Mood sedih. Ini adalah entri terakhir saya buat Moscow. Rasa macam nak menangis pun ada. Kalau bukan sebab Moscow, saya tidak akan berada di mana saya berada sekarang. Kota sejuk beku ni banyak mencorakkan kehidupan saya, mentaliti, peribadi, pengetahuan, pandangan dan ekonomi saya.
We live in the present. Kena terima apa yang kehidupan telah berikan pada kita. Memang cerita takkan habis kalau saya fikir ‘kalau tak terima tawaran ke Moscow dulu, mesti jadi macam …. ‘. Dulu masa menempuhi kesusahan belajar kat sini, selalu sangat fikir macam tu, tapi sekarang saya terima dengan seadanya. If life give you lemons, make lemonade out of them. Deal with it!
Biasanya musim sejuk macam ni lah exam paling susah. Kelas saya campur dengan pelajar Russian, jadi memang standardnya lebih tinggi kalau kelas yang kesemuanya foreigner. Masa terpaksa duduki exam yang sama berulang kali sebab lecturer tak kasi lepas memang perit, balik kelas dah petang-malam. Kadang-kadang salji turun. Tunggu tram pulak lambat sebab rush hour. Menggigil dalam kesejukan dan kelaparan. Dengan kekecewaan sebab tak lepas dan kepenatan sebab kadang-kadang tunggu berjam-jam dari tengah hari sebelum exam .. wow.
Jadi pelajar di Moscow Aviation Institute ni bukanlah holiday atau enjoyment belajar di luar negara. Dah teruk-teruk kena macam tu pun, memang mustahil nak dapat segala jenis first class honors/dean list. Keep on dreaming la. Sangat berlainan dengan pelajar perubatan sini yang senang-senang je boleh dapat first class, just because sesi pembelajaran mereka tailored to foreigners. Kena bagitau ni sebab tak adil kalau keputusan pelajar engineering dengan pelajar perubatan di sini di bandingkan.
Hari ni merayau-rayau di bandar ni buat kali terakhir. Esok packing. Isnin last day dan petang Isnin bertolak ke airport. Flight jam 1 pagi. Selasa 10 pagi waktu Malaysia akan berada di Dubai.

Singgah ke Ploshad Pobedi (Victory Square). Lunch kat situ. Kali terakhir melawat tempat ni adalah masa saya awal-awal sampai dulu (hari pertama kalau tak silap). Dataran ni dibuat untuk memperingati kemenangan Soviet dalam perang dunia (1941-1945).
Kalau ikut adat di sini, pelajar yang tamat sekolah (musim bunga) akan ke sini untuk celebrate. Sekadar mengikuti adat yang simbolik ini.








Singgah ke Metro Sokol dan hajatnya nak pergi ke Stadium CSKA dan beli jersey kat stadium tu. Apparently, jersy pasukan bola sepak memang susah untuk dicari di kedai sukan lain seluruh Moscow. Giler. Malangnya sebab dah petang dan temperature jatuh, memang tak larat nak jalan meredah sejuk lagi. Jadi kepada yang menempah, kalau ada kat airport nanti saya beli. Kalau tak, I’m so sorry.

Naik tram dari metro Vikovskaya. Lalu sebelah universiti. Sayu je hati tengok.. Tak sangka episod di Moscow dah tamat.



Moscow. We share a love-hate relationship with each other but unfortunately now it’s time for us to say goodbye. Thank you for everything that you’ve thought me. До свидаия, Москва!
Pengalaman yang mmg susah untk dilupakan kan bro.hehe
nice pics..pengalaman yang tak dapat beli kat mana2 kan..
Tentunya banyak kenangan, suka dan duka selama menimba ilmu ditempat yang jauh dari tanah air tercinta.
Pengalaman mendewasakan, saudara. Pengalaman di Russia akan mencorakkan pandangan hidup di Malaysia kerana saudara berkesempatan melihat dunia dari sudut pandang berbeza. Ada bezanya dengan orang yang tak ke mana-mana, maka sudut pandangnya itu-itu sahaja.
Sedih je kan.
Apa pun itu semua sudah selamat dilalui. Memori yang memberikan kita kenangan sepanjang hayat.
Paling tak tahan bila rindu nak pergi kuliah lagi, jumpa kawan-kawan lagi.
Bila terbaca aksara Rusia kat dalam gambar dalam entry ni, teringat time sorang member amik bahasa asing kat Uni. dia amik bahasa Rusia. saya 1 haram x faham buku nota dia. dia cakap bahasa rusia depan saya pun lidah terbelit2.
ais sana sini tu…memang sejuk beku lah. Mesti Ariff dah nak sampai Malaysia dah sekarang ni.
Oh naik Etihad ye ? huhu. Anyway tanpa pengalaman dan pengajaran, siapalah manusia itu? So cherish the memories but live the present for the future. All the best in your working environment kelak.
Anyway Sha tumpang sedih baca entry u. haha ….Teringat masa Sha tinggalkan UUM Kedah selepas mengaji 4 thn. :)
Tempat jatuh lagi dikenangan inikan pulak tempat menimba ILMU aku pun terasa sedih dan terasa kisah lama-lama
Memang kenangan yang terindah. Pasti menjadi Sejarah peribadi. Gua dapat rasakan saat-saat terakhir ni sehh..memang touching wehh
Bismillahirrahmanirrahim,
Ya akhi bukan sebab moscow awak berada dimana awak berada sekarang. Sebab yang amat jelas dan terang ialah kerana dengan kudrat dan iradat Allah Yang Maha Esa lah maka kita semua berada di tempat tempat yang kita berada sekarang. Fikir fikir kan!
huhu.. tumpang sedih.. inyaallah.. moga ada yg lebih baik menanti di sini..amin.
sedih sedih. haih.
berakhir sebuah catatan perjalanan di bumi Russia.
bertabahlah ye kat airport esok.
anyway,selamat pulang dan good luck utk kerja lepas ni.
Nasib baik lu takde ‘cinta hati’ kat sana. Kalau tidak lagi sedih, siotttt…
Welcome to Malaysia bro… teringin nak sambung study kat SMTU pulak…:)
semoga pengalaman dan ilmu yg dapat kat sana akan dimanfaatkan kat Malaysia ni…selamat pulang dan selamat berjaya
Sayu je aku bace entri ni.
Macam nak nangis pun ada.
Have a safe journey going back at home..
pengalaman saya kat sek teknik je..ley tahan gak sedihnya walaupun 2 tahun..haha.. tapi kehidupan masih panjang. so kena lah tinggalkan demi masa hadapan.
bro ada keychain russian yang comel tak..tempah satu please..
demm sedih plak baca..haha..tula kan bro, masa mula2 belajar..rasa macam lama jer nak habiskan..tapi bila dah habis, rasa macam baru semalam masuk..memang rasa berat hati nak tinggalkan tanah yang ajar kita 1001 suka duka pengalaman nie..anyway welcome back bro..jangan layan sangat perasaan sedih tue..haha
mabruk Ariff. moga ilmu dan pengalaman itu berguna bukan sahaja buat diri, malah masyarakat sekitar yang begitu memerlukan =)
Metro kat sana nampak macam cantik dan canggih. Apepun, have a safe journey home!
Belajar kejuruteraan tidaklah seindah yang dikhabarkan. Kalau di alam pekerjaan ada lagi yang lebih tinggi kedudukan daripada kita. Belajar teruk-teruk kejuruteraan tidak setimpal dengan gaji pertama yang bakal diterima.
Bos pun adalah yang berlatar belakangkan jurusan pentadbiran atau akaun memegang kertas dan pen. Ini adalah realiti. Graduan kejuruteraan pegang skru dan bermain minyak.
selamat pulang ke malaysia. segala kenangan di moscow pasti akan terpahat dalam ingatan. tempat jatuh lagi dikenang. terima kasih kerana menghidangkan santapan mata kami dengan gambar-gambar dan catatan berkenaan moscow dari kacamata anda. tahniah!
Selamat Kembali Ariff!5 tahun sesuatu yg sukar untuk ditempuhi but berbaloi kata orang.Lama diperantauan byk timba pengalaman tentang kehidupan.Semoga pengalaman mendewasakan kita.
susahnya nak baca tulisan sane..
invaluable experience! (>.<)
sedih plak baca…orang kata tempat jatuh lagi dikenang,inikan tempat belajar yg memang ada jatuh bangun.
hmm..uniform security officials tu dah macam uniform PLKN aku tengok.hehe..
ironically student medic yg blk malaysia sbg doktor gi GH kat sini adalah antara yg menyumbang masalah kpd staf hospital. Even term2 perubatan pon xreti. yg ramai kena extent pn mmg grad Rusia. Byk hospital tolak-menolak xnk ambil rusia grad doctor dlm GH diorang. tp kt sana sng2 dpt 1st class honor? sadiss…
syoknya klau pi sana…
sedih pula baca entry kali ini. tumpang sedih juga. memang kalau balik kelas dalam keadaan snow adalah tak seronokkan. tambah lagi kalau ada angin kuat. rasa nak terbang-terbang jer. semoga segala kenangan di moscow akan tersimpan terus dalam ingatan
tempt jatuh lagikan dikenang inikan pulak tempat menimba ilmu bertahun lamanya.sedih kan?aku boleh paham.sedih mmg sedih tapi hidup perlu diteruskan jugak.wishing u all the best ariffhsah :)
aku ni slalu jugak baca kisah kau dekat Rusia tu.teruja sebab dulu impian nak jadik doktor x kesampaian tapi syukur aku dpt g oversea jugak walau laluan x seperti yg ak impikan and few years ahead – i’m a teacher to be.
betol macam kau ckp if life give you lemons, make lemonade out of them.couldn’t agree more :)
all the best bro!
teringat pula masa hari terakhir aku habis study dulu (dalam Malaysia je.. hehe..) tapi rasa macam ni la, berat hati nak tinggalkan tempat yang bertahun kita menetap kat situ.. nak berpisah dengan kawan2 pun rasa berat je…
*tak pegi tengok ke konsert Rammstein? best tuuu.. :p