Cerita terbaru Azizuan.. Ping Site Terbaru : myebuzz.net =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      haha. Camtu ah strategi dia. Kasi orang try test habis-habisan baru minta pandangan.

    2. ariff Avatar
      ariff

      Yup. Memang dari dulu lagi minat minimal. Best! Tak serabut.

      1. Azizuan Avatar

        cuma sekarang ja jadi trend..haha
        .-= Cerita terbaru Azizuan.. Google Lancarkan Translate Untuk Haiwan =-.

  28. nursarah Avatar

    theme baru ini tersangat hensem seperti en.ariff. phewitt! i loike!
    .-= Cerita terbaru nursarah.. mengimbau kenangan Part I =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      erk. Saya ni mane ade hensem :P
      Biasa je..