Terharu

Reading Time: 2 minutes

Ehem. Dah habis belajar ni, biasalah saya cuti sikit. Jangan marah ye kalau tak update blog lama. Tiap-tiap hari hadap komputer, tak tulis blog tapi main game. Bila lagi kan nak dapat peluang macam ni..

Dalam ditinggalkan blog macam ni pun, alhamdulillah vote untuk Malaysia Social Media Award tetap masuk. Tak sangka boleh potong calon-calon yang awal. Agak terharu bila tengok bilangan undi dah capai 300+, siap boleh potong boss saya lagi (sekarang ni saya ada 342 manakala boss ada 330). heheh..

Objektif saya masuk award ni bukanlah nak cakap bagus ke apa tapi cuma sekadar menilai approval rating pembaca dan mereka yang mengenali. Dengan vote yang dah masuk ni pun dah cukup bersemangat untuk meneruskan aktiviti menulis blog saya. Kalau menang.. alhamdulillah. Satu lagi hadiah tamat belajar untuk saya.

Sebenarnya masih menunggu gambar masa presentation hari tu dari classmate Russian. Sampai sekarang tak upload lagi, menunjukkan bahawa budaya social media di Russia masih lagi kurang mendapat sambutan. Mereka masih ‘keep it real’ dan lebih sibuk dengan real life. Jadi sabar jelah..

Btw, siang tadi jalan-jalan kejap kat park. Ni hasil tangkapan hari ni. Tak banyak pun..

DSC_7111

DSC_7104
Ada ice sculpture dan istana ais. Yang bintik2 tu adalah coin orang letak.
DSC_7090
Untunglah budak-budak ni. Kecik2 dah dapat main dalam istana ais

DSC_7099

DSC_7088
Ada firepit. Kalau bawak jagung, bolehlah bakar. Family picnic Russian style
DSC_7108
Sejuk. Walaupun pakai glove, terasa jugaklah kebas. Beer pun kena kasi suam time sejuk2 ni

Posted

in

,

by

Comments

32 responses to “Terharu”

  1. Lia Nadia Qistina Avatar

    I do believe Ariff boleh menang. You deserve it. Selamani saya rajin ke sini tanpa memberi komen untuk stay jadi silent reader, kali ni baru saya berani beri komen.

  2. Aizan Fahri Avatar

    eh ariff… toksah balik lah malaysia. Stay and cari kerja kat russia je cukup. lepas tuh post bnyk2 gambar Russia tuh. Kasi jeles dekat orang2 malaysia n kasi semangat kepada budak2 under-age supaya belajar lagi rajin2 nak pi belajar oversea nanti…

    by the way, wishing all the good luck untuk malaysia social media award tuh… insya Allah boleh menang dengan vote tinggi macam tuh weh. haha ^^

  3. ohcikgu Avatar

    time sejuk macam ni, dapat kopi. fuhh…indahnya kehidupan.

  4. hatiputera Avatar

    indahnya kalau dapat pergi ke negara orang.

  5. scud Avatar

    wah dasat lah…indahnya

  6. Azman Ishak Avatar

    aku suke la culture picture hang arif. nanti buat lagi. sementara hang blom balik. ok. thanks.

  7. Eswahyudi Kurniawan Avatar

    Saya tunggu kabar terbaru dari anda bro… I like this picture

  8. brohai Avatar

    Semoga berjaya bro.Blog ni mmg santai.x beria.

  9. zulkbo Avatar

    salam..
    ermm..sapa punya beer tu erk?
    sejuk nampaknya di sana kan..
    mau ketar seluruh badan :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Orang Russia. Kan ramai2 boleh lepak kat tempat api tu

  10. Fakhruddin Avatar

    bestnya duk kat luar negara

    P/S: undi blog ariffshah..
    tapi tlong review my alexa ya. /
    http://www.alexa.com/write/review/udinz.com

  11. LilyNrman Avatar

    insyaAllah, Ariff boleh menang. Saya suka dengan kematangan penulisan blog ini. Santai sahaja. Keep it up. Dont stop blogging!

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Thanks a lot Lily =)

  12. Jebeng Otai Avatar

    boleh ptg boss lak..haha

    semoga berjaya :)

  13. nursarah puteri Avatar

    Alhamdulillah da bis blaja leh honeymoon kejap.

  14. Azman Avatar

    Nampaknya Ariff Shah dah ketinggalan 40 vote…

  15. arrizz Avatar

    main game apa bro?hehe..waa kalau macam tue rakyat malaysia lagi advance la social media-nya,hahaha..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Itu memang tak dinafikan. Orang malaysia memang lebih attached kepada social media berbanding orang Russia

  16. lynnaiza Avatar

    dah vote! goodluckkkk arep. ;)

  17. lynnaiza Avatar

    dah vote! goodluckkkk arep. ;p

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Thanks lynn!

  18. Denaihati Avatar

    tak kesampaian hasrat hati nak ke moscow sebeliau bro balik …

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Itulah. Kalau nak jalan2 kat Moscow ni, paling elok ada student-guide yang memang tau cakap Russian. Takpelah, kalau bro nak pegi nanti, saya kasi contact kawan2 saya

  19. akubiomed Avatar

    Macamana perasaan setelah merdeka? :-)

  20. titan Avatar

    dah tak larat nak kejar dahh..aku give up. haha..
    aku harap ko leh menang kategori tu.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Thanks titan. Harap macam tu la =)

  21. yangbaik Avatar

    semoga terus bersemangat dan berjaya dalam bidang yang diceburi

  22. Yuu Hidayu Avatar

    wahhh.. best nye… untunglah dapat pegi tempat2 macam ni :)

  23. emosahsanasini Avatar

    hahaha, time winter mcm ni, kalau glove tu hebat mcm mn pun, insulator ke x, mmg tak berfungsi sgt pun kan. tangan akan tetap sejuk dan kebas juga. sabar je la.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Betul. Kadang2 bahaya gak sebab ingatkan pakai glove ok, sekali tiba2 tangan kebas. Kena masuk dalam bangunan untuk panaskan badan

      1. emosahsanasini Avatar

        kalau kitaorg, masuk tandas terus. buka air panas. lega skit. tak pun letak tangan bawah hand dryer tu.

  24. EYJALUKMAN Avatar

    bestnye dpt tengok negara org , culture diorang .
    I wish I’ll be there one day.