Saya telah dijemput untuk sesi pandu uji Proton Prevé oleh Proton Taman Tun Dr. Ismail. Ini adalah sesi pandu uji kereta baru yang pertama dalam hidup saya.
Sebagai pengguna kereta Proton, rasanya semua sudah sedia maklum dengan prestasi kereta nasional kita ini. Persepsi awal saya, Proton sebagai sebuah pengeluar kereta sentiasa ingin menghasilkan produk yang berkualiti dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna khususnya di negara kita. Berdasarkan persepsi tersebut, saya berharap bahawa Proton berjaya meningkatkan kualiti produk mereka menerusi model Prevé ini.
Exterior
Dari segi rupa, rasanya tiada apa yang kritikal tentang reka bentuk Prevé. Secara keseluruhan dari hadapan sehingga ke belakang, Prevé tampak cantik dengan rekaan yang aerodinamik, cuma saya setuju dengan pandangan orang bahawa rekabentuk bahagian belakang Prevé boleh diperbaiki lagi.
Saya lebih suka kalau mereka berikan tayar 17′ berbanding 16′ untuk model premium. Gaya sporty dengan tayar yang lebih besar adalah sesuai untuk enjin turbo yang digandingkan dengan 7 speed transmission dan paddle shifters. Driving experience lebih menakjubkan.
Apapun, kekurangan tersebut tidaklah menjadi penghalang kepada mereka meliihat kepada ciri-ciri yang didatangkan bersama pada Prevé.
Interior
Saya mengharapkan leather seat dalam Preve tetapi dikecewakan dengan tempat duduk biasa yang menggunakan fabrik. Setelah melakukan perbandingan dengan kereta jenama lain dalam kelasnya, barulah saya tahu pada harga tersebut, kebanyakan pengeluar masih lagi menggunakan fabrik dan bukan kulit untuk tempat duduk. Ia adalah standard untuk kereta dalam price range ini.
Tanpa membaca manual, saya cuba mengendalikan built-in GPS di dalam Prevé tetapi gagal. Saya tak jumpa butang cancel/back setelah meletakkan titik destinasi yang salah. Skrin untuk GPS adalah jenis touch skrin jadi biasanya tak terlalu susah untuk mengendalikannya. Mungkin dengan meluangkan sedikit masa membaca manual membolehkan saya belajar menggunakan GPS tersebut dengan betul.

Sebagai blogger, saya amat menyukai built-in wifi yang disediakan di dalam Prevé. Apa yang anda perlu hanyalah sebuah modem USB keluaran Yes 4G untuk menggunakan kelebihan ini. Malang sekali saya tidak membawa modem Yes 4G untuk mencuba sendiri. Daripada apa yang saya faham, USB modem hanya perlu dimasukkan ke slot USB untuk mengaktifkan WiFi.
Saya mencadangkan supaya Proton & Yes 4G bekerjasama memberikan modem dan akaun permulaan percuma untuk setiap pembeli Prevé di Lembah Klang. Coverage Yes 4G sepanjang lebuhraya Utara-Selatan sememangnya satu kelebihan yang sangat menarik untuk pengguna, lebih-lebih lagi untuk mereka yang mempunyai smartphone/tablet/ipad.
Dari segi ruang dalaman, memang besar. Senang cerita, saya yang berkaki panjang ni tak rasa sempit duduk di seat belakang. Legroom mencukupi walaupun seat depan dah ditolak ke belakang sepenuhnya.
Luggage compartment pun memang besar. In fact saya rasa terlalu besar. Nak baring dua-tiga orang dalam tu pun boleh. Proton sebenarnya boleh kurangkan beberapa sentimeter pada luggage compartment untuk beri ruang kaki yang lebih besar pada tempat duduk belakang.
Lagipun, bukan sepanjang masa ruang belakang kereta ni dipenuhi barang, mungkin setahun sekali je untuk balik kampung tapi tempat duduk belakang sentiasa digunakan hari-hari oleh sesetengah pengguna. Walaupun saya cakap tak sempit, tapi bila kita bercakap tentang ruang dalaman kereta, lagi luas lagi bagus.
Driving Experience
Disebabkan test drive dilakukan di TTDI (kawasan perumahan) maka adalah mustahil untuk saya cuba sendiri paddle shifter dan 7 speed transmission yang ada pada Prevé.
Untuk sebuah kereta dengan turbo-charged engine, anda mungkin membayangkan enjin yang mempunyai bunyi deruman yang kuat. Hal ini adalah jauh sekali untuk Prevé. Bunyi enjin adalah sangat senyap. Saya hampir tak sedar dengan bunyi enjin kereta ini.
Dari segi pemanduan, enjin CFE ni sangat lancar dan dapat dirasakan sendiri seolah-olah kereta ini ‘meluncur’. Brek yang dibantu dengan ciri High Performance Braking adalah sangat sensitif dan memerlukan sedikit masa untuk pengguna menyesuaikan diri. Semasa test drive, everytime ada bumper, mesti terlebih brek.
Prevé adalah sebuah kereta yang besar dan anda dapat rasakan yang ianya memang sebuah kerata yang besar. Jadi kalau dah biasa bawak kereta kecil tu, kena lebih berhati-hati dengan pemanduan dan ketika parking terutamanya. Memang ada kelainan.
Kesimpulan
Pada harga RM72k untuk model Premium, Prevé menawarkan pelbagai ciri tambahan yang tidak terdapat pada jenama lain dalam kelasnya. Secara keseluruhan, Prevé adalah Proton yang masih berusaha untuk membuktikan pada mata dunia bahawa mereka mampu menghasilkan kereta yang bagus. In a way, ada peningkatan dari segi prestasi dan kualiti.
Apa yang akan anda dapat daripada pembelian kereta ini? A full featured car dengan pelbagai add-on baru, sebuah kereta bersaiz besar dengan ruang dalaman yang selesa & lengkap dengan pelbagai ciri keselamatan dan enjin yang bagus. Adakah ianya berbaloi dengan harga yang ditawarkan? Ya.
Saya cadangkan supaya anda sendiri pergi cuba, lihat, pegang dan pandu sendiri Proton Prevé.
Maklumat lain:
- Test drive di Proton TTDI, No. 50 Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur
- No. telefon: 03 – 77275327
- Website: www.protonttdi.com







Comments
49 responses to “Test Drive Proton Prevé”
Hari pertama booking 14mac…sy terus booking model premium 7 kelajuan…tgk jauh2 je dlm internet…kebetulan ada rakan technician dlm proton edar…percaya kat dia kata preve memang bagus….Saya sudah memiliki preve…warna hitam idaman saya..memang Terbukti….proton preve the best….WW…227..Orang terawal memilikinya di Kuala Terengganu. Tkasih Romaco Motor atas permudahkan pemilikan kenderaan saya…Minat miliki preve hubg sy…0179883727..
sit utk driver dia mcm mne jika compare dgn saga FX? sebab sit saga FX kecil utk saya
Lagi besar rasanya sebab saiz keseluruhan pun memang lagi besar
saya dh test drive ptg td…puas hati sgt..n dh b0oking… :)
Berdasarkan review bro memang mantap. Kalau ada peluang nak juga test drive baru kita tau macam mana kan
wah ingatkan kak sha jekkkk yg dpt test drive Preve…huhuhuhu
secara amnya kereta keluaran proton bagus, cuma after sales service je yg kurang spt service centre , cuba proton belajar dengan produa , kawan saya guna kancil 850 tahun 2001 hingga sekarang tak pernah ke pusat servis lain selain dari pusat servis perodua . tempat selesa,mesra,teratur dan yg paling penting harga tak jauh beza kalau buat di bengkel luar , dan itulah juga antara punca saya tak beli Proton lagi . nasib baik dulu saya beli wira yang terbukti kurang masalah .
Loan Maybank dah lulus dapat 2.75%, Waja kesayangan saya dah lets go 27k dan nombor pun sudah booking sebanyak rm250, tunggu preve premium saja bulan depan, tak payah testdrive kerana saya yakin pada proton, cuma servis saja kena cari kedai luar kerana servis proton mahal dan layanan agak kurang memuaskan (pengalaman saya mungkin sesetengah tempat).
Pada pandangan saya proton mestilah latih pekerjanya cara melayan pelanggan bukan sekadar tahu pegang sepana saja. Budi bahasa pengikat jiwa.
ariff..boleh beli satu..sesuai ngan orang muda..
Saya telah test drive minggu lepas di Setiawangsa. Saya cuma duduk belakang teman rakan. kawasan setiasangsa ni berbukit jadi dapat rasa pick-up kereta ini. mungkin rakan saya ni agak gementar membawa memandu, saya rasa engine preve agak bergegar bila menaiki bukit dengan kadar kelajuan mendadak.
Dari segi handling memang best dan memandangkan saya duduk belakang, dapat rasa selesa dan tegak bila preve bergerak.
saya tak dapat nak komen lagi dari segi prestasi. insyallah saya cuba test drive sendiri lepas ni.
KESIMPULAN: Produk terbaik yang Proton pernah hasilkan sendiri!
mmg ada peningkatan proton skrg ni..mampu dh bersaing dgn kereta negara luar..
Pernah terpikat dengan design Proton Persona tapi nak beli tu mungkin kena tunggu dulu sebab model masih baru lagi hehe. Preve ni dari Spec mcm ok tapi taktaulah macam mana nanti kena tunggu setahun dulu untuk buat kesimpulan.
bagus gak keta ni sbb ada WIFI..tp buat masa ni tak mampu lagi la
citer-citer pasal preve ni, tak der sebut pun pasal fuel consumption & maintenance cost, macam honda civic ke.
haritu saya sempat tanya fuel consumption preve, tapi bila nak tulis balik entri ni pagi tadi, terus lupa tentang maklumat sebenar. Tentang maintenance, yang tu kena tunggu enam bulan lagi daripada review pengguna lain.
sy ada tanya salesman proton kat umah sy pasal hal ni..dia ckp “sejujurnya fuel consumption untuk preve is likely similar to pesona”..
Minggu lepas saya sudah melihat model baru Proton Preve’ secara dekat. Bagi saya yang berkeluarga sesuai mengambi untuk kereta keluarga kerana dari segi kelebaran dan ruang kabin yang besar serta berkuasa.
Apa yang penting adalah ia kereta mampu milik untuk segmen C setara dengan Honda Civic dan Kia Forte. Kalau perbandingan daripada saiz Proton Preve’ mendahului.
Fabrik yang digunaka bukan jenis telus air jadi kalau ada anak kecil tidak perlu bimbang untuk kesan susu pada kerusi. :-)
dah kerja nanti memang nak beli kereta ni.. dulu target myvi. sekarang preve. thanks ariff kerana review sepenuhnya.
adakah forte lagi berbaloi baloi ?
feature yang ada dalam forte macam tak banyak berbanding preve
Test drive blm lagi tapi balik kerja tadi terserempak dng test drive preve … mungkin ada yg test drive la tu
saya sudah pi tgk
so macam mana?
hang ade lesen kereta ke?
ada… ada… hahah
dgn harga RM72K utk model premium mmg “Value For Money” jika dibandingkan dgn Toyota Vios Type J (M/T)..model paling basic bg model vios..sya personally mmg tertarik dgn Preve nie tp terpaksa memilih Exora Bold utk pilihan seterusnya memandangkan anak2 dah ramai…
exora bold pun enjin turbocharged kalau tak silap. eh ye ke?
kalau mengikut kata salesman proton, enjin preve adalah enjin yg sama dgn Exora Bold
menurut kata salesman proton, enjin preve adalah enjin yg sama dgn exora bold
leather seat tak sesuai dekat malaysia sbb kita cuaca panas..hehe
betul. kalau berpeluh, melekit. Aku sebenarnya tak berapa minat pun leather, tapi biasanya itu yang orang tengok pada kereta mahal
Menarik juga cadangan mu tue ariff…
Boleh dibawa ketengah untuk development akan datang :)
setuju dengan bro.. kali ini proton memang menghasilkan kereta yang agak besar dan selesa.. saya dah pergi tengok hujung minggu lepas di Mutiara Damansara.. cuma tak sempat nak test drive sebab ramai yang menunggu giliran..
Kalau nak tahu memang kena gi tengok n test drive sendiri baru tahu yang proton Preve memang ada kelas tersendiri..
** Lampu belakang memang boleh dipertingkatkan lagi..
Cakap tentang bumber yg kurang menarik,saya rasa lama-kelaman akan nampak smart seperti proton BML..klau ada yg memalukan modifikasi saya rasa akan nampak cantik.
Nak malu apa anak oii bukannya dia pakai spender..
err..tapi bukan kata nak suruh pemanduan selamat ke? bagi saya bagus ada features macam Wifi ke apa. its good to have but it is not necessary..cukup cukuplah dengan orang yang dok bawak kereta sambil lewa layan sms..nak encourage diorang guna internet pulak? saya prefer features yang menitikberatkan fungsi kereta tu sendiri..jimat minyak, environment friendly, performance etc..
bukan nak bias..tapi saya beli kereta sbb nak bergerak..bukan nak berumahtangga guna internet dalam kereta..isn’t it?
apa pun..tak salah sokong kereta nasional..maybe it just me..i hope that the car is really worth that 73k..
wifi untuk anak2 kat belakang. Maklumlah sekarang ni budak2 pun dah ada ipad. bukan untuk driver. heheh…
Yang drive sambil tweet/fb tu memang tak patut la
well berdasarkan review bro, aku boleh cakap its worth buying la..part tempat duduk belakang tue aku sangat setuju..lagi luas lagi bagus..apapun, nasib baik masa test drive tue, tayar kereta tak tercabut kan?hehe
yang tercabut tu sebab eksiden. Tapi bayangkanlah driver tu selamat lagi dalam kereta walaupun eksiden sampai tayar tercabut.
untunglaa leh test drive dah…smemangnye kereta amat2 terbaik…sepadan dengan harga yg ditawarkan….apa lagi bro order laa satu
belum mampu lagi la. Tunggu setahun dua lagi ke
seriusly memang betul orang cakap ponggong Prevé ni tak smart..
boleh la beli sebijik bro.. lupakan superbike…
mana boleh. superbike adalah satu kemestian
dari apa yang bro tulis tu, memang rasa nk buat booking lah proton preve ni. sekarang nk g test drive tak sempat lagi. lagipun ramai org booking utk test drive.
biasanya proton bagi tempoh bape lama utk test drive unit tu bro ? sebulan ?
eh. test drive kat cawangan. kejap je.. takkan la nak kasi sampai sebulan guna
kalau dpt test drive sampai sebulan, byr 2-300 ringgit pon xpe. mcm sewa plak. hehe
takyah berebut utk test drive sbb mcm keta proton yg lain jugak kita boleh test bila-bila masa sahaja selagi product preve masih ada dipasaran,so relax lah hehe [menjawab soalan baloot]
nak kena test drive juga nampaknya.
design adalah sesuatu yang subjektif, tapi ke-kotak-an pd ruangan radio itu adalah sesuatu yang…errmmm..tak cantik.