Tetamu Dari Singapura

Keluarga saya besar. Cukup besar sampaikan kadang-kadang memang terlupa nama sebab tak lama dah jumpa. Datuk (belah ayah) orang Singapura ada adik beradik ramai dan sampai sekarang masih rapat. Masa muda-muda dulu, dia sebagai anak sulung banyak bantu adik-beradik dia jadi sampai sekarang ikatan kekeluargaan tu masih rapat. Umurnya dah dalam 80-an (or almost) tapi masih kuat lagi jalan-jalan sana-sini dan buat kerja itu ini. I miss the old chap. Dah lama tak jumpa.

Anak sedara datuk saya ni bekerja sebagai pramugara di salah sebuah syarikat penerbangan terkemuka di dunia. Selama ni memang syarikat tu ada laluan terus dari Singapura ke Moscow, tapi baru tahun ni, tahun akhir saya dapat juga berjumpa dengan pak cik saya ni. Ini pun kali kedua dia tiba di Moscow, masa kali pertama dulu saya pun missing in action. Mungkin di luar Moscow waktu tu. Tak ingat dah.

Tapi bagus juga sebenarnya dia sampai waktu ni. Biasanya, kalau waktu-waktu begini adalah musim sejuk takat -10 .. -20 darjah Celcius. Memang tak dapatlah kalau nak bawa jalan-jalan. Tahun ni, just nice. Dalam 5 .. -5 darjah Celcius je. Lagipun kalau sebelum ni, waktu begini adalah neraka dunia saya sebab terpaksa menghadapi exam. Sejuk yang melampau dan exam, memang stress. Jadi kedatangannya pada tahun ni memang tepat pada masanya sebab saya pun takde exam semester ni.

dua round layan sampan ni

Seronok juga sebenarnya bergaul dengan cabin crew ni. heheheh…. Sempat kenal kapten kapal. Very friendly. Ada sesetengah orang yang belum jadi pilot dah poyo gila babi macamlah dah ada gaji tiga puluh ribu. Besar kerak dari periuk.

Kenyang makan sushi. Don’t think that I’d eat sushi anymore anytime soon. Puas hati duduk hotel. Dapatlah melarikan diri dari kesempitan hostel Vilisa Latsisa ni. I’m just looking forward to say goodbye to this place.

dapat epal sebagai buah tangan

Thanks for coming. Have a great one tomorrow =)

9 Comments